❆❃ HE IS COLD HEARTED 58

3.1K 72 6
                                    

SETAHUN KEMUDIAN...

SUARA budak bersama seorang lelaki yang sedang bermain di hadapannya di biarkan sahaja menerpa halwa pendengaran. Suasana pantai yang tenang dengan bunyi air laut yang membuatkan dia lagi berasa tenang. Dia kembali teringat kenangan dia semasa nak lahirkan anak-anak dia dahulu.

FLASHBACK...

"Abang...perut cariño sakit. Abang..." adu Azzahra dengan suara tersekat-sekat menahan sakitnya di bahagian bawah. Lengan suaminya dicengkam kuat menyebabkan suaminya terus bangun dari tidur.

"Cariño dan nak bersalin dah ke? Cariño tahan kejap, abang pergi panggil mummy." kata Tengku Aaryan. Dia baru nak jejakkan kaki ke atas lantai suara jeritan isterinya kembali memenuhi ruangan bilik tidur mereka.

"ABANG! SAKIT! ABANG BABBY KITA ABANG!"

Satu rumah dengar suara nyaring dia menyebabkan penghuni rumah yang sedang tidur terus terjaga dari lena mimpi.

Tengku Aaryan kelam kabut melihat kesakitan isterinya. Mendengarkan bunyi ketukkan dari luar laju sahaja dia buka pintu.

"Ryan, bawaklah isteri kamu pergi hospital sekarang! Isteri kamu tu dah nak bersalin nak oiii..." kalini Puan Athalia pula yang menjerit dekat anak lelakinya.

Bila mendengar jeritan mummynya, barulah otaknya dapat memproses dengan situasi yang berlaku sekarang. Maklumlah baru bangun tidur mestilah mamai jadinya kan.

Tubuh isterinya didukung untuk dibawa ke hospital. Baru sampai depan pintu bilik dia kembali patah balik bila teringat seseuatu yang dia tercicir.

"Aip... Terus turun sahaja bawa Zahra. Add dah tunggu kat bawah. Kamu bertiga pergi dulu, nanti kami semua menyusul." tak semena-mena arahan mummynya di patut laju.

Sampai sahaja luar rumah, kelibat kembarnya yang hanya memakai hoodie putih dan seluar pendek menjamah anak matanya. Seluar pendek juga yang budak tu nak bawak dia dan isterinya pergi hospital.

"Masu ajalah. Aku tak sempat nak tukat seluar tadi sebabkan kaulah. Kelam kabut sangat macam dunia ni dah nak kiamat. Masuk." kali pertama dalam sejarah dia mengarahkan kembarnya masuk ke dalam kereta. Sebelum ni kembarnya sahaja yang boleh bagi arahan pada dia.

Bibir diketap kuat menahan geram melihat tingkah selamba kembarnya itu. Kalau tak dikenangkan isterinya yang tengah menahan sakit, memang dah lam dia junamkam kembarnya itu pada tayar kereta.

Kereta sport yang dinaiki mereka terus bergerak laju membelah jalan tanpa fikir pengguna jalan yang lain. Alaa malam mesti tak ramai orang bawa kereta nak-nak lagi sekarang pukuk 2 pagi. Memang kuranglah pengguna jalan raya.

Perjalanan dari rumah nak ke hospital hanya mengambil masa 10 minit sahaja memandangkan hospital yang mereka pergi adalah hospital milik Tengku Addyan.

"Dah pergi masuk. Selamat bersalin kakak ipar ku." ucap Tengku Addyan sambil melambaikan tangan dari dalam kereta. Dia langsung tidak terasa bila lambaiannya tidak di balas kerana dia faham situasi sekarang.

Nombor mummynya di dail sebelum earphone di bawa ke telinganya.

"Mummy nanti datang hospital bawa sekali seluar sukan Add. Thank you mummy, muahh..." tanpa salam dia terus bagi pesanan pada mummynya tanpa bagi sedikit pun mummynya mencelah. Dia tau kalau mummynya mencelah pasti satu jam lagi baru habis panggilan dia dengan mummynya.

Puan Athalia memandang tajam skrin telefonnya.

"Kenapa?" tanya Tengku Ayden yang baru sahaja muncul mengambil kunci kereta tadi. Yang lain sudah pergi dahulu kecuali anak perempuannya yang sudah masuk ke dalam kereta.

HE IS COLD HEARTED [ C ]Where stories live. Discover now