Bab 31

2.1K 149 3
                                    

TOK ! TOK ! TOK !

Bunyi ketukan pintu bertalu membuatkan tidurnya terganggu.

"Siapalah yang ketuk rumah macam nak roboh ni !'' Marahnya, Dia bangun daripada katil lalu melangkah ke pintu  Dan membukanya dengan kasar. Wajah bengis di tayangkan.

"Apa ketuk rumah orang macam nak roboh ni ha !!" Dia menjerit dengan kuat. Lelaki di hadapannya itu di pandang.

"Salmah" lelaki itu tersenyum sinis sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

Badan Salmah membeku apabila ada orang meletakkan pisau lehernya. Mereka membawa Salmah duduk di ruang tamu.

Lelaki itu memandang Salmah yang duduk di hadapannya dengan pandangan tajam,  senyuman sinis terukir di bibirnya.

"Kau siapa?" Soal Salmah.

"Nama aku Shirei" ujar lelaki itu, dia mengeluarkan sepucuk pistol lalu meletakkannya di atas meja.

"A-apa kau nak daripada aku?" Dia mula berasa takut apabila melihat senjata yang berada di atas meja itu.

Lelaki bernama Shirei itu berdiri, dia mendekati Salmah lalu mencangkung di hadapan wanita tua itu.

"Fazz, let her go" ujar Shirei lalu anak buahnya yang bernama Fazz itu mengalihkan pisau daripada leher Salmah.

"Aku nak kau tolong aku" Shirei menghembuskan asap rokoknya ke muka Salmah sehingga wanita tua itu tersedak.

Salmah merasakan nafasnya tersekat-sekat akibat terhidu asap rokok Shirei itu.

"K-kau nak aku tolong apa ?" Soal Salmah dengan suara yang kasar.

Shirei mengeluarkan sekeping gambar lalu dihulurkannya kepada Salmah. Wanita tua itu melihat gambar itu lalu dia tersenyum sinis.

"Hauraina" Nama itu meniti di bibirnya.

"Aku akan upah tiga orang anak buah aku untuk tolong kau dapatkan Hauraina" ujar shire lalu dia mencampakkan sampul surat.

"Ada apa dalam ni?" Soal Salmah, dia mengambil sampul surat lalu memandang Shirei.

Shirei tersenyum sinis, rokoknya yang sudah habis, dia campak ke lantai rumah usang itu.

"Dalam tu ada lima ribu ringgit. Pastikan kau dapat budak tu, aku bagi masa sebulan ! Kalau tidak, kau yang jadi mangsanya" Shirei berdiri lalu dia menampar muka wanita tua itu dengan perlahan. Dia dan Fazz melangkah keluar daripada rumah usang itu.

Lelaki yang berada di dalam Kereta Mercedes G Wagon berwarna hitam itu melihat mereka berdua yang baru keluar dari rumah usang di hadapannya. Matanya melihat kereta BMW itu bergerak pergi.

.

Selepas kejadian malam semalam, Hauraina hanya diam, dia masih malu dengan apa yang berlaku semalam. Danish pula tidak habis-habis mengusiknya.

"Hey sayang, kenapa diam? Hm? Teringat memori indah malam semalam?" Perli Danish lalu dia ketawa.

Wajah Hauraina terus sahaja bertukar menjadi tomato yang sudah masak apabila suaminya mengusiknya lagi.

"Abang !! Janganlah usik saya macam tu" marah Hauraina lalu dia mencubit lengan Danish.

"You're so cute when you blush, my little lady" Danish menarik isterinya ke badannya lalu leher si isteri di cium.

Hauraina menolak tubuh suaminya dengan perlahan.

"Abang, saya tengah kemas baju ni !" Marahnya, muka di masamkan.

Danish terkekek-kekek ketawa. Tangan sasarnya memeluk pinggang si isteri.

"Kemaslah sayang, aku nak peluk kau je" kepala di sembamkan di leher Hauraina.

DANISH HAIZIQ |✓Where stories live. Discover now