Bab 4

2.6K 103 13
                                    

Danish tekun membuat kerja di dalam pejabatnya. Dia menyelak file yang bersusun di atas meja kerjanya itu dengan muka yang serious.

BAM!

Pintu biliknya di rempuh oleh seseorang. Satu keluhan perlahan di lepaskan, dia kenal sangat siapa yang main redah bilik kerjanya tanpa mengetuk pintu itu. Siapa lagi kalau bukan dua bala cina tu!

"Yow bro! Aku dah dapat maklumat yang kau suruh cari tu" ujar Xiong.

Danish menutup file di tangan lalu dia meletakkan file itu di tepi. Dia memandang Xiong dengan dingin. Xiong yang faham dengan pandangan itu, terus sahaja membuka file di tangannya.

"Nama dia Hauraina Arrien Binti Abdullah. 18 tahun. Dia duduk bersama mak saudaranya selepas kedua orang tuanya meninggal dunia akibat kemalangan" terang Xiong.

"Tapi aku pelik lah, kenapa dia cakap tiada hala tuju? Sedangkan dia duduk dengan mak saudara dia" Xiong memandang Danish.

Danish diam. Otaknya ligat berfikir. Tiba-tiba dia teringat suara perempuan menjerit  kesakitan di satu rumah usang. Dia mengambil file di tangan Xiong lalu menilik kandungnya.

"Dia ke? Suara sama" soalnya perlahan, cukup untuk dirinya sahaja yang dengar.

Danish mengambil gambar Hauraina yang ada di dalam file itu lalu meletakkannya di dalam dompet.

"Terima kasih. Kau orang boleh berambus sekarang. Siapkan tugasan sebelum pukul empat petang dan lepas dah siap kita perlu ke markas" Danish bangun dari kerusinya lalu dia keluar daripada pejabat.

Dia mahu berjumpa dengan seseorang. Danish menaik Kereta Lamborghini Aventador miliknya lalu kereta itu memecut dengan laju.

Sampai di destinasi, Danish terus masuk ke dalam bangunan yang mewah itu.

"Tengku Asyraf ada?" Soal Danish dingin kepada PA Tengku Asyraf.

PA Tengku Asyraf mengangguk lalu dia tersenyum manis.

"KuAsy, Tuan Danish CEO Rosa Holding datang" ujar PA Tengku Asyraf. Dia membuka pintu itu untuk memberi Danish masuk. Pintu pejabat di tutup rapat.

"Kenapa kau nak jumpa aku ?" Soal Tengku Asyraf. Dia tidak memandang Danish, tangannya sibuk menaip di komputer.

Danish tidak membalas dia membuka pintu pejabat Tengku Asyraf lalu memandang PA Tengku Asyraf dengan tajam.

"Buatkan aku air kopi" arahnya.

PA Tengku Asyraf terus berdiri lalu pergi ke pantri.

"Ada apa kau datang sini Nish? Aku ada meeting kejap lagi" ujar Tengku Asyraf.

"Nothing bro. Aku cuma nak rehat" Danish duduk bersandar di sofa.

Tengku Asyraf memandang kawan baiknya dengan pelik. Jarang si Danish ni nak berehat. Selalunya dia berada di office ataupun markas. Tengku Asyraf menilik jam di pergelangan tangannya.

"Aku ada meeting ni. Kau duduk lah dalam ni kejap"

"Alright"

Tengku Asyraf keluar meninggalkan Danish yang berada di dalam pejabatnya.

.

Hauraina menyapu ruang tamu yang sedikit berhabuk. Masuk harini ini sudah dua minggu dia berkerja dengan Danish.

Dia meletakkan penyapu di tempat asal lalu duduk di atas sofa dan termenung memikirkan sesuatu.

"Hey!" Seorang wanita berumur menepuk bahu Hauraina. Hauraina mengurut dadanya.

"Maksom! Terkejut Aina tau" Hauraina menghela nafasnya perlahan. Maksom merupakan pembantu rumah Danish dari dulu lagi.

"Termenung apa tu?" Soal Maksom lalu duduk di sebelah Hauraina.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now