Bab 22

2.2K 168 6
                                    

Dia tersenyum manis apabila melihat wajah cantik gadis itu dari jauh. Senyuman gadis itu membuatkan hatinya sejuk. Jelas kelihatan dia sedang bahagia.

Kaki terus melangkah, mengikuti kemana sahaja gadis itu pergi. Dia tidak berani mahu mendekati gadis itu.

Pap!

Tangannya terus menahan gadis itu daripada terjatuh. Hatinya berdegup kencang apabila dia menyentuh gadis di hadapannya itu. Jarak mereka sangat rapat.

"Are you okay?" Soalnya kepada gadis yang sedang merenung wajahnya.

"Yes.. I'm sorry" gadis itu memberi senyuman yang manis. Dia menunduk lalu pergi ke tempat lain.

Melihat senyuman itu. Hati tuanya merasa sebak. Dia mencari kerusi, mahu menangkan dirinya.

"Ya Allah, maafkan aku, maafkan aku ya Allah. Aku sudah buat kesilapan yang sungguh besar" air matanya bertakung. Teringat senyuman gadis tadi membuatkan rindunya kepada orang yang sudah lama meninggalkannya itu semakin membara di dalam hati tuanya.

Dia bangun semula, mencari sosok gadis tadi tetapi sayang, dia sudah hilang. Dia mengeluh lalu berjalan menuju ke luar. Pintu kereta di buka, dia masuk ke dalam perut kereta dengan kekecewaan.

"Kau okay?" Soal lelaki yang berada di tempat memandu.

"Aku rindukan dia" senyuman pahit terukir. Apabila dia menutup matanya, ada air mata mengalir.

"Sabarlah Alexander, kumpul kekuatan kau dan lepastu tegur dia dan minta maaf" lelaki itu tersenyum.

Alexander diam. Dia hanya merenung gambar polaroid yang berada di casing  Iphonenya.

"Terima kasih Tengku sebab bawa aku ke sini" Alexander memberi senyuman yang cukup ikhlas kepada Tengku Asyraf.

"You're welcome, sekarang kau nak pergi mana?" Soal Tengku Asyraf sambil membaca Whatsapp yang di hantar oleh isterinya.

"Hantar aku ke rumah sewa. Aku nak rehat, esok majlis khawin mereka" Alexander tersenyum nipis.

Tengku Asyraf tidak menjawap, dia terus memulakan perjalanan. Memandu dengan tenang walaupun jalan agak sesak.

"Kenapa mereka khawin tergesa-gesa sangat?" Soal Alexander.

"Danish nak majlis pertabalan tu berjalan dengan cepat. Kau pun tau syarat untuk jadi ketua kan?" Tengku Asyraf menjawap soalan Alexander.

"Oh yes, need to get married first" Alexander mengangguk.

"Tapi kau sebelum khawin dah jadi leader" sambung Alexander.

Tengku Asyraf ketawa. Ya, Danish yang beria-ia suruh dia menjadi leader dan selepas dia berkhawin bersama Alisa baru mereka buat majlis pertabalan. Tetapi Alisa tidak tahu kerana Tengku Asyraf menyembunyikan hal itu. Masa mereka berdua dinner di sebuah restoran baru Tengku Asyraf jujur kepada wanita itu.

"Aku harap Hauraina maafkan aku"

"She will. Trust me" Tengku Asyraf cuba memberi semangat kepada Alexander. Dia tahu Hauraina seorang gadis yang baik.

Alexander diam. Membayangkan wajah Hauraina yang tersenyum manis tadi.


.


Hauraina memandang tangannya yang sudah di hiasi lukisan inai. Senyuman manis terukir di bibirnya, hari yang akan menjadi sejarah buat hidupnya sudah hampir tiba.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now