❆❃ HE IS COLD HEARTED 52

1.6K 63 0
                                    

HARI ini dia sudah boleh keluar dari hospital. Hatinya suggguh gembira bila doktor beritahunya semalam, senyuman mekar di bibirnya tidak henti-henti putus.

"Abang dah kemaskan barang sayang. Jom kita balik" ajak Tengku Aaryan sekali lagi untuk minta perhatian Azzahra.

Dilihatnya tadi isterinya termenung jauh sambil tersenyum seorang diri. Tangan sebelah memengang beg pakaian baju, sebelah di ajukan pada isterinya.

"Jom" balas Azzahra dan terus mengamit tangan besar suaminya. Tangan besar lelaki itu mengeratkan lagi pautan mereka supaya tidak lepas dari pegangannya.

MASUK sahaja di perkarangan kawasan rumah besar itu, Puan Athalia dan Puan Farah sudah menunggu ke datangan mereka berdua. Dengan laju Azzahra terus membuka pintu kereta dan terus memeluk erat kedua-dua wanita yang dia sayang.

Dalam kereta dia menggeleng kepala. Dia terus keluar kereta dan kunci kereta BMW M5 nya di serahkan kepada anak buahnya di situ untuk parking di dalam garaj kereta.

"Mummy, ibu." sapa Tengku Aaryan lembut sambil menyalam kekura tangan kedua-dua wanita kesayangannya.

"So, how you feel today sayang? Everything ok?" tanya Puan Athalia lembut. Kepala menantunya di usap lembut.

Azzahra mengangguk kecil sebelum bertindak memeluk ibunya. Dia pandang ibu dan mummy bergilir-gilir.

"Alhamdulillah, Zahra rasa lebih daripada sihat." balas Azzahra lembut dengan sengihan di bibirnya.

Puan Farah dan Puan Athalia ucap rasa bersyukur mendengar jawap Azzahra. Mereka berempat terus masuk ke dalam rumah sambil tangan mengamit tangan masing-masing.

Tengku Aaryan mendengus perlahan bila tangan dia tak kena tarik masuk dalam rumah. Penat tau dia berdiri menunggu 3 wanita kesayangannya habis berbual, alih-alih dia yang kena palau. Hmm apalah nasib dia.

AZZAHRA menghirup udara segar di pagi hari. Itulah rutin dia setiap pagi sambil menghirup bau bunga-bunga yang dia tanam dulu.

Bunga tulip di sentuh dengan lembut. Tak sangka dia berjaya menanam pokok bunga kegemarannya sampai tumbuh dengan mekar dan subur.

"Kat sini rupanya Cariño. Cariño buat apa tu?" sapa Tengku Aaryan yang baru muncul di taman bunga milik Azzahra. Pinggang isterinya di peluk dari belakang sambil muka di sembamkan di leher isterinya.

Rindu betul dia akan bau wangian Azzahra. Satu tangan mengusap lembut tangan kekar miliknya.

"Cariño tengah tengok bunga yang cariño tanam aritu. Cantikan?" soal Azzahra ceria. Tangan bergerak naik ke atas untuk menyentuh rambut suaminya.

"Cantik. Sama cantik dengan orang yang tanam pokok bunga tu." puji Tengku Aaryan membuatkan Azzahra senyum sampai ke telinga.

"Abang tak kerja ke hari ni?" Azzahra menyoal suaminya bila perasan suaminya hanya pakai baju t-shirt biasa bukan baju kerja.

Tengku Aaryan mengumam kecil dan mengeleng kecil. Dia pusingkan badan Azzahra menghadap ke arahnya. Bibir munggil itu terus menjadi sasarannya.

Azzahra tercungap-cungap memcari nafas yang suaminya curi tadi setelah di lepaskan oleh dia. Dilihatnya lelaki iu senyum sinis ke atas.

"Abang ni...janganlah gelojoh sangat. Kat sini ada ramai anak buah abang tau, malulah saya." marah Azzahra seraya mencubit perut suaminya tapi tidak lepas bila tangan besar lelaki itu lebih tangkas menangkap tangan kecil dia.

"Ada abang kisah. Arini abang cuti sebab nak jaga isteri nakal abang ni kat rumah. Jom masuk bilik. Dah lama abang tak warm up." ajak Tengku Aaryan dengan nada nakal dan mengusik. Tanpa persetujuan isterinya, dia terus mengangkat tubuh kecil itu naik ke atas.

HE IS COLD HEARTED [ C ]Where stories live. Discover now