❆❃ HE IS COLD HEARTED 43

1.9K 64 2
                                    

SHAHRUL dan Dayyan dari tadi hanya mendiamkan diri sambil pandagan di tundukkan ke bawah. Gerum melihat pandangan dingin beku itu. Sudah setengah jam mereka berdua berdiri dalam pejabat lelaki itu, setengah jam juga lelaki itu hanya mendiamkan diri.

Dayyan mengeluh kuat bila kakinya sudah lenguh berdiri terlalu lama.

"Aku tau lah aku hensem tapi tak..."

"Diam. Ada aku suh kau cakap ke? Takde kan." potong Tengku Aaryan laju. Dia tau ayat apa yang akan keluar dalam mulut Dayyan. Dia sengaja nak biarkan 2 orang tu berdiri sampai lenguh kaki. Cari nahas lagi dengan dia kan dah kena balasannya balik.

"Perasan hensem betul. Nak muntah aku kalau Ryan tak potong aat kau tadi. Bluekkkk..." bisik Shahrul perlahan dengan membuat gaya nak muntah sekali. Menyampah betul dia kalau Dayyan keluarkan ayat tu. Nak dibandingkan dia dengan Dayyan, rasanya dia lagi hensem kot. Mampu puji diri sendiri jer.

Tengku Aaryan geleng kepela melihat kelakuan Shahrul tadi. Kang ada yang makan penyepak dia jap gi.

"Mana fail pejabat yang aku suh korang bawa tu?" tanya Tengku Aaryan dingin. Buat masa sekarang dia terlalu busy dengan kerjanya di tambah lagi dengan kesihatan Azzahra. Jadi dia terpaksa membuat kerja officenya di pejabat rumah.

"Ada. Jap." kata Shahrul sebelum segera mengambil fail yang d pinta Tengku Aaryan di dalam beg. Takde. Shahrul kerutkan kening bila tak jumpa fail tu dalam beg.

"Aikk mana aku letak fail tu eh? Aku rasa aku bawah je tadi masuk dalam beg. Takkanlah fail tu boleh jalan kot, fail tu mana ada kaki nak berjalan. Mana aku letak ahh..." Shahrul merugut perlahan bila fail tu tetap tak jumpa dalam beg. Semua kocek beg dia dah cek siap terbalikkan lagi beg tu ke bawah.

Dayyan dan Tengku Aaryan memandang pelik ke arah Shahrul. Apa benda malaun ni buat? Dayyan datang dekat pada Shahrul bila perasan muka Tengku Aaryan bertambah ketat.

"Weh kau cari apa lagi, pergi bagi fail tu kat dia lah cepat. Muka dia tu dah berubah bapak singa tau tak, orang lainyang  tengok muka bapak singa tu pun terus lari elamatkan diri. Cepatlah bagi fail tu, kang mengamuk pulak bapak singa tu." kutuk Dayyan dengan nada perlahan. Tak nak bagi Tengku Aaryan dengar punya pasal. Shahrul mendegus kasar bila Dayyan sudah start membebel.

"Kau ni bisinglah. Daripada kau membebel kat aku lebih baik kau tolong aku cari fail tu lagi bagus. Kau kutuk belakang dia buat apa, eloknya kalau kau kutuk dia depan-depan kan bagus. Mulut kau tu bukannya ada insyuren, insyuren pun tak bayar ada hati cakap belakang orang. Nama je jantan tapi penakut kalau tak berani nak cakap depan-depan ngan bapak singa tu." kalini Shahru pula yang membebel pada Dayyan. Sambil membebel sambil tu tangannya ligat bergerak mencari fail di dalam beg. Dia cuba mengingati di mana dia letak fail itu tadi.

"Alamak kau ni, bising ahh. Cakap orang je membebel tapi diri sendiri tak sedar pulak yang diri sendiri tengah bebel." balas Dayyan tak puas hati. Dia degan Shahrul kalau dah berjumpa memang macam ni lah dia, asik gaduh je macam kucing dengan anjing.

"Tolonglah aku cari sekali gila. Aku tengah cuba ingat balik ni mana aku letk fail tu." bagitau Shahrul geram bila melihat Dayyan hanya berdiri di sebelahnya tanpa tolong dia cari fail tu.

"Asal aku pulak yang kena tolong kau cari fail tu. Kau yang pengang fail tu kan tadi, jadi kau sorang jelah yang kena cari fail tu. Aku tak nak ada kena mengena ngan fail. Carilah sendiri." kata Dayyan selamba sambil tangan di silangkan di dada bidangnya. Dia hanya duduk relax sahaja sambil mata melihat gerak-geri Shahrul.

"Kau ni tak bagus betullah. Ada member tapi member tak berguna langsung." kutuk Shahrul geram. Jari tengahnya di tunjukkan ke arah Dayyan. Dayyan mebalas balik perbuatan dia tadi dengan muka jelek.

HE IS COLD HEARTED [ C ]Where stories live. Discover now