Bab 30

2.2K 139 11
                                    

Danish dan Hauraina melangkah masuk ke dalam bangunan yang gah itu. Kesemua yang berada di dalam itu memakai baju hitam, ada yang berdiri tegak di tepi pentas dan pintu sambil memegang senjata.

"Arrival of Danish Haiziq and his wife, Hauraina Arrien" satu suara lelaki memberi pengumuman.

Tiga orang lelaki berbadan tegap membawa Danish dan Hauraina ke satu sudut. Menunggu ketibaan Tengku Asyraf dan Alisa.

"Mewahnya !" Bersinar mata Hauraina melihat dalaman dewan itu. Sungguh besar dan cantik, hiasan juga mewah.

Danish tersenyum nipis lalu dia mengusap pinggang isterinya. Sekeliling dewan di pandang, mencari kelibat Alexander.

"Arrival of Tengku Asyraf and his wife, Nurul Alisa" suara tadi mengumumkan ketibaan Tengku Asyraf dan Alisa. Mereka berdua melangkah mendekati meja yang diduduki oleh Danish dan Hauraina.

Nama Tengku Asyraf di panggil, lelaki itu terus sahaja melangkah naik ke atas pentas. Wajah dingin di berikan kepada mereka semua.

"Today is the day I step down as a leader in the Rosa Nera group. I'll demote my rank to Danish Haiziq" Tengku Asyraf memandang Danish, memberinya isyarat mata. Lelaki itu berdiri lalu melangkah naik ke atas pentas.

"This is the new leader of Rosa Nera" Ujar Tengku Asyraf.

Satu dewan menepuk tangan. Mereka semua melihat Danish yang berjalan dengan tenang ke atas pentas.

Tengku Asyraf memberi peluang untuk lelaki itu berucap.

"Hello guys, thank you for Tengku Asyraf. I hope you will not disobey my orders" Danish memandang kesemua anak buahnya.

"Dan aku harap tiada orang yang tikam belakang dalam Rosa Nera. Aku taknak ada anjing yang buat perangai dalam kumpulan ni ! If I know and I get it, I will kill you. No choice or appeal! Understand?"

"Yes !" Satu dewan bersuara.

Danish mengambil sepucuk pistol yang di hulurkan oleh anak buahnya, lalu dia menembak satu bekas kaca besar. Tepat di sasaran, isi di dalamnya mengeluarkan cebisan-cebisan kertas berwarna merah dan hitam berserta bunga mawar. Semua orang yang berada di dalam dewan itu berdiri tegak, mereka menunduk hormat kepada Danish yang sudah turun dari pentas.

Hauraina tersenyum manis apabila melihat suaminya mendekati. Tangan si suami di genggam. Danish membalas genggaman itu lalu mencium dahi isterinya.

Semasa Danish dan Tengku Asyraf bersembang dengan Dato Lufthi Aashif, Hauraina duduk satu meja dengan Alexander, lelaki berumur itu betul-betul di sebelahnya. Dia melihat di jam lelaki itu ada ukiran HA&HA dan ada ukiran berbentuk love.

Alexander tersenyum nipis apabila dia perasan yang anaknya asyik melihat jam di pergelangan tangannya.

"Kenapa? Jam ni cantik ya?" Dia menegur wanita itu.

Hauraina tersengih lalu dia mengangguk.

"Saya nak tanya boleh? HA&HA tu apa?" Mata sibuk merenung ukiran itu.

Alexander mencabut jamnya lalu dia mengusap tempat yang di ukirnya itu. Senyuman di berikan kepada anak kandungnya.

"Hailiena Allien, my wife" jam itu di letakkan di atas meja.

Hauraina menganggukkan kepalanya, malas mahu bertanya lebih-lebih. Tapi nama isteri Alexander, dekat dengan namanya.

"Alex" panggil Danish.

Alexander bangun dari duduknya lalu mendekati Danish dan Tengku Asyraf. Wajah dingin mereka di pandang.

"Budak aku ada cakap tentang Fazz, dia tipu yang kau cuba nak bunuh aku dan bawa masuk senjata. Sekarang budak tu larikan diri sebab dia tahu dah kantoi" terang Tengku Asyraf. Alexander menganggukkan kepalanya.

DANISH HAIZIQ |✓On viuen les histories. Descobreix ara