❆❃ HE IS COLD HEARTED 16

2K 77 1
                                    

SUDAH 2 hari mereka berada di Cameron Hinglans. Mereka tinggal 3 hari sahaja lagi sebelum balik ke tempat tinggal merea semula. Tengku Aaryan dan geng-geng dia juga sama.

"Wehh penatnya." rungut Aisya yang sudah selamat baring di atas tilam. Azzahra juga turut berbaring sekali di sebelah Aisya. Mereka berdua masih tidak lucutkan tudung lagi di kepala. Penat sangatlah tu.

"Hmmhh" balas Azzahra pendek. Kalau di ikutkan hati dia lagi penat dengan apa yang dia dah lalui tadi. Hampir-hampir sahaja trauma dia kembali tadi.

Aisya memandang Azzahra di sebelahnya. Dia nampak muka masam Azzahra. Dia tau kenapa Azzahra jadi macam ni. Semuanya salah dia, kalau dia tak paksa Azzahra naik tadi mesti tak akan jadi macam ni.

"Zahra aku nak mintak maaf. Kalau aku tak ajak kau tadi mesti kau tak jadi macam ni. Aku mintak maaf sangat-sangat. Sowwyyy..." ucap Aisya dan terus memeluk Azzahra dari tepi. Dia betul-betul menyesal sekarang ni. Habislah  dia kalau famili Azzahra tau pasal ni.

Flashback...

"Zahra nak join tak kitorang naik atas?" soal Aisya. Azzahra hanya menggelengkan kepalanya sahaja tanda ' taknak join'.

"Alaa...kenapa kak Zahra? Bestlah naik atas tu. Nanti kita dapat tengok pemandangan atas, mesti cantik. Kak Zahra tak join ke. Jomlah kak Zahra, lagipun tak tinggi mana pun dinding tu." pujuk Tengku Aireen supaya Azzahra dapat sertai mereka untuk naik ke atas sama-sama. Tengku Aireen mengerdipkan matanya bagi nampak kecomel di mata Azzahra. Senang nanti mesti Azzahra setuju punya kalau dia buat macam ni.

"Haahlah Zahra. Laipun kita dah di pasangkan dengan tali keselamatan. Nanti andai kata kita terjatuh ke bawah tali tu akan selamatkan kita dari jatuh sepenuhnya. Jomlah." pujuk Aisya pula. Tak bestlah nanti kalau diorang je yang naik atas, Azzahra pula duduk bawah melihat diorang panjat naik ke atas.

Tengku Aaryan yang melihat Aisya dan Tengku Aireen sedang memujuk Azzahra untuk sertai mereka panjat mula bersuara.

"Takdelah tinggi mana pun dinding tu, lagipun ada benda yang kita boleh pengang masa panjat nanti. Nak takutkan sangat asal? Bukannya kalau kau jatuh terus masuk kubur." selamba sahaja Tengku Aaryan berkata dengan suara bekunya. Dia sengaja cakap macam tu pada Azzaha, nak tengok apa reaksi Azzahra bila diacakap macam tu. Azzahra yang dengar kata-kata Tengku Aaryan berangin sahaja hati dia sekarang ni.

'Kau cabar aku ke apa ni? Takpe aku daah buat keputusan.' bisik Azzahra dalam hati dengan penuh yakin dengan keputusan yang telah dia buat. Azzahra terus berdiri dan menghadap Tengku Aaryan takdelah rapat mana hanya  3 meter sahaja jarak mereka.

"Fine. Kak Zahra join. Jom." ajak Azzahra dan terus pergi dari situ di ikuti Aisya dan Tengku Aireen. Mereka berdua buat 'HI 5'  dia belakang Azzahra.

Azzahra menahan debaran di dadanya bila melihat ketinggian dinding itu dari atas.

'Tingginya... Macam mana aku nak naik atas kalau aku takut gayat. Huhuhu. Kaulah ni pandai-pandai gi sahut cabaran lelaki tu dah kenapo.' kata Azzahra dengan diri dia sendiri. Dari kecil lagi dia takut dengann ketinggian. disebabkan ketinggian juga dia mengalami trauma yang teruk.

"Kau ok tak ni?"

"Kak Zahra ok tak ni?"

Tanya Aisya dan Tengku Aireen serentak bila melihat muka Azzahra yang sudah dipenuhi dengan peluh yang banyak. Azzhra ,engelap peluhnya menggunkan lengan bajunya sebelum membuat tanda 'ok' pada Aisya dan Tengku Aireen. Tengku Aaryan yang berada di sebelah adik perempuannya memandang ke arah Azzahra, dia melihat peluh di muka Azzahra tidak berhenti-henti mengalir.

"Bro, apahal tu? Aku tengok dia tu dah macam mandi peluh dah padahal cuaca takde lah panas mana pun." Shahrul berbisik di telinga Dayyan. Dayyan yang tengah memasang tali keselamatan di tubuhnya terbantut apabila Shahrul berbisik di telinganya. Dia memandang sekejap ke arah Azzahra sekejap sebelum pandangan dihalakan ke arah Tengku Aaryan.

HE IS COLD HEARTED [ C ]Where stories live. Discover now