Bab 9

2.4K 101 32
                                    

"Dah lambat!!" Xiong memandu kereta dengan laju. Dia terlupa untuk menjemput Iskandar daripada tadika. Patutnya pukul lima dia perlu menjemput budak itu tetapi sekarang sudah pukul enam!

"Woi!! Bawa kereta perlahan lah! Tercabut nyawa aku karang!" Jerit Xian.

"Kau istighfar je lah!" Jerit Xiong.

Tiba-tiba kereta mereka hampir berlanggar dengan lori kerana Xiong tersalah masuk jalan.

"Ash-hadu al la ilaha illa llah!!!" Jerit Xian kuat.

Hauraina yang duduk dibelakang hanya diam. Jantungnya laju apabila bunyi hon daripada kereta dan lori.

"Kenapa Xian mengucap?. Xiong suruh istighfarkan tadi" soalnya kepada Danish.

"Dia memang teleng" Danish tersenyum sinis.

Sampai sahaja di tadika. Xian berlari keluar daripada kereta. Dia melihat Iskandar sedang bersembang dengan seorang guru tadika.

"Is! Sorry lambat" Xian mendekati mereka.

"Ayah Iskandar ke?" Soal cikgu perempuan itu kepada Xian. Dia tersenyum manis memandang lelaki itu.

Xian terpegun melihat senyuman manis cikgu tadika itu. Dia terus tersengih seperti kerang busuk.

"A-ayah kepada anak-anak kita" Xian tersenyum manis.

Cikgu perempuan itu menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal. Apa kena dengan mamat cina ni?.

"Uncle jom lah balik. Is rindu mama" Iskandar menarik-narik tangan Xian.

"Nak nombor b-boleh?" Xian tersipu-sipu malu.

Cikgu tadika itu hanya tersenyum lalu dia menggelengkan kepalanya.

"Uncle.. cikgu Is dah khawin lah. Tu suami dia" Iskandar menghalakan jari ke arah seorang lelaki muda yang sedang berjalan ke arah mereka.

"Najwa, ada apa ni?" Soal lelaki itu kepada cikgu tadika yang bernama Najwa.

"Takdelah awak. Cuma.."

"Is jom balik. Kita bagi buaya kita makan" Xian terus mencempung badan Iskandar lalu masuk ke dalam kereta.

Danish menarik Iskandar ke dalam pelukannya lalu dia membelai rambut kanak-kanak lelaki itu.

"Apa yang lama sangat?"

"Aku-"

"Uncle Xian nak ngurat cikgu Is! Lepastu uncle broken sebab cikgu Is tu dah khawin" potong Iskandar lalu dia ketawa.

Xiong ketawa. Danish tersenyum sinis. Hauraina pula hanya memerhati.

"Bersabarlah bro. Kumbang bukan seekor" Xiong menepuk belakang Xian lalu kereta Mercedes G Wagon itu meluncur laju membelah jalan.

.

"Maksom!!" Hauraina memeluk Maksom dengan erat.

"Aina rindu Maksom. Rindu sangat sangat" Hauraina menyalam dan mencium pipi Maksom, beg baju Maksom di ambil lalu di bawa masuk ke dalam rumah.

"Aina, kamu nampak makin kurus lah" ujar Maksom.

Hauraina tersengih lalu dia duduk di sofa bersama Maksom.

"Sebab Maksom tak ada. Maksom masak sedap tau. Ni Maksom takda, tak seleralah saya nak makan" ujar Hauraina. Dia ketawa apabila Maksom mencubit pipinya dengan kuat.

"Ha ni Maksom nak pergi solat jap, kamu tu dah solat belum?" Soal Maksom.

"Saya cuti" Hauraina tersengih. Maksom mengangguk lalu bangun, Maksom masuk ke dalam biliknya untuk menunaikan solat asar.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now