❆❃ HE IS COLD HEARTED 23

1.9K 79 6
                                    

SUDAH seminggu Azzahra tidak sedarkan diri. Seminggu juga Puan Farah, Encik Arshad dan Tengku Aaryan setia menunggu sampai Azzahra sedar di Cameron Hinglans. Yang lain semua dah balik ke tempat tinggal masing-masing. Syarikat Tengku Aaryan di bantu oleh adiknya, Tengku Addyan. Memandangkan adiknya takde buat apa baik dia suruh adiknya uruskan syarikat dia.

"Ryan, uncle ngan aunty ada benda nak cakap sikit boleh?" tanya Encik Arshad pada Tengku Aaryan. Dia memandang anaknya yang terlantar di katil hospital itu. Ini demi anak bongsu perempuan mereka. Puan Farah yang setia berada di sisi anaknya hanya mendiamkan dirinya sahaja.

"Ada apa tu uncle aunty?" tanya Tengku Aaryan balik. Dia hairan tengok muka Encik Arshad yang selalunya happy tetiba jadi serius.

"Kalau kamu sudi, uncle ngan aunty nak kamu kawin ngan Zahra. Setuju ke?" tanya Encik Arshad dengan wajah seriusnya. Dia dan isterinya tau, Tengku Aaryan dapat menjaga anak mereka dengan baik.

Dia memandang Azzahra sekejap sebelum pandang Encik Arshad dan Puan Farah semula. Dia dah buat keputusan muktamad.

Azzahra yang baru sedar malam tadi hanya mendengarkan sahaja perbualan ibu bapanya dengan Tengku Aaryan sambil menutup mata, pura-pura tidur. Dia masih tak bersedia lagi untuk bagitau keluarganya yang dia baru sahaja sedar semalam. Dia agak nervous untuk mendengar keputusan yang Tengku Aaryan akan cakapkan sebentar lagi.

"Ryan dah buat keputusan muktamad. Ryan setuju untuk kawin ngan Zahra." kata Tengku Aaryan dengan seikhlas hatinya. Dia sudah berjanji pada diri dia yang dia akan jaga dan lindungi Azzahra sampai hujung nyawanya.

Encik Arshad dan Puan Farah ucap syukur mendengar jawapan Tengku Aaryan. Mereka sangat gembira kerana tak lama lagi anak bongsu perempuan mereka akan kahwin.

Badan Azzahra kejung bila mendengar jawapan Tengku Aaryan. Dia tak tau nak buat apa, nak bantah tak boleh sebab sekarang dia tengah pura-pura tidur. Hati dia sakit bila teringat kejadian minggu lepas. Dia tak patut kenal dengan Tengku Aaryan malah nak kahwin dengan Tengku Aaryan pun dia takkan setuju.

Tengku Aaryan senyum melihat senyuman lebar ibu bapa Azzahra. Dia pandang Azzahra dengan senyum sinis. Dia nampak mata Azzahra bergerak walapun mata tu tertutup rapat, dia pasti Azzahra mendengar jawapan dia tadi. Dia akan tunggu ibu bapa Azzahra beredar dulu baru dia akan lakukan sesuatu. Jangan fikir yang bkn-bkn plk readers. Ghisauu saya...

"Nanti bila Zahra sedar aunty ngan uncle akan bagitau Zahra pasal ni." kata Puan Farah. Dia dan suaminyalah orang pertama yang dengar keputusan gembira dari Tengku Aaryan.

"Eh takpe aunty uncle. Biar Ryan yang bagitau dia sendiri nanti. Cuma satu je Ryan mintak, jangan bagitau kawan-kawan Ryan pasal ni. Diorang kalau dah dapat tau pasal benda ni abis satu dunia diorang nak bagitau." rayu Tengku Aaryan pada ibu bapa Azzahra. Puan Farah dan Encik Arshad hanya menganggukkan kepala sahaja tanda 'Setuju' dengan permintaan Tengku Aaryan. Macam-macam betul budak zaman sekarang ni.

"Ryan, uncle ngan aunty nak balik sekejap, lepastu nak singgah beli makanan. Ryan nak makan apa? Aunty boleh belikan." tanya Puan Farah. Dia mengambil beg tangannya di sebelah tempat dia duduk dan bangun dari duduknya.

"Takpe. Nanti lepas aunty ngan uncle sampai Ryan akan turun beli sendiri." bagitau Tengku Aaryan dan menghadiahkan senyuman pada Puan Farah. Encik Arshad yang berada di depan pintu hanya melihat sahaja senyuman Tengku Aaryan yang diberikan pada isterinya.

"Jangan manis sangat senyuman tu. Tak pasal-pasal cair pulak isteri uncle ni. Kamu simpan je senyuman manis tu untuk Azzahra nanti." kata Encik Arshad pada Tengku Aaryan. Tengku Aaryan gelak kecil mendengar gurauan dari Encik Arshad.

"Apa abang ni. ishh..." marah Puan Farah dan terus keluar dari wad anaknya.

"Uncel jangan risau. Saya dah simpan senyuman ni untuk BAKAL ISTERI SAYA ni. Senyuman menggoda pun ada uncle." kata Tengku Aaryan dengan nada gurauannya. Dia sengaja menekan ayat 'BAKAL ISTERI SAYA' pada Azzahra. Encik Arsahd hanya gelak kecil sahaja sebelum minta diri.

HE IS COLD HEARTED [ C ]Where stories live. Discover now