❆❃ HE IS COLD HEARTED 12

2.4K 95 2
                                    

"AMANI nak makan apa?" tanya Azzahra. Dia melihat menu makanan yang di beri oleh pelayan tadi.

"Amani nak makan spaghetti ngan acik su oleh?" tanya Amani dengan suara comelnya. Azzahra yang memilih menu tadi terus pandang Amani di sebelah.

"Sure sayang. Kita makan spaghetti ok?" kata Azzahra sambil buat tanda OK. Amani juga buat tanda OK pada Azzahra.

Selesai mengoder menu makanannya tadi Azzahra meminta izin untuk pergi ke tandas sekejap. Azzahra melihat pantulan dirinya di cermin. Tudungnya di betulkan sebelum mengeluarkan telefon dalam handbag. Dia buka aplikasi WhatsApp, nama Hafiz berada paling atas. Banyak kali Hafiz call dan mesej dia. Tapi dia buat tak layan saja.

"Kau ni tak faham bahasa ke apa, orang dah kata tak nak tu tak naklah. Kau nak suruh aku cakap bahasa apalagi tamil, cina tak pun korea." bebel Azzahra dalam tandas. Nasib baik dia sorang sahaja yang berada dalam tandas. Tanpa fikir panjang dia terus blok nombor Hafiz dari telefonnya dan di simpan semula dalam handbag.

Dia melihat pantulan dirinya buat kali terakhir sebelum bergerak keluar dari tandas. Keluar sahaja dari tandas ada orang menegurnya dari tepi. Aaryan. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menuturkan kata.

"Awak buat apa kat sini?" tanya Azzahra. Tangannya di silangkan pada dada. Padangannya di arahkan ke tempat lain, tak nak pandang muka si zirafah. Menyampah.

"Aku pergi tandaslah. Tak nampak ke papan tanda 'tandas lelaki' kat sebelah tu, buta ehh? Sampai hati kau aann pergi bercuti tak ajak aku." balas Tengku Aaryan. Tangannya juga di silangkan pada dada bidangnya bagi nampak macho sikit. Badannya di sandar pada dinding sambil menatap wajah cantik Azzahra.

Azzahra melihat papan tanda tandas lelaki bersebelahan dengan tandas wanita. Dia pandang lelaki itu sekejap sebelum memandang ke arah lain semula.

"Saya tak buta lagi ok,mata saya sihat walafiat lagi. Buat apa saya nak ajak orang yang saya tak kenal pergi bercuti. Awak bukan siapa-siapa bagi saya pun." jawap Azzahra dengan suara mendatar.

Kalau tadi dia berasa geram dengan Hafiz,sekarang dia lagi bertambah geram dengan lelaki di depannya. Sebelum hatinya berasa panas baik dia pergi dari situ. Tak suka berlama-lama dengan lelaki di depan tandas. Kang tak pasal-pasal benda lain pula jadi.

Tengku Aaryan yang melihat Azzahra ingin pergi terus dia mencapai tangan mulus Azzahra. Azzahra yang baru sahaja ingin pergi di rasa tangannya kena tarik dari belakang. Azzahra berusaha untuk melepaskan tangannya dari genggaman tangan lelaki itu.

"Ishh apa pegang-pegang ni. Lepaslah. Awak tak tau ehh haram kalau lelaki pegang tangan perempuan. Lepaskan tangan saya, kalau tak saya jerit." marah Azzahra. Dia cuba ketuk tangan lelaki itu menggunakan handbag miliknya, nak bagi tangan tu lepas dari menggenggam tangannya.

Tangannya berasa sakit apabila gadis itu menghentakkan handbag miliknya dengan kuat. Tengku Aaryan terus melepaskan genggaman tangannya dari tangan gadis. Sakit siott, itu beg ke kayu.

"Padan muka, lain kali tariklah lagi tangan orang kalau tak nak kena luku dengan saya." marah Azzahra. Handbag miliknya di betulkan sebelum dia memukul lengan sasa lelaki itu. Dia terus pergi dari situ. Sempat dia jelirkan lidahnya pada lelaki itu.

Panas sahaja hati dia sekarang ni bila melihat gadis itu menjelirkan lindahnya pada dia.

"Takpe, kau tunggu giliran aku pula. Aku akan balas berkali ganda dengan apa yang kau buat tadi." kata Tengku Aaryan perlahan. Dia terus buka langkah pergi dari situ.

"ACIK su...napa lama angat gi tandas. Amani unggu acik su tadi nak makan ama-ama." kata Amani. Mulutnya di muncungkan ke depan dengan muka comelnya. Azzahra tergelak melihat muka comel Amani. Dia terus mencubit pipi pau Amani. Pipi Amani dan pipinya lebih kurang sama saja.

HE IS COLD HEARTED [ C ]Where stories live. Discover now