Bab 1

3.7K 116 13
                                    

  Gadis berusia 18 tahun itu terbaring lemah di atas lantai. Badannya sakit. Sakit di pukul oleh mak sedaranya. Perut yang lapar di pegang, sudah dua hari dia tidak makan, dia hanya mengisi perutnya dengan air mineral sahaja.

"Hauraina Arrien! Sini kau!" Jerit Salmah iaitu mak sedara kepada Huraina.

Hauraina cuba menguatkan badannya untuk bangun lalu keluar daripada bilik. Dia mendekati mak sedaranya dengan perasaan takut.

'apa lagi salah aku?' hatinya berkata, dia mengeluh perlahan.

"Kenapa kau ni ha? Baring je kerja kau, sudah lah pemalas! Mana makanan aku?" Salmah menunjal kepala anak saudaranya itu.

"Da-dalam periuk makcik" ujarnya dengan gugup.

"Kau ni nak hidang pun malas kan? Patut lah mak ayah kau mati ! Ada anak pun menyusahkan aje !" Sekali lagi dahi si gadis di tunjal dengan kuat sehingga berkesan jari wanita tua itu di dahi Hauraina.

Hauraina senyum nipis. Air matanya mula bertakung. Daripada dulu makciknya selalu menghinanya dan mengutuknya. Yang paling sakit apabila Salmah mula mengaitkan arwah Umi dan Abinya.

"Makcik, saya minta maaf, saya penat. Saya baru lepas kemas rumah dan sidai kain" Hauraina menunduk, memandang lantai. Salmah bangun daripada duduknya lalu berdiri di hadapan Hauraina.

"Apa kau cakap? Penat? Kau bukan penat ! Kau tu pemalas !"

"Makcik.. tolong lah faham saya" rayu Hauraina dengan air mata yang sudah mengalir di pipi

Salmah menolak tubuh kecil gadis itu kebelakang dengan kuat.

"Kau dah pandai melawan aku  sekarang kan? Ini lah jadi bila mak bapak tak bagi didikkan ! Lepastu mati menyusahkan aku pula kena jaga anak dia orang yang bodoh ni !" Jerit Salmah bagaikan mahu satu dunia mendengar amukkannya.

"Ya Allah makcik! Tolong lah berhenti cakap pasal umi dan abi. Mereka tak bersalah" Hauraina menangis. Dia sudah penat dengan makciknya yang sungguh kejam itu. Tiadakah sedikit pun belas kasihan di dalam diri wanita di hadapannya ini?

"Tiada siapa kisah pasal umi abi kau yang bodoh tu ! Ingat, kau tu cuma anak angkat, bukan anak kandung mereka" ujar Salmah dengan sinis.

"Makcik!" Suara Hauraina naik seoktaf.

"Kau dah pandai kurang ajar dengan aku sekarang ya? Sini kau!" Salmah menarik rambut perang milik Hauraina. Dia menarik gadis itu masuk ke dalam bilik. Batang penyapu di ambil lalu dia memukul Hauraina dengan kuat.

"Makcik sakit makcik! Tolong jangan pukul saya lagi makcik!" Rayu Hauraina apabila kayu itu singgah di badannya.

Salmah tidak hiraukan jeritan gadis itu. Dia terus memukul belakang Hauraina dengan kuat tanpa belas kasihan.

"Sakit makcik ! tolonglah berhenti, saya merayu sangat, saya minta maaf sebab berkurang ajar dengan makcik" teresak esak gadis itu menangis, kedua belah lututnya di peluk dengan erat, tubuh yang sakit di sandarkan ke dinding.

Salmah akhirnya berhenti. Dia mencampakkan kayu itu tepat di atas kepala Hauraina. Dia mencangkung di hadapan gadis yang sudah lemah itu lalu dia mengcengkam rambut gadis itu dengan kuat dan mendongakkannya.

"Lain kali.. jangan cari pasal dengan aku" pipi putih Hauraina bertukar merah apabila wanita itu menamparnya.

"Kalau kau cari pasal dengan aku lagi.. Aku akan bunuh kau!" Kepala gadis itu di tolak dengan kuat sehingga terhantuk ke dinding. Dia bangun lalu keluar daripada bilik Hauraina.

BAM!

Pintu bilik itu dihempas dengan kuat sehingga terasa gegaran di ruang berkayu itu.

Hauraina menangis, dia tidak kuat lagi untuk menerima kesakitan ini. Kenapa lah dia di lahirkan? Kenapa mak saudaranya sungguh kejam? Dia cuma mahu kasih sayang selepas kedua orang tuanya pergi buat selama-lamanya.

"Umi Abi, makcik salmah jahat, dari dulu dia dera Aina" Hauraina mengadu sambil menatap gambar Umi dan Abinya yang tergantung di dinding.

Tangannya yang berbirat di sentuh perlahan.

"Bilalah aku dapat keluar dari neraka ini, ya Allah?" Air mata gadis itu kembali membasahi pipi, dia sungguh penat di pukul dan dicaci, dari umur dia lima belas tahun dia di dera oleh makciknya.

Tangisan tadi sudah pun terhenti, kini hanya tinggal esakkan kecil dari bibir pucat gadis yang malang itu. Mata perlahan-lahan tertutup dan akhirnya dia tertidur sambil memeluk tubuh, perut tidak lagi terasa lapar. Yang dia mahukan sekarang ialah, mati.

.

Danish menutup pintu keretanya lalu memandang sekeliling. Dia mencari seseorang yang dia sudah lama dia tidak jumpa.  Senyuman terukir apabila melihat seorang budak kecil keluar rumah sambil menyarungkan selipar ke kaki kecilnya.

"Uncle!!" Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun berlari ke arahnya.

"Is!!" Danish terus memeluk dan mendukung Tengku Asy Iskandar iaitu anak sulung Tengku Asyraf.

"Uncle I miss you" Asy Iskandar memeluk erat leher Danish.

Danish tersenyum. Dia memberikan satu kucupan di dahi anak buahnya itu, pipi gebu Iskandar di cubit geram.

"Where's your mom and dad?" Soal Danish, sambil melangkah ke halaman rumah.

"I'm here" Tengku Asyraf memandang Danish, badan yang tadinya bersandar di dinding kini berdiri tegak, mereka berdua berjabat tangan. Dua bulan mereka tidak berjumpa kerana Tengku Asyraf pergi ke London, membawa anak-anak bercuti di negara mama mereka.

"Mana Xiong dan Xian?" Soal Tengku Asyraf. Selalunya budak dua ekor tu membuntuti aje si Danish ni.

Danish mengangkat bahunya, malas mahu amik kesah pasal dua budak yang tidak matang itu.

"Mana adik kesayangan aku?" Soal Danish pula, matanya mencari seseorang.

"Siapa?" Soal Tengku Asyraf, tidak faham dengan soalan kawannya itu. Sejak bila Danish ada adik ?

"Your wife" Danish tersenyum miang.

Tengku Asyraf menumbuk perut Danish, tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu kuat tetapi lelaki itu meringis kesakitan.

"Dia tak ada, dia pergi jumpa papa dia" ujar Tengku Asyraf lalu mengambil Iskandar daripada Danish.

Danish mengangguk faham.

"Patutlah muka kau tak ceria.. isteri tak ada di sisi rupanya" Danish memerli, dengan selamba dia memetik bunga rose yang di tanam di halaman rumah itu, dia memandang Tengku Asyraf.

"Jangan petik ! Nanti mama marah!" Asy Iskandar memarahi Danish.

"It's okay, nanti Is cakap kat mama, papa yang petik" senyuman manis diberikan kepada anak buahnya.

Tengku Asyraf berdecit tidak puas hati, matilah dia nanti kena dengar isterinya berleter. Danish tertawa sinis lalu dia menumbuk bahu Tengku Asyraf.

"Okay lah bro, I need to go" Danish dan Tengku Asyraf berjabat tangan.

"Bye uncle"

"Bye" Danish tersenyum kecil kepada anak buahnya Itu dan dia berlalu pergi.

.

Danish berjalan kaki di kawasan rumah kampung. Dia mahu mencari rumah lama Xiong dan Xian. Tempat di mana Ah Lee duduk dahulu, kerana dia tahu ada beberapa kotak dadah yang masih di simpan di situ. Beberapa anggota polis juga menolongnya untuk mencari rumah itu.

Semasa dia berjalan di kawasan rumah usang, Danish tiba-tiba sahaja terdengar satu suara menjerit kesakitan, dia mencari dari mana datang suara Itu.

"Sakit makcik!"  Sekali lagi kedengaran dan sekarang lebih jelas.

Danish melihat satu rumah usang di hadapannya. Dari situ kedengaran kuat suara orang meringis kesakitan. Suaranya seperti...perempuan?

"Argh, aku patut cari rumah tu sekarang" Danish terus sahaja pergi daripada situ. Dia mahu melihat siapa yang menjerit tadi dan kenapa perempuan itu menjerit kesakitan, tetapi dia tahu itu bukan urusan dia untuk masuk campur. Tanpa berlengah, dia terus sahaja mencari rumah lama Xiong dan Xian walaupun hatinya terasa berat itu meninggalkan tempat itu.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now