Bab 20

2.4K 171 17
                                    

"Bila kau nak turunkan pangkat dekat dia?" Soal Xiong kepada Tengku Asyraf.

"Kau pon tahu peraturannya, Xiong. Aku tak boleh turunkan sesuka hati" ujar Tengku Asyraf, tangannya sibuk menyusun kertas dan file.

Xiong menganggukkan kepalanya. Ya mereka patut ikut peraturan yang di buat oleh arwah Darwin.

"But you're leader. You can change the rules" Ujar Thomas yang duduk sambil bersilang kaki.

Tengku Asyraf tersenyum nipis. Dia tidak akan mengubah peraturan sehinggalah Danish yang menyuruhnya. Kerana ketua yang sebenar patutnya Danish tetapi lelaki itu tidak mahu.

"Dia tak boleh buat semua tu. Dia perlu tunggu Danish yang arahkan dia untuk tukar peraturan tu" ujar Xiong. Mereka berempat menunggu kehadiran Danish di pejabat Tengku Asyraf.

Alisa hanya diam sambil mengunyah buah anggur. Perutnya yang sudah berusia empat bulan itu di usap dengan perlahan.

"Why gorgeous?" Soal Tengku Asyraf. Dia mendekati Alisa lalu duduk di sebelah isterinya itu. Bahu Alisa dipeluk.

"Huh?" Alisa memandang suaminya dengan pelik. Apahal ni? Apa jadi? Dia belum nak beranak lagi tau!

"Why are you rubbing your stomach? Baby tendang ke?" Soal Tengku Asyraf dengan senyuman mengusik.

Alisa ketawa. Baru empat bulan baby tendang apanya? Kaki pun belum ada!

"Mana ada Abang ni!" Mereka berdua ketawa. Xiong dan Thomas hanya menjeling.

"Kau bila?" Soal Thomas kepada Xiong.

"Bila apa?" Soalnya kembali. Wajahnya berkerut.

"Macam tu" mulut di muncungkan ke arah Tengku Asyraf dan Alisa yang tidak habis-habis mahu bersemut.

"Hmm aku bermanja dengan kau aje lah" Xiong menarik Thomas ke dalam pelukannya.

Thomas dengan senang hati terus sahaja memeluk lelaki itu kembali. Belakang lelaki itu di tepuk.

"Orang single memang aneh" ujar Tengku Asyraf dan Alisa serentak.

"Kesian single" Thomas ketawa. Dia memandang Xiong yang menolaknya.

"Macam lah kau tu dah berpunya. Muka macam penagih" geram Xiong. Dia dan Thomas ketawa serentak.

Sedang mereka semua rancak bersembang. Tiba-tiba..

BAM!

"Yow!!" Jerit Xian yang selamba badak merempuh masuk tanpa memberi salam. Danish yang berada di belakang terus menjeling tajam Xian.

"Shh baby tidur" Tengku Asyraf memandang Xian. Tangannya mengusap perut Alisa.

"Kepala otak-" Xian mengunci mulutnya apabila Tengku Asyraf memberi pandangan helang ke arahnya.

Tengku Asyraf duduk di meja kerjanya bersama Danish dan Xiong. Thomas dan Xian sibuk melayan Alisa.

"Mana Haura?" Soal Tengku Asyraf.

"Aku suruh dia duduk rumah. Aku suruh dua puluh orang anak buah kita untuk awasi rumah tu. Kalau mereka gagal juga memang semua aku bunuh" ujar Danish.

Selepas dia membelasah dua orang budak tidak betul itu. Dia terus menyuruh Xiong mengarahkan dua puluh anak buahnya jaga rumah itu.

Mereka semua hanya diam. Tengku Asyraf memandang Xiong. Xiong memberi isyarat.

"Bila Danish akan jadi leader?" Soal Xian. Tengku Asyraf dan Xiong tersengih. Baru sahaja mereka ingin bercakap tentang itu.

"Kau tahu kan Danish perlu buat benda tu dulu baru dia dapat jadi leader" Thomas memandang Xian.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now