❆❃ HE IS COLD HEARTED 51

1.7K 66 0
                                    

DIA yang kebetulan lalu di laluan itu terserempak dengan Shahrul dan dan Amir. Aduh punya banyak laluan kat markas ni kenapa laluan ni juga korang nak lalu?

"Yoww...broo. Lama tak nampak? Ingatkan dah terlantar kat katil hospital tu lama-lama dengan bini." sapa Sharul yang sudah mula dengan peragai tak betulnya.

Tengku Aaryan berdecit kuat mendengar ayat sinis Shahrul.

"Suka hati akulah nak lama-lama kat sana. Kalau kau nak terlantar atas katil hospital aku boleh je tolong antar kau ke sana tapi bukan atas katillah, aku antar terus gi kubur senang aku tak payah hadap peragai setan kau setiap hari." Tengku Aaryan balas semula kata-kata sinis Shahrul tadi. Dia terus pergi dari situ dengan senyuman sinis di berikan pada Shahrul. Bahu lelaki itu dilanggarnya selamba tanpa menoleh kebelakangan lagi.

Shahrul mengumam bibirnya dengan tangan di kepalkan bentuk penumbuk. Beragin sahaja hatinya sekarang lagi buat dia berangin bila orang di sebelahnya tengah gelak sakan.

"AHAHAHA kesian kena balik... Itulah kau, lain kali kalau nak cari pasal ngan orang tengok orang tu dulu camna. Kalau ok ok lah tapi kalau jumpa orang macam Ryan memang mendapatlah kau. AHAHAHA..." nasihat Amir yang masih gelakkan Shahrul. Perutnya yang terasa senak ditekan, kalau boleh gelak berguling-guling atas lantai memang dia dah buat dah tapi laluan kawasan ni sempit sangat jadi dia hanya batalkan niatnya sahaja.

"Gelak gelak biar usus perut kau pecah. Kalau pecah kat sini aki biar aja kau sorang-sorang kat sini. Hilang mood aku nak kenakan orang lagi. Elok aku nak kenakan dia alih-alih aku pulak yang terkena. Memang c**** betul." maki Shahrul dengan muka ketat menahan marah. Malas nak duduk lama-lama dengan orang yang bahan dia kang tak pasal ada yang makan kaki dia.

"Weii tunggulah...alaa dia majuk lak. Alololo tomey tomey ni." pujuk Amir macam pujuk budak tadika 5 tahun. Padahal yang dia pujuk orang dah besar panjang tapi peragai kalah budak tadika 5 tahun.

Pintu bilik rahsia di buka kasar oleh Shahrul menyebabkan orang di dalam bilik itu memandang ke arah pintu atau lebih tepat lagi memandang ke arahnya dengan muka dingin dan aura gelap yang menguasai bilik rahsia ini.

"Apa pandang-pandang? Taulah aku ni hensem lagikan bergaya orangnya." mampu puji diri sendiri je, orang lain nak puji camtu kat dia? Memang dia berani mati pastu hidup balik.

"Ptt...sempat betul angkat bakul sendiri." sinis Dayyan yang duduk di sofa paling hujung.

Bilik rahsia di mana bilik untuk mereka menyiksa mangsa-mangsa mereka. Suasana bilik yang berwarna hitam keemasan dan ruang yang luas sudah tentu ada banyak senjata tajam di dalam bilik ini.

Hafiz yang separuh sedar akibat dibelasah teruk dengan anak-anak buah Tengku Aaryan hanya perhatikan sahaja semua yang berada di situ. Satu persatu dipandangnya sebelum terhenti pada Tengku Aaryan Zahreen.

"Seminggu aku tahan kau kat sini. Teruk jugak ehh anak-anak buah aku belasah kau. Sebenarnya aku kesiam tengok kau semua benda ada, harta, kereta tapi terhengeh-hengeh dekat perempuan yang tak suka dekat kau. Perempuan yang kau suka tu pulak dah jadi hak milik aku. Kesian betul hidup kau." ujar Tengku Aaryan dingin dan beku. Tangannya di masukkan ke dalam poket seluar.

Dadanya turun naik berulang kali bila Tengku Aaryan menambah api dalam dirinya. Dia meronta-ronta dirinya tapi tetap tidak semudah itu untuk dia lepaskan diri. Badannya tidak mampu lagi untuk berlawan, dia hanya mampu bercakap dan perhatikan sahaja dengan kawasan sekelilingnya.

Tengku Aaryan gelak sinis melihat Hafiz yang berusaha untuk melepaskan diri dari rantai besi itu. Dia berjalan menghampiri Hafiz dengan membawa pisau kecik yang dia pilih tadi.

HE IS COLD HEARTED [ C ]Where stories live. Discover now