Bab 48

1.6K 115 10
                                    

  Danish mengarahkan Makjah dan Maksom mengemas bilik tetamu di tingkat satu. Dia dan Hauraina akan duduk di bilik itu sementara isterinya berpantang. Danish tidak mahu wanita kesayangannya turun naik menggunakan lif dalam keadaan begitu.

Danish masuk ke bilik bersama dulang di tangan yang berisi makanan orang berpantang. Dulang di letakkan di atas meja bersebelahan katil lalu dia mengucup dahi isterinya.

"Good morning, my little lady. Arrien makan dulu okay? Biar Abang mandikan Hazzriel" ujar Danish dengan senyuman, dia melihat anaknya yang sedang menyusu.

Hauraina tersenyum, sudah lima hari dia berpantang dan semuanya di uruskan oleh suaminya. Makanan juga suaminya itu yang masak, kadang-kadang sahaja Makjah dan Maksom akan masak untuknya jika Danish sibuk ataupun tiada di rumah.

"Okay abang, terima kasih sebab tolong Arrien" Bayi di tangan di baring di atas katil, lalu dulang berisi makanan tadi di ambil.

Baju Hazzriel Darren sudah di buka oleh Danish, dia membawa anak lelakinya itu ke bilik mandi.

Hauraina makan sambil memandang suaminya yang sedang memandikan anak mereka, tiada langsung kekok dalam pergerakannya.

Usai memandikan si kecil dan sudah lengkap berpakaian, Hazzriel Darren sudah pun terlena apabila di beri susu.  Danish dan Hauraina tersenyum melihat dada si kecil turun naik dengan tenang.

"Dah besar nanti mesti dia handsome macam abang" ujar Danish dengan bangganya.

Hauraina ketawa kecil. Dia setuju dengan suaminya itu.

Danish mengangkat anaknya lalu di letakkan di katil bayi kemudian dia duduk di sebelah isterinya yang sedang menyandar di kepala katil. Tangan Hauraina di ambil dan di cium dengan lama. Bau haruman bunga mawar menusuk masuk ke hidungnya.

"Habis je Arrien pantang nanti.." tangannya nakal mencubit pipi tembam itu.

"Kita.." Danish hampir ketawa melihat wajah merah isterinya.

Looks like someone's thinking dirty?

"Abang, bagilah Arrien rehat dulu" wajah Hauraina masam mencuka.

"Abang nak bawa Arrien dengan Hazzriel pergi itali lah" Danish ketawa kecil.

Hauraina tersengih. Malu pula apabila dia salah sangka dengan suaminya itu.

"Looks like someone has a dirty mind, hm?" Danish tersenyum sinis.

Makin membahang pipi wanita itu apabila di usik oleh sang suami.

Danish merapatkan jaraknya dengan Hauraina lalu pinggang isterinya di tarik lembut. Bibirnya kini berada di telinga wanita itu.

"But.. if you want, I want too, my little lady" Danish meniup telinga isterinya dengan menggoda.

"Abang!" Hauraina menepuk tangan suaminya tanpa belas kasihan.

"Auch! I'm just kidding, sayang!" Danish ketawa berguling-guling di atas katil.

"Dari dulu suka usik Arrien macam tu" marah Hauraina, dia menjeling suaminya.

Danish tersenyum nakal, hidung isterinya di cubit manja.

"I like to tease you because I like to see your red face, my little lady. You look like tomatoes"  Mata di kenyitkan.

Cupp!

Satu ciuman di berikan dan Danish ketawa lagi apabila melihat wajah kemerahan wanita kesayangannya itu. Senang betul blushing budak comel ni!

.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now