❆❃ HE IS COLD HEARTED 6

3.1K 132 2
                                    

"THANK you Tengku for being willing to work with my company." ucap Datuk Faris kepada Tengku Aaryan.

"welcome Datuk. If there is any problem, my assistant will inform the Datuk as soon as possible." balas Tengku Aaryan sambil berjabat tangan dengan Datuk Faris.

"Well, if there's nothing else, I'll go first. thank you once again." selesai berjabat tangan, Datuk Faris dan pembantunya terus berlalu pergi meninggalkan Tengku Aaryan dan Amsyar disitu.

Amsyar yang sedari tadi memandang tablet dapat rasakan orang sebelahnya tetiba senyap. Dia memandang Tengku Aaryan yang termenung kedepan. Dia terus mengerutkan keningnya. Tak pernah-pernah Tengku Aaryan nak termenung.

Ni mesti ada masalah ni. Baik dia tanya.

"Woii...jauh termenung. Kau ok ke? Aku tengok kau termenung jauh sampai aku panggil pun buat tak dengar. Kau ada masalah ke?" tanya Amsyar. Ye, sedari tadi dia memanggil Tengku Aaryan tapi tak menyahut. Bila dia petik jari depan muka Tengku Aaryan.barulah lelaki itu sedar dari dunianya.

Halahh haii...jauh betul Tengku Aaryan termenung.

"Ha... apa dia tadi, kau ada panggil aku ke? soal Tengku Aaryan.

"Aku tanya kau ni, kau ok ke tak? Kau ada fikir apa-apa masalah ke yang aku taktau?" tanya Amsyar semula. Fokusnya tidak lagi pada tablet yang dipengangnya tadi, kini dia fokuskan 100% pada lelaki didepannya.

Tengku Aaryan yang melihat Amsyar menghadap kearahnya terus berdecit perlahan. Tak suka bila orang melihatnya seperti itu.

"Isyyy...tak payahlah pandang aku macam tu. Aku ok je takde masalah apa-apapun, kau tak payahlah risau sangat. Sekarang dah pukul berapa, nanti lambat pulak meeting kita dengan Datuk Azhar. Kau taulahkan dia tu camna bising memanjang aku acu pistol kat kepala dia kang baru dia reti nak senyap agaknya. Dah jom cepat, aku malas nak lambat-lambatkan masa. Lepas meeting aku nak makan lepastu terus balik pejabat." bebel Tengku Aaryan yang sudah kedepan meninggalkan Amsyar yang masih berada dibelakang.

"Kalau ye pun nak cepat janganlah tinggalkan aku kat belakang. Bukannya nak tolong aku. Dia pun dua kali lima lima kali berapa? pandailah koranglah fikir sendiri ye..." rungut Amsyar perlahan sambil mengejar langkah Tengku Aaryan yang sudah keluar dari Cafe itu. Tak kisahlah orang tengok dia atau cakap dia gila, janji dia perlu cepat berlalu pergi dari situ.

Selepas ni mereka atau lebih tepatnya Tengku Aaryan ada meeting bersama dengan Datuk Azhar. Dia nak pergi meeting...kirim salam jelah, setakat jadi personal assistant bolehlah. Tapi nak jadi personal assistant kepada Tengku Aaryan Zahreen ni dahlah susah, tiap-tiap hari kena hadap perangai beku dan dingin lalaki itu. Nasib baik aku dapat bersabar dengan perangai dia, kalau tak aku rasa peluru pistol lelaki itu dah tembus agaknya kat kepala aku.

"BYE Zahra...jumpa besok..." ucap elana sambil melambaikan tangan pada Azzahra.

"Bye...jumpa besok jugak Elena." Azzahra juga melambaikan tangannya pada Elena sambil senyum panjang. Dia kemaskan buku-buku yang diatas mejanya dengan segera. Dia perlu cepat pergi ke Kantin, takut Aisya sudah menunggunya disitu.

Sampai sahaja dia dikantin, dia tidak nampak kelibat Aisya disitu. Bila dia tengok jam pukul berapa terus dia menganggukkan kepala, ingatkan dia lambat keluar kelas dan terus pergi kantin alih-alih dia yang paling awal keluar kelas dulu. Itulah nak cepat sangat tadi sampai tak tengok jam langsung. Ha sekarang dia nak buat apa je, takkan nak terconggok je kat sini sampai tunggu Aisya habis exam.

Nak makan tak boleh sebab kantin sekarang tengah penuh dengan student-student dekat sini, almaklumlah dah masuk waktu lunchkan mesti dioarang nak isi perut diorang selepas bertungkus lumus jawap exam tadi. Jadi dia terpaksalah menahan perutnya bila melihat makanan salah seorang dari student di situ lalu didepannya.

HE IS COLD HEARTED [ C ]Where stories live. Discover now