Bab 44

2.2K 129 9
                                    

Alexander memegang dadanya yang terasa sakit. Sudah beberapa hari dia menanggung kesakitan itu tanpa memberitahu anak dan menantunya. Dia tidak mahu menyusahkan mereka. Lagi-lagi sekarang Hauraina sedang mengandung.

Kaki melangkah ke ruang tamu lalu dia melabuhkan punggungnya di atas sofa, badan di sandarkan. Nafasnya laju apabila sakit di didadanya semakin menyerang. Ubat tahan sakit yang berada di atas meja di ambil lalu menelannya tanpa meneguk air.

Hauraina menuruni anak tangga, dia melihat daddynya sedang menyandar di sofa sambil menutup mata, dia melabuhkan punggungnya di sofa yang kosong di sebelah Alexander.

"Daddy, are you okay?" Soal Hauraina sambil menggenggam tangan lelaki tua itu.

Alexander membuka matanya, senyum nipis terukir apabila mata mereka bertembung.

"Okay, cuma letih sikit. Yela daddy dah tua kan?" Alexander ketawa kecil.

"Are you sure? Daddy, janganlah sembunyikan apa-apa daripada Haura" muka berubah sedih, dia tidak mahu kehilangan orang tuanya itu.

Tangan Alexander naik mengusap kepala Hauraina dengan lembut. Badan kecil anaknya di tarik masuk ke dalam pelukan.

"Haura trust daddy right?" Kepala anaknya di cium.

"Hmm" Hauraina mencebikkan bibirnya.

"Don't worry, daddy okay" Alexander mencuit hidung comel anak
perempuannya itu.

Hauraina tersenyum nipis lalu dia melentokkan kepalanya di bahu Alexander.

"Haura pergi buat kopi untuk daddy dengan Danish jap" Hauraina berdiri lalu melangkah ke dapur masak.

Danish yang baru sahaja siap membuat kerja di dalam pejabat di rumahnya itu melangkah ke ruang tamu lalu melabuhkan punggung di sofa hadapan Alexander.

"Daddy okay ke?" Soalnya apabila melihat wajah Alexander yang berkerut sambil sebelah tangannya mengusap-ngusap dada.

Danish sudah pun memanggil Alexander dengan panggilan 'daddy' tiada lagi 'kau aku'. Dia perlu hormat lelaki tua itu kerana kalau bukan jasa Alexander, dia tidak akan jadi Danish Haiziq yang sekarang.

Alexander memandang menantunya lalu senyuman di berikan dan kepala di angguk.

"I'm okay" Alexander membetulkan duduknya. Lalu memandang Danish.

"Can you promise me something, Danish Haiziq?" Mata kuyunya memandang si menantu.

"What is that?" Soal Danish.

"Kalau aku dah tiada nanti, jagalah Hauraina dengan baik. Hauraina Arrien ialah amanah yang aku berikan kepada kau. Tolong jaga dia" ujar Alexander dengan suara yang serak.

Danish tersenyum nipis, dia mengambil tempat di sebelah Alexander.

"Saya janji daddy, I'll take care of her. Even if I had to die to save her" ujar Danish dengan sungguh.

"Walaupun nyawa terpaksa menjadi taruhan?" Alexander memandang menantunya.

"Walaupun nyawa terpaksa menjadi taruhan" Danish mengulang kata-kata Alexander. Hatinya mula tidak tenang apabila memandang Alexander yang tersenyum halus.

Hauraina datang bersama dulang yang berisi dua cawan air kopi dan juga biskut. Dia agak lama kerana sibuk bersembang dengan Maksom. Dulang di tangannya di ambil oleh Danish lalu di letakkan di atas meja. Isterinya di tarik duduk di sebelahnya, kandungan Hauraina yang berusia dua bulan di usap. Dia tersenyum apabila teringat kisah dua bulan lalu..

Dua bulan yang lalu

Hauraina pelik apabila sudah sebulan dia tidak datang haid. Badan juga asik terasa letih. Dia bercadang untuk membeli pregnancy test bersama Xiong.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now