❆❃ HE IS COLD HEARTED 24

1.9K 82 3
                                    

AZZAHRA menutup mulutnya dari kena sumbat dengan  makanan. Dia menggeleng laju pada Puan Farah.

"Adik makanlah sikit biar cepat sembuh. Nanti boleh keluar hospital awal." pujuk Puan Farah sambil memengang pinggan yang berisi nasi putih, ada sayuran sikit dan lauk ikan goreng. Makanan hospitallah kan. Azzahra menggelengkan kepalanya.

"Ad..." baru Puan Farah nak bercakap Encik Arshad dan Tengku Aaryan masuk ke dalam wad Azzahra. Encik Arshad dan Tengku Aaryan terpandangkan pinggan yang masih berada di tangan Puan Farah.

"Tak usik pun nasi tu?" tanya Encik Arshad lalu melabuhkan duduk di atas sofa panjang itu. Tengku Aaryan juga melabuhkan duduk di atas sofa bersebelahan dengan Encik Arshad. Dia hanya bermain Iphone miliknya sahaja, tapi telinganya dipasangkan untuk mendengar perbualan anak beranak itu.

"Adik ni hah, susah sangat nak makan. Awak cubalah pujuk anak dara awak ni suh makan." kata Puan Farah pada suaminya. Dia sudah penat nak paksa anaknya makan, dari pukul 12 tadi sampailah pukul 1 anaknya tetap tak nak makan. Ni belum suruh makan ubat lagi. Haihh pening kepala dia.

"Adik nak sihat semula ke tak nak?" soal Encik Arshad. Azzahra menganggguk laju.

"Nak keluar hospital cepat ke lambat?" soal Encik Arshad lagi.

"Cepat." jawap Azzahra ringkas dengan mulutnya dikecikkan. Persis cakap seorang bayi.

"Dah tu, kenapa tak makan nasi tu?" tanya Encik Arshad buat kali ketiga. Kalini dia lebih serius memandang ke wajah anak daranya.

Azzahra kalini hanya mendiamkan dirinya sahaja. Tak tau nak bagi jawapan apa.

"Adik, ayah tengah cakap ngan adik ni?" tegas suara Encik Arshad menegur anak daranya. Dia hanya bertegas bila anak-anaknya tidak mendengar apa yang dia cakapkan.

"Adik tak sukalah nak makan-makanan hospital. Dah 3 hari asik makan benda yang sama je. Adik nak makan-makanan lain pula..." kata Azzahra bila kena sound ngan Encik Arshad tadi.

Tengku Aaryan simpan Iphonenya semula ke dalam poket. Dia memandang wajah monyok Azzahra. Dia senyum nakal dan mengenyetkan matanya bila mata Azzahra memandang tepat ke dalam anak matanya. Dia gelak kecil bila Azzahra palingkan mukanya ke tempat lain. 

"Haisslah adik ni, cerewet betul macam ayahnya. Adik nak makan apa? Ibu belikan makanan kat kantin bawah." kata Puan Farah pada anaknya. Dia bingkas bangun dan mengambil dompetnya di dalam beg.

Tengku Aaryan terus bangun dan menghampiri Puan Farah.

"Takpe aunty. Biar Ryan yang belikan makanan tuk Zahra. Zahra, kau nak makan apa?" tanya Tengku Aaryan pada Azzahra. Badannya sudah di palingkan menghadap Azzahra.

"Nasi ayam. Air..." Azzahra belum habis cakap lagi Tengku Aaryan sudah potong.

"Nasi ayam, air mineral. Note. Ryan gi belikan makanan Zahra kejap ye uncle aunty. Aunty simpan je duit aunty, biar Ryan yang bayarkan." beritau Tengku Aaryan pada Encik Arshad dan terus keluar dari wad Azzahra tanpa menoleh kebelakang.

Azzahra tergangga sekejap sambil matanya memandang ke arah pintu wad yang sudah tertutup. Encik Arshad menggelengkan kepalanya melihat perangai kebudak-budakkan anak daranya.

"Dia dah kuar dah pun, tak payahlah nak pandang sampai tembus pintu tu. Tak lari mana pun boyfriend adik tu. Tutup mulut tu, nanti kang lalat buat rumah kat dalam mulut adik tu.  Mengada-gada betul. Makan jelah makanan hospital tu. Apa susah." kata Encik Arshad selamba. Azzahra terus tutup mulutnya bila dah kena sound sekali lagi dengan Encik Arshad. Puan Farah dan Azzahra memandang Encik Arshad serentak.

"Amboii kalau cakap kat anak pandai. Awak pun 2 kali 5 ngan Zahra. Tapi awaklah yang paling susah sekali nak makan ubat. Ingat perangai awak tu sebiji ngan perangai anak dara bongsu awak tu." kata Puan Farah dengan sinis sekali. Azzahra hanya gelak sahaja melihat muka Encik Arshad bila kena marah ngan Puan Farah. Takut binilah tu...HAHAHA

HE IS COLD HEARTED [ C ]Where stories live. Discover now