❆❃ HE IS COLD HEARTED 41

1.8K 68 3
                                    

SEJAK awal subuh lagi dia sudah bangun dari tidur begitu juga dengan suaminya. Pagi ini dia rasa bersemangat untuk pergi Universiti. Berpuas hati dengan penampilannya dia terus turun ke bawah. Sementara tunggu suaminya bersiap untuk pergi pejabat, baik dia siapkan sarapan.

Tengku Aaryan yang baru masuk dapur terus menghampiri isterinya dan memeluk pinggang isterinya dari belakang. Bau haruman wangi dari isterinya di cium. Mukanya di sembamkan di leher jinjang isterinya.

"Awak...saya tengah siapkan sarapan ni. Janganlah kacau saya." dingin sahaja suara Azzahra menegur suaminya. Azzahra cuba menolak sedikit badan suaminya itu dari dia, tapi apakan daya bila kekuatannya tidak sekuat suaminya. Tengok badan pun dah tau.

Tengku Aaryan tidak menghiraukan teguran Azzahra. Azzahra hanya pasrahkan sahaja walaupun pun dia masih rasa sakit hati dengan suaminya itu. Dia pergi sana suaminya juga turut ikut pergi sana. Tak nak berenggang betul dengan dia.

"Kau cantik-cantik ni nak pergi mana?" soal Tengku Aaryan yang baru perasan isterinya pakai baju cantik macam nak keluar. Dia terus labuhkan duduk di sebelah Azzahra sebelum mengangkat Azzahra untuk duduk di atas ribanya.

"Lah... Harinikan saya kena masuk Universiti semula. Lagipun cuti saya dah abis dah pun." jelas Azzahra sambil menguis mee goreng itu. Azzahra mula rasa takut bila muka suaminya berubah tegang. Dia ada salah cakap ke?

"No. You can't going to Universiti. Berhenti belajar. Kau tu isteri aku, so sebagai isteri kau kena ikut cakap suami. Faham? Lepas makan ni ikut aku pergi office." kata Tengku Aaryan tegas. Dia meletakkan Azzahra di kerusi sebelah sebelum bangun dari duduknya.

Azzahra pandang sayu susuk tubuh suaminya yang sedang menaiki tangga. Suaminya merajuk ke?  Dia mengeluh panjang, dalam seumur hidup dia tak pernah lagi dia tengok lelaki merajuk disebabkan dia dan hanya benda kecil sahaja.

"Iahh... Dah tua pun nak majuk ke apa? Aku nak pergi U je pun. Penat-penat aku belajar dari dulu sampai sekarang, alih-alih berhenti belajar kat tengah-tengah jalan. Kalau macam tu baik aku tak payah sambung belajar je dulu." degus Azzahra kuat.

Selesai habiskan makanannya, dia terus mencuci pinggan mangkuk sebelum keluar dari rumah. Dia tidak menghiraukan dengan apa yang suaminya bagitau tadi. Sekarang dia hanya perlu tuju satu tempat sahaja iaitu Universiti tempat dia belajar.

Dia yang baru turun terus mencari kelibat Azzahra. Pergi dapur, tak jumpa. Pergi belakang rumah, tak jumpa. Setiap kawasan di banglo miliknya di periksa sebelum berhenti di tengah-tengah ruang tamu. Urat-urat di tangannya mula nampak. Wajahnya juga tegang macam bapak singa.

"Damn. Kau memang nak kena ngan aku lah budak." marah Tengku Aaryan cukup kuat dan tegas. Dia menekankan sesuatu di skrin Iphonennya.

"Hello. Amir aku nak kau siapkan surat berhenti belajar Zahra harini jugak. Dah siap terus antar kat rumah aku. Aku tau sebelum pukul 10 pagi kau dah ada depan rumah aku sekali ngan surat berhenti belajar tu." arah Tengku Aaryan pada Amir di dalam talian. Dia terus matikan panggilan tanpa menunggu balasan dari Amir.

Sementara menunggu Amir datang kerumahnya, dia naik keatas semula menuju ke bilik pejabat dia. Ada kerja yang perlu dia setelkan sebelum pergi ke Universiti tempat isterinya belajar.

Amir pandang skrin hitam iphone miliknya tanpa kelip mata. Tak percaya dengan apa yang baru dia dengar tadi.

"Kau pahal buat muka camtu bro." tanya Amsyar yang sedang memandu kereta. Amir pandang Amsyar di sebelah, Amsyar juga pandang Amir sekilas sebelum pandang depan. 

"Aku nak tanya kau lah kan, aku ni kerja ngan Ryan sebagai apa ek?" tanya Amir yang sudah berubah kedudukan tempat duduk. Amsyar pandang Amir pelik. Soalan merepek apa yang member dia tanya ni?

HE IS COLD HEARTED [ C ]Where stories live. Discover now