Bab 2

3K 101 25
                                    

Danish menghentak cawan ke atas meja dengan kuat. Nasib cawan itu tidak pecah, cuma meja kopi itu sahaja yang terbalik.

"Wow! Bawa bertenang bro" ujar Xian lalu dia mengangkat semula meja itu.

Xian duduk di sebelah Danish lalu dia melihat muka lelaki itu bertukar merah kerana marah. Ini kalau cari pasal memang matilah jawabnya!

Xiong yang terdengar bunyi benda jatuh dari halaman rumah, terus sahaja berlari keluar. Dia melihat Danish sedang termenung sambil mengepal tangan, muka lelaki itu bengis.

"Apahal ni?" Soalnya, lalu mendekati mereka berdua.

Xian menggelengkan kepalanya. Danish tiba-tiba sahaja naik angin harini. Dari dalam office sampai lah ke sini. Kesian orang-orang yang tak bersalah di office tadi, kena maki free-free.

"Uncle Danish!" Jerit satu suara budak kecil lalu dia berlari mendapatkan mereka bertiga.

Xian terus lari ke arah budak Itu.

"Iskandar sayang, sekarang uncle Danish tengah sakit jiwa. Is pergi masuk dulu ya? Nanti sakit jiwa dia sudah hilang,u baru Is jumpa dia okay?" Xian berbisik di telinga budak kecil itu. Nada suaranya perlahan supaya hanya dia dan Iskandar sahaja dengar.

Iskandar memandang muka Xian dengan muka sedih. Dia memuncungkan bibirnya apabila melihat Danish yang sedang merenungnya dengan pandangan tajam.

"Uncle Danish kena rasuk syaitan ke, Uncle Xian?" Soalnya dengan pelat, mata cuba memandang tempat lain apabila melihat pandangan daripada uncle kesayangannya itu.

Xian menunduk, dia memandang lantai. Mahu ketawa tapi dia tidak mahu mati awal.

"T..tak lah. Dia tengah stress" ujar Xian, tawanya di tahan.

Iskandar mengangguk kepalanya tanda faham. Dia terus pusing ke belakang lalu berlari masuk ke dalam rumah semula.

"Mama!! Jangan keluar ada orang sakit jiwa!!" Jerit Iskandar dengan kuat, selipar kecilnya sudah tercampak jauh.

Xian tergamam. Bertuah punya budak!

"Assalamualaikum!" Satu suara garau muncul dari luar rumah. Dia membuka pagar lalu mendekati tiga orang manusia yang berada di halaman rumahnya.

"Hey bro!" Tengku Asyraf menepuk bahu Danish.

Danish mengeluh lalu dia memandang muka Tengku Asyraf. Wajahnya hanya dingin.

"Kau apahal ni bro? Kau okay tak?" Soal Tengku Asyraf.

"Aku okay" jawab Danish, tangan yanb merah di urut perlahan.

Tengku Asyraf tersenyum, kerusi kosong di hadapan Danish di tarik lalu dia melabuhkan punggungnya di situ, baru sahaja Tengku ingin memecahkan suasana, dia memandang satu sosok manusia yang dia rindui, wanita itu mendekati mereka sambila membawa dulang.

"Gorgeous! I miss you" Tengku Asyraf bangun lalu pergi ke arah Alisa. Wanita itu tersenyum lalu dia meletakkan dulang yang berisi air dan juga kuih-muih. Tangan si suami di salam.

"Ni Lisa ada buat air" ujar Alisa, mata birunya memandang empat orang lelaki di hadapan.

"Thank you little girl" Danish tersenyum manis apabila wanita itu memandangnya.

"Mana dua orang kembar tu?" Soal Xian, kuih donat gula di ambil dan disuapkan ke dalam mulut.

"Oh! mereka berdua ikut mama papa pergi London" jawap Alisa, dia mengambil tempat di sebelah suaminya.

Xian menganggukkan kepalanya, tanda fabam. Dia bangun lalu pergi ke tempat lain.

"Nak isap rokok lah tu" ujar Xiong, dia kenal sangat dengan perangai adik kembarnya itu.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now