Bab 26

2.4K 176 9
                                    

Danish memandu kereta dengan laju di jalan raya. Kereta Range Rover Tengku Asyraf juga laju membelah jalan. Mereka perlu pergi ke suatu tempat, Thomas dan Xian yang menjaga Alisa dan juga Hauraina. Xiong yang berada di sebelah Danish, sibuk menaip sesuatu di laptop.

Sampai sahaja di sebuah rumah agam, pintu dibuka secara automatik. Lelaki-lelaki berbadan tegap yang menjaga pintu itu menunduk hormat apabila kereta Danish dan Tengku Asyraf masuk ke perkarangan rumah.

Danish, Tengku Asyraf dan Xiong melangkah masuk ke dalam rumah agam itu.

"Haiziq, Tengku" sapa seorang lelaki berumur. Dia tersenyum melihat dua jejaka di hadapannya itu.

Danish dan Tengku Asyraf terus sahaja pergi ke ruang tamu lalu melabuhkan punggung di sofa empuk.

"Come stai?" (How are you?) Soal lelaki berumur itu dengan senyuman.

"Noi stiamo bene" (we're fine) jawap mereka berdua serentak. Xiong hanya diam.

Lelaki berumur itu menganggukkan kepalanya.

"Tengku, Do you still remember me?" Senyuman lebar terukir di mukanya.

"Of course Dato Lufthi Aashif or I should call you Luca Alessandro?" Tengku Asyraf membalas senyuman lelaki di hadapannya itu.

Dato Lufthi Aashif ketawa.

"Terserah, Tengku"

Dia menarik tangan Danish dan Tengku Asyraf lalu menggenggamnya erat. Mata hazelnya memandang empat mata berwarna coklat di hadapannya tetapi perhatiannya tertumpu kepada Danish.

"Tak lama lagi, majlis pertabalan kau, Haiziq. Are you ready for it?" Soal Dato Lufthi.

Danish hanya diam, dia melihat tangannya yang di genggam erat oleh lelaki berumur itu.

"Ada apa kau panggil aku ke sini?" Soal Danish tanpa menjawab soalan Dato Lufthi. Matanya memandang seorang lelaki yang sedang berjalan ke ruang tamu lalu duduk bersebelahan dengan Dato Lufthi.

"It's my son, Aldo Han. Lepas ni dia yang akan uruskan kumpulan Bruno di Malaysia" Ujar Dato Lufthi Aashif.

Aldo Han bersalaman dengan tiga orang lelaki  di hadapannya. Senyuman diberikan.

"Majlis pertabalan itu nanti aku nak kau datang" ujar Danish kepada Dato Lufthi.

Dato Lufthi menganggukkan kepalanya.

"Semestinya aku akan datang"

Danish tersenyum nipis. Mereka semua bersembang hal-hal kerja dan macam-macam lagi.

.

Hauraina memeluk tubuh, angin malam seperti mencucuk-cucuk badannya. Sungguh sejuk sehingga ke tulang hitam.

Hauraina termenung di balkoni biliknya, memikirkan sesuatu. Semenjak kehadiran Alexander, dia seperti rasa sesuatu dengan lelaki itu. Dia rasa seperti mereka sangat dekat, seperti ada magnet yang menarik mereka.

Puas di tanya kepada Danish tentang Alexander tetapi suaminya hanya jawap acuh tak acuh. Dia tidak tahu jawapan yang diberikan oleh suaminya itu jujur ataupun tidak.

"What are you doing here, my little lady" satu suara garau berbisik di telinganya. Tangan lelaki itu memeluk erat pinggang Hauraina daripada belakang.

Hauraina tersentak, dia mahu memusingkan tubuhnya tetapi pelukan si suami sangat erat, jadi dia hanya membiarkan sahaja.

"Kenapa belum tidur?" Soal Danish, mukanya di sembamkan di leher isterinya.

"Arrien tunggu Abang"ujar Hauraina, apabila Danish sudah berhenti memeluknya, dia pusing lalu memandang sang suami.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now