❆❃ HE IS COLD HEARTED 2

3.9K 161 0
                                    

DIA melangkah masuk kedalam kedai Popular. Dia melihat semua novel ada tampal sticker kecil warna kuning di penghujung novel, menandakan Popular sekarang ada buat diskaun. Dia tersenyum gembira bila dia datang tepat pada masanya.

Dia mencari novel yang dia ingin beli, tapi tak jumpa. Dia mencari lagi di rak novel yang lain.

Haaa... dah jumpa.

Tapi dia tak sampai nak ambil novel tu. Eeee kenapalah diorang buat rak tinggi-tinggi, lepastu letak novel dekat atas pulak tu. Macam mana dia nak ambik ni, takkanlah dia nak minta tolong orang pulak.

Sedang dia berfikir, ada seseorang gadis menegurnya.

"Hi, saya nampak awak macam dalam masalah je. Ada apa-apa yang boleh saya tolong ke?" tanya gadis itu.

Azzahra tersedar bila ada gadis itu menegurnya.

"Ehmm... hai. Saya sebenarnya nak ambil novel tu. Tapi saya tak sampai. " bagitau Azzahra sambil tangan menunjukkan novel yang dia inginkan.

Gadis itu memandang kearah yang ditunjukkan oleh gadis didepannya. Dia mencapai novel yang diingini oleh gadis itu.

"Nah." novel itu diserahkan kepada gadis didepannya. Dia tersenyum melihat wajah comel itu yang nampak gembira bila sudah dapat apa yang diinginkan, macam dapat gula-gula.

"Thank you awak. Nama saya Azzahra Raissa, awak boleh panggil saya Zahra." Azzahra memperkenalkan namanya pada gadis itu.

Gadis itu hanya tersenyum dengan perangai comel Azzahra yang baru dikenalinya.

"Your welcome girl. Nama saya Alicia Rayna, awak boleh panggil saya Alicia. Cantik nama awak, macam orangnya." puji Alicia sambil terseyum manis.

Azzahra tersenyum bila ada orang puji dia cantik.

Alicia geleng kepala melihat Azzahra yang malu-malu kucing itu.

"Awak pun apa kurangnya lagi cantik dari saya, tinggi pulak tu. Saya ni cantik tapi pendek, sebab tu saya tak boleh nak capai benda yang tinggi." beritau Azzahra dengan suara perlahannya.

"Awak tak boleh cakap macam tu. Semuanya Allah dah tetapkan untuk kita, sama ada kita tinggi ataupun rendah, cantik ataupun hodoh, semuanya Allah dah tetapkan untuk kita, Kita tak boleh nak cakap macam tu. Itu tanda awak tak bersyukur dengan apa yang Allah telah tetapkan untuk kita." tegur Alicia dengan suara datarnya.

Azzahra menundukkan wajahnya memandang lantai bila ditegur macam tu. Macam kena tegur dengan mak pulak bila dia buat salah.

"Ehmm sorry. Saya bukan tak bersyukur dengan apa yang Allah bagi pada saya. Saya bersyukur sangat. Thank you sebab tegur dan bagi nasihat saya." ucap Azzahra sebelum mengangkat wajahnya. Dia senyum manis pada Alicia

Alicia dapat rasa apabila telefonnya berbunyi mintak diangkat. Dia mencapai telefonnya lalu melihat nama pemanggil.

Mama.

"Erm Zahra saya pergi dulu ye. Saya harap kita dapat berjumpa lagi di masa akan datang. Bye." selesai memberi kata, Alicia melambaikan tangan dan terus berlalu pergi sambil mengangkat panggilannya tadi.

Azzahra mengangguk dan melambaikan tangan pada Alicia semula. Dia pun berlalu kearah kaunter untuk bayar novel yang dia dapatkan tadi.

Lepasni dia perlu mengambil Tata dirumah Kak Hana dan bawa Tata bersiar-siar di taman.

"ASSALAMUALAIKUM Kak Hana. " Azzahra memberi salam pada Kak Hana yang berada di depan pintu dengan Tata yang berada di dukungan Kak Hana.

"Waalaikummussalam Zahra. Ingatkan tak datang tadi." tanya Kak Hana.

Azzahra tersenyum bila melihat Tata yang seakan-akan ingin dilepaskan dari dukungan Kak Hana bila nampak dia. Rindulah tu dekat mummy dia yang comel ni.

Ahaks terpuji dirilah pulak. Tapi tak salahkan puji diri sendiri, lagipun dia memang comel.

"Zahra datang je. Cuma lambat sikit tadi jalan jem kan, orang baru balik kerja. Tu yang Zahra lambat." bagitau Azzahra pada Kak Hana. Di mengambil Tata dari dukungan Kak Hana.

Kak Hana hanya menganggukkan sahaja dengan kata-kata Azzahra.

"Hmm...rindunya mummy dekat awak ni. Makin gemuklah dia sekarang, Tata makan apani sampai gemuk hmm? tanya Azzahra pada Tata yang berada didukungannya. Macamlah si kucing tu boleh jawap soalannya, kalau jawap pun hanya meow yang disebut.

"Meowww" Tata bercakap dalam bahasanya dengan Azzahra.

"Tata makan whiskaslah mummy. " jawap Kak Hana bagi pihak Tata.

"Haa makan whiskas, ni mesti makan whiskas banyak-banyak ni patutlah Tata makin gemuk ehh" tanya Azzahra sebelum dekatkan dahinya dengan dahi Tata.

"Takdelah. Tata makan sikit je. Tapi lepas Tata makan dia banyak tido, lepas bangun tido mulalah dia cari akak mintak makanan. Tu yang nampak makin gemuk tu. " jawap Kak Hana sambil mengusap kepala Tata.

Tata mengomel manja dalam bahasanya.

Comel...

"Lepasni Zahra nak balik rumah terus ke atau Zahra nak singgah mana-mana? " tanya Kak Hana.

"Zahra nak singgah ke taman kejap bawak Tata pergi bersiar dekat sana. Lepastu, barulah Zahra balik. Lagipun kat rumah takde sesiapa, Aisya ada kelas, katanya dia balik lambat. So Zahra pun baliklah lambat jugak, tapi tak sampai lewat malam pun, pukul 6 baliklah. " balas Azzahra panjang.

"Hrm yelah, jangan lewat sangat. Dah kata pukul 6 kan, jangan lebih dari pukul 6 sudah. " tegur Kak Hana. Sebenarnya lebihb kepada nasihat, si Azzahra ni bukannya boleh percaya. Dikata pukul 6, pukul 9 baru sampai rumah.

"Hihihi baiklah Kak Hana. Tepat pukul 6 Zahra dah ada dalam rumah." bagitau Azzahra dengan senyuman comelnya.

Kak Hana hanya menanggukkan kepalanya sahaja.

"HELLO my brother. "sapa Dayyan Haikal.

Mereka sekarang berada di markas yang terletak di tengah-tengah hutan. Hanya mereka dan anak-anak buahnya saje yang tau tempat itu.

"Hrm " balas Tengku Aaryan dengan suara mendatar dengan wajah dingin ditayangkan.

Dayyan Haikal buat muka apabila Tengku Aaryan Zahreen hanya HRM je. Shahrul ketawa melihat muka tak puas hati kawan baiknya.

"Kau pahal gila gelakkan aku, tak puas hati ke. Kalau tak puas hati ngan aku meh ahh kita fight karang jugak..." marah Dayyan bila Shahrul gelakkan dia.

Tengku Aaryan menahan sabar dengan 2 orang kawan baiknya. Perangai masing-masing serupa macam beruk. Dia dah agak dah, kalau 2 ekor beruk ni jumpa mesti ada je benda nak cari gaduh.

"Hekelehh tak puas hati meh ahh sini..." balas Shahrul sambil tangan mengayunkan kearah Dayyan tanda kesini

Tengku Aaryan tidak dapat menahan sabar dengan peragai 2 ekor beruk tu. Dia melangkah kearah Dayyan dan Shahrul lalu...

"Aduhhh " adu mereka serentak bila Tengku Aaryan menhentukkan kepala mereka berdua. Hmm padan muka carilah pasal dengan dia lagi, kang sekor-sekor kena tembak dengan dia.

"Siallah kau, pahal hentuk kepala kitorang gila..." marah Dayyan dengan muka merah menahan amarah. Kang marah lelebih tak pasal makan peluru Tengku Aaryan. So dia tahankan saja amarahnya dari tekeluar dari mulutnya.

"Dari korang memekak kat sini, baik korang pergi standbay. Sebelum peluru ni masuk kat dalam mulut korang baik korang pergi blaa. " marah Tengku Aaryan dengan wajah beku dan dinginya.

"Eee tatutnya titew... Tembaklah kalau berani. Bluerkk..." Shahrul menambahkan lagi api dalam diri Tengku Aaryan.

Dayyan dan Shahrul terus berlari keluar dari bilik itu bila Tengku ingin datang dekat ke arah mereka berdua. Tengku Aaryan Zahreen mengurut dahinya, pening kepala dia dengan peragai tak semenggah 2 kawan baiknya.






















Happy Reading Reader's😘

HE IS COLD HEARTED [ C ]Where stories live. Discover now