Bab 40

1.7K 133 13
                                    

Hauraina memegang perutnya yang terasa sakit. Berkerut-kerut mukanya menahan sakit itu, mungkin kerana dia tidak makan dan dia gastrik. Cuba berfikiran positif. Mata melilau mencari kelibat Thomas, dia ada di situ, setia merenungnya dengan muka dingin dan mata helang birunya.

"T-Thomas saya sakit" Hauraina cuba bergerak tetapi dia tidak mampu.

Thomas hanya mendiamkan diri, firasat dia merasakan ada seseorang berjalan menuju ke bilik Hauraina di kurung.

"T-Thomas" Hauraina menangis apabila lelaki Itu tidak menghiraukannya. Wajah lelaki itu hanya dingin. Dia berdiri kaku di situ tetapi matanya tidak lepas daripada merenung wajah pucat isteri ketuanya itu.

Krekk

Bunyi pintu kayu di buka oleh seseorang, Hauraina melihat tiga orang manusia melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"S-salmah.. t-tolong lepaskan aku. Aku sakit" suara Hauraina sungguh lemah ketika itu.

Salmah tersenyum sinis lalu mencangkung di hadapan Hauraina, tudung wanita itu direntap dengan kuat sehingga tertanggal.

"Dalam keadaan macam ini pun, kau masih nak pakai tudung? Kau ingat..." Salmah menarik rambut perang wanita itu lalu mulutnya mendekati cuping telinga Hauraina.

"Kau tu alim sangat ke? Lari dari rumah dan ikut jantan ! Sedar diri sikit, kau tu perempuan murah,Pelacur" bisik Salmah dengan sinisnya.

Hauraina menikam anak mata Salmah, dia menampar pipi perempuan tua itu dengan kuat sehingga bergema bunyi tamparan di dalam bilik itu.

PANG !

"Kau tu pelacur ! Cermin diri kau tulah !" Hauraina menjerit sekuat hati, tiba-tiba mukanya berkerut menahan sakit di perut. Perut yang seperti ditikam-tikam, di peluk erat.

Kesabaran Salmah mula menipis, dia mencekik leher Hauraina dengan kuat sehingga terapung badan kecil itu. Hauraina meronta-ronta apabila merasakan nafasnya sudah hampir putus.

"Let her go" Arah Mateo yang lagi tadi hanya memerhati. Perempuan tua itu melepaskan Hauraina lalu badan kecil itu terjatuh ke lantai. Badannya lemah dan sudah tidak mampu untuk bergerak. Tangannya sahaja yang dipaksa bergerak demi menjaga anak di dalam kandungan.

Mateo mendekati wanita kecil itu lalu dia memaksa Hauraina untuk duduk. Badan yang tadinya dalam keadaan baring mengereng, kini terduduk. Badan di sandarkan ke dinding dengan tidak bermaya.

"You want to know why I raped and killed your mother?" Mateo mendekati wajahnya dengan wajah polos wanita muda Itu.

Hauraina menggelengkan kepalanya. Cukup, Dia sudah tidak kuat untuk mendengar cerita tentang kematian ibu kandungnya.

Mateo tersenyum sinis apabila Hauraina berusaha menggelengkan kepala. Rambut perang itu di belai dengan kasar sehingga rambut Hauraina menjadi kusut.

"She's my first love, I love her. But your fucking dad destroy my hope to get her!" Mateo mencengkam rambut Hauraina dengan kuat.

"Ibu kau tolak cinta aku ! Ibu kau cintakan Alexander dan benci dengan aku!" Mateo menikam anak mata itu.

"Dan semenjak itu, aku akan pastikan semua keturunan Alexander mati di tangan aku !" Mateo ketawa sinis.

"Kematian Darwin, berpunca daripada aku juga" bisik Mateo lalu menghembuskan nafas panasnya di telinga Hauraina.

Hauraina menggenggam erat tangannya lalu menolak kasar tubuh Mateo yang dekat dengannya.

"Apa kena mengena suami aku dengan Alexander?" Soal Hauraina mendatar.

"Kau tak tahu? Bapak kau yang sial tu amik Danish dan Darwin jadi anak angkat selepas kematian ibu bapa mereka ! Bapak kau palsukan kematian kau dan gantikan dengan mereka berdua, sebab dia tahu.. Fuoco Spinato benci anak perempuan" Mateo tersenyum sinis apabila melihat air mata wanita itu.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now