Bab 19

2.2K 93 3
                                    

Kaki melangkah ke sebuah kereta Range Rover Velar berwarna hitam. Wajahnya hanya dingin. Tiada senyuman yang terukir di wajah kacak itu.

Tengku Asyraf tersenyum lebar memandang Danish dan Xiong yang sudah selamat sampai ke Malaysia. Luggage di tangan lelaki itu di sumbatkan ke dalam kereta.

"Welcome to Malaysia bro" Tengku Asyraf dan Danish berjabat tangan.

"Kau sorang je ke?" Soal Danish.

"Ye, Alisa dekat rumah papa dia" ujar Tengku Asyraf. Mereka bertiga masuk ke dalam kereta.

Kereta Range Rover itu laju membelah jalan. Tengku Asyraf memandu dengan tenang, Danish hanya termenung dan Xiong pula leka bermain game di handphonenya.

"Budak tu sihat ke?" Soal Danish.

"Budak? Budak mana ni?" Tengku Asyraf memandang Danish lalu mengerutkan dahinya.

"Hauraina Arrien" ujar Danish.

"Oh! Dia sihat dan dia rindukan kau" Tengku Asyraf tersenyum sinis apabila melihat wajah Danish yang tadinya hanya membeku kini terukir senyuman di wajahnya.

"Macam mana kau tahu dia rindukan aku?" Soal Danish. Cuba menyembunyikan perasaan gembira di dalam hatinya.

"Dia selalu tanya aku bila kau nak balik"

Danish ketawa kecil. Dia menggelengkan kepalanya. Jujur dia pun rindukan gadis itu. Tidak sabar mahu mengusik gadis comel yang sudah berjaya memikat hatinya.

"Dia pun rindukan Haura. Setiap malam peluk gambar budak tu" Xiong menyampuk. Dia dan Tengku Asyraf ketawa.

"Shut the fuck up shit!" Danish mengetap giginya. Nasib sahaja lelaki cina itu di tempat duduk belakang kalau tak sudah mati dia kerjakan.

Keadaan di dalam kereta kini sunyi. Tengku Asyraf memandu dengan santai. Danish dan Xiong membuat hal masing-masing.

.

Tingkap dan pintu di tutup dengan rapat apabila waktu sudah pun senja. Xian dan Thomas keluar dan masih belum pulang sejak malam semalam. Kemanalah dua ekor budak itu pergi?Hauraina masuk ke dalam biliknya untuk menunaikan solat maghrib.

Usai solat maghrib Hauraina pergi ke dapur. Sunyi betul rumah itu. Maksom pulang ke kampung dan sekarang Makjah yang mengambil tempat Maksom tetapi wanita tua itu kerap tidak sihat . Hauraina menyediakan makan malam untuk dia dan Makjah. Xian dan Thomas tu biarlah berdikari.

Tiba-tiba Hauraina ternampak satu bayang-bayang melintasi ruang dapur itu. Bulu romanya berdiri tegak apabila terasa lehernya di tiup dengan nafas yang hangat.

Hauraina menutup matanya. Dengan bertemankan ayat kursi dia memusingkan badannya menghadap dinding. Tiada orang!

"I'm here" suara itu di sebalik dinding ke ruang tamu. Suara yang perlahan itu berjaya membuatkannya menggigil ketakutan.

Hauraina melangkah ke ruang tamu. Mana tahu Xian dan Thomas sengaja mahu menyakatnya. Dan tiba-tiba..

Bam!

Lampu tertutup. Hauraina menjerit ketakutan. Dia mahu ke bilik Makjah tetapi dia tidak nampak apa-apa. Satu rumah itu gelap.

"Come to me" bisik seseorang di belakang gadis itu.

"Tolong! Makjah tolong!" Hauraina menjerit. Tetapi tiada siapa membalas.

Ada tangan mengusap pipinya. Hauraina memandang orang itu. Tidak jelas, wajahnya tidak nampak. Badan Hauraina di tolak ke dinding dengan kasar.

"J-jangan apa-apakan saya" Hauraina menangis ketakutan. Lelaki di hadapannya mencondongkan badannya ke arah Hauraina.

"I know you're still alive" bisik orang itu di telinga Hauraina.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now