❆❃ HE IS COLD HEARTED 5

3.3K 126 1
                                    

AZZAHRA pandang keluar rumah bila mendegar bunyi kereta masuk ke perkarangan rumahnya. Dia nampak Aisya yang baru sahaja keluar dari keretanya dan berjalan masuk kedalam rumah.

"Assalamualaikum..." Aisya memberi salam bila dia sudah selamat masuk dalam rumah.

"Waalaikumussalam" jawap Aisya. Melihatkan Aisya yang berjalan kearahnya, dia terus berganjak ketepi sedikit bagi ruang untuk Aisya duduk dan berehat.

"Lambat kau balik Sya? Nak air tak aku boleh ambikkan..." tanya Azzahra pada Aisya.

Aisya yang mendengar soalan Azzahra itu terus menganggkat kepala. Baguslah tu, dia pun tengah haus sekarang.

"Ehm bolehlah. Aku nak jus oren boleh tak? " pinta Aisya pada Azzahra.

"Ok, tunggu jap aku pergi ambik" kata Azzahra sebelum bangun dan menuju kearah dapur.

Dia buka peti ais lalu mencapai jus oren dan susu yang disediakan dalam kotak. Dia mengambil 2 cawan dan menuangkan jus oren dan susu kedalam cawan tersebut.

Selesai mengamil air dia kembali ke ruang tamu dan meletakkan jus oren keatas meja. Dia kembali duduk dan terus menyisip sedikit air susunya.

Itulah rutin dia, setiap malam dia akan minum susu sebelum tidur.

"Thank you Zahra..." ucap Aisya sebelum menyisip jus oren yang dibawa oleh Azzahra tadi.

"Isya, aku ingat lepas kita abis exam aku nak balik kampunglah. Nak rehatkan minda sebelum semester terakhir kita nanti. Boleh tak? " bagitau Azzahra sambil memandang Aisya yang tengah berfikir.

"Ehm boleh jugak, aku pun dah lama tak balik kampung. Nanti kita balik kampung pakai kereta aku je tau." bagitau Aisya, di taknak balik naik kereta beransingan dengan Azzahra. Takut jadi apa-apa pula kawan baiknya. Si Azzahra ni bukan boleh percaya, cakap nak balik kampung terus tapi dia boleh pergi singgah Melaka.

Katanya " Ala alang-alang jalan nak balik Johor aku singgahlah pergi Melaka sekejap" 

Berapi pulak dia dengar kata-kata Azzahra masa tu.

"Iyelah. Baru ingat nak singgah pergi Negeri Sembilan, cauww ahh dia ni..." cakap Azzahra dipenghujung ayatnya. Taknak bagi Aisya dengar, nanti dia kena bebel sampai pagi besok.

"Besok kau jangan lupa pulak kita ada last exam untuk semester 5 kita sebelum kita masuk semester terakhir. Kau dah study belum?" tanya Aisya bagi mengingatkan Azzahra.

Azzahra buat muka bila Aisya menyoal pasal tu.

"Aku ingatlah. Kau ingat aku ni lupa ke yang besok kita exam. Aku ingat tau, aku dah set dah dalam kepala otak aku ni." balas Azzahra dengan angkuh sekali.

Aisya hanya mendengarkan sahaja kata-kata Azzahra, 20% je dia percaya dengan kata-kata Azzahra lagi 50% dia tak percaya. Kalau tak percaya tengoklah besok pagi apa yang akan terjadi dalam rumahnya besok.Dia malas nak layan lagi dia terus bangun dari tempatnya meninggalkan Azzahra seorang diri dibawah. Dia terus naik tangga dan masuk kedalam bilik tidurnya. Nak tidur.

"Nanti cawan tolong basuhkan ehh. Aku nak naik atas terus, nak mandi lepastu aku nak terus tidur. Jaangan ganggu aku taww. Bye... goodnight. Muahhh..." sempat Aisya membebel dan bagi flaying kiss padanya sambil naik ke tinggkat atas.

Azzahra mendengus geram sebelum...

"Ishhhh aku pulak kena basuhkan cawan kau. Aku dah kira baik dah ambikkan air untuk kau last-last aku jugak kena yang basuhkan. Eeee takpe kau...besok pagi aku abis makan aku tinggalkan pinggan dalam singki, biar kau basuh pula aku punya pinggan, sudu garfu kalau aku guna garfulah lepastu basuh cawan sekali..." bebel Azzahra panjang seorang diri di dapur sambil membasuh cawan dia dan cawan Aisya.

HE IS COLD HEARTED [ C ]Where stories live. Discover now