❆❃ HE IS COLD HEARTED 25

2K 73 0
                                    

"EEHH... Awak nak gi mana?" tanya Azzahra pelik. Tengku Aaryan yang berada di depan pintu wad menoleh semula ke belakang pandang Azzahra.

"Keluarlah. Kau tu sekarang kena rehat, tido." balas Tengku Aaryan dengan suara mendatar. Dia baru nak pegang tombol pintu mulut Azzahra berbunyi lagi.

"Abis sapa nak teman saya tido? Saya takutlah tinggal sorang-sorang dalam bilik ni. Sebelum ni ada ibu yang boleh temankan saya, sekarang saya mana ada peneman nak tido." adu Azzahra perlahan. Tengku Aaryan senyum misteri sebelum datang dekat pada Azzahra.

"Kau nak suh aku teman kau tidolah ni? Boleh." kata Tengku Aaryan. Dia naik atas katil Azzahra. Azzahra rasa cuak bila Tengku Aaryan sudah duduk di sebelah dia.

"Aw...wak...bu...buat...apa ni. Saya suh awak teman saya tido dari atas sofa tu je. Bukan saya suh awak teman saya tido duduk sekatil ngan saya." marah Azzahra geram. Tengku Aaryan gelak sebelum turun semula dari katil Azzahra. Dia duduk di kerusinya semula bersebelahan dengan katil Azzahra sahaja.

"Tadi suh temankan. Aku dah temankan kau, kau marah aku pulak. Aku baliklah macam ni." kata Tengku Aaryan. Dia bergurau sahaja dengan Azzahra, sengaja nak makan mengusik cinta hati dia.

Azzahra melihat Tengku Aaryan seperti ingin bangun dan dia cepat tahan tangan kiri Tengku Aaryan daripada bangun dari duduknya. Tengku Aaryan berhenti bila tangan kirinya kena tarik dengan Azzahra. Dia pusingkan badannya semula menghadap Azzahra.

"Memanglah saya suh awak teman saya tapi saya nak awak teman saya dari atas sofa tu je. Bukan naik atas katil saya." kata Azzahra sambil pandang anak mata coklat Tengku Aaryan. Tanganya masih memegang tangan kiri Tengku Aaryan. Tengku Aaryan mengeluh.

"Yelah. Tapi aku tak nak teman kau dari atas sofa tu. Aku nak duk sini je." kata Tengku Aaryan. Dia duduk semula di atas kerusinya. Tangan kanannya mengambil tangan kanan Azzahra dengan perlahan dan di genggam kemas.

"Yelah. Janji awak teman saya tido dan tak naik atas katil saya sudah lah. Awak saya nak tido ni, dah mengantuk. Boleh tak lepaskan tangan saya." kata Azzahra. Dia berharap sangat yang Tengku Aaryan lepaskan tangan dia. Tengku Aaryan senyum nakal.

"Tido jelah. Aku tak kacau kau pun." kata Tengku Aaryan dengan senyum di bibirnya. Azzahra cuak dengan senyuman nakal Tengku Aaryan. Dia terus baring menghadap ke atas. Nak baring mengiring tak boleh sebab tangan kanannya masih belum sembuh. Nak baring mengiring menghadap ke kiri pun tak boleh sebab tangan kanannya kena genggam ngan tengku Aaryan. Dia malas nak layan perangai gila Tengku Aaryan.

Azzahra menolehkan kealanya ke kanan dan kiri. Dia tidak dapat lelapkan matanya bila ada sesuatu benda yang menganggu di mukanya.

"Ishh...janganlah kacau awak." marah Azzahra geram bila benda asik kacau dia tidur. Dia terus buka mata dan...

"ARGHHH!" jerit Azzahra kuat bila matanya bertembung dengan mata seorang lelaki bertopeng berada betul-betul di atas dia. Lelaki bertopeng itu terus menutup mulut dia.

"Diam!" sepatah perkataan lelaki bertopeng itu berkata supaya Azzahra senyapkan diri daripada menjerit. Habislah rancangan dia kalau Azzahra berterusan menjerit.

Azzahra meronta-ronta supaya mulutnya dilepaskan dari terus ditutup dengan tangan lelaki bertopeng itu. Dia macam kenal suara lelaki bertopeng tu tapi dia tak ingat. Rasa takutnya melebihi diri dia sekarang ni. Dia mencari kelibat Tengku Aaryan tapi tak jumpa.

'Mana awak gi ni?' bisik Azzahra dalam hati. Tiba-tiba kejadian dia kena culik 2 minggu lepas terimbau kembali dalam kotak fikiran dia.

Tengku Aaryan yang sedang mencuci muka terdengar bunyi bising dari luar. Dia mengelap muka menggunakan kain tuala dan terus keluar dari bilik air.

HE IS COLD HEARTED [ C ]Where stories live. Discover now