Bab 25

2.4K 150 2
                                    

Wanita tua itu mengoyakkan gambar yang di beri oleh seseorang. Dia bangun sahaja pagi tadi, ada banyak sampul di halaman rumahnya. Apabila melihat gambar-gambar di dalam sampul itu, hatinya semakin membara.

"Kau bahagia sekejap sahaja Hauraina"  Salmah memijak-mijak gambar khawin Hauraina.

Salmah mengambil handphonenya lalu menelefon seseorang.

"Aku nak kau perhatikan budak tu!" Salmah mematikan panggilan. Dia mencampakkan gambar-gambar di ke lantai. Rumah usang yang ditinggalnya itu semakin berselerak. Kalau ada Hauraina, kemas dan bersih sahaja kerana di suruh oleh wanita tua itu.

"Kau dah cari pasal dengan aku, Hauraina. Kau tunggulah nasib kau" Salmah ketawa seperti orang gila.

"Kau akan terseksa seperti dulu" Salmah tersenyum jahat. Dia akan dera Hauraina dengan teruk sekali!

Salmah tidak tahu status sebenar Hauraina. Dia hanya tahu yang kakaknya mengambil Hauraina sebagai anak angkat kerana kakaknya itu sudah lama berkhawin tetapi tiada anak.

Apabila umi dan abi Hauraina meninggal, Salmah yang menjaga Hauraina. Tetapi dia menjaga budak itu hanya sebab mahukan harta dan juga tanah pusaka.

Lelaki yang sedang berdiri di luar rumah Salmah itu tersenyum sinis. Dia terus menghantar rakaman suara yang dirakamnya tadi kepada Danish.

"Let's see perempuan tua!" Dia terus meninggalkan rumah yang sudah usang itu. Buang masa sahaja duduk di  neraka itu.

.

Alexander merenung Hauraina yang sedang menyiram pokok bunga. Dia datang ke rumah Danish kerana mahu berjumpa anak menantu dan anak perempuannya.

Ingin sahaja dia peluk cium anak perempuannya itu tetapi dia tidak kuat dan Hauraina masih belum tahu siapa yang dia ialah ayah kandung kepada wanita itu.

"Dia sangat sama seperti Hailiena. Muka dia, perangai dia" Alexander tersenyum nipis. Hatinya rasa sakit apabila melihat anak kandungnya yang membesar di rumah anak yatim.

Tengku Asyraf dan Danish yang sedang bersembang memandang ke halaman rumah, melihat Hauraina yang sibuk menyiram pokok bunga.

Ting..

Satu notification masuk, Danish melihat message daripada anak buahnya. Rakaman suara itu di tekan lalu mereka bertiga mendengar.

Alexander berubah dingin. Dia melihat Danish dan Tengku Asyraf dengan pandangan helang. Gigi diketap rapat.

"Don't let them touch my daughter!" Ujarnya tegas, tangannya di tepuk kuat ke atas meja.

Hauraina yang baru sahaja siap menyiram pokok, memandang ke arah mereka bertiga. Dia seperti mendengar sesuatu yang kuat tadi.

"Don't worry Alex, aku dah suruh anak-anak buah aku perhatikan dia" Danish menghirup air kopinya.

"I will return to my dark side if anything happens to my daughter!" Ujarnya dingin. Dia menoleh memandang Hauraina yang sedang merenung ke arah mereka. Senyuman di berikan kepada anaknya.

Tengku Asyraf dan Danish hanya mendiamkan diri. Mereka juga tidak mahu mencari pasal dengan Alexander kerana lelaki itu kawan kepada ayah mereka berdua. Sisi gelap Alexander lebih menyeramkan daripada Tengku Asyraf dan Danish.

Hauraina tidak berani mahu mendekati mereka, dia pergi ke dapur untuk mencari Makjah. Dia melihat Makjah sedang duduk termenung di meja makan. Senyuman nakal terukir di bibirnya.

"Makjah!"

Makjah hanya diam, dia menjelirkan lidahnya lalu ketawa.

"Makjah nampak kamu masuk tadi" Makjah tersengih.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now