❆❃ HE IS COLD HEARTED 7

3.1K 119 8
                                    

"ZAHRA...Zahra tunggulah...ya Allah budak ni. ssshhhuuu...jangan nangis. Nanti kita beli baru ok" pujuk Aisya sambil memeluk Azzahra yang menangis di dakapannya.

"Icaaa co...coffee...aaa..kuu...di...dia jatuhkannn..." adu Azzahra dengan suara tangisannya. Hingus yang keluar dilap menggunakan lengan bajunya, taknak kena baju Aisya.

Dia baru je nak minum coffee tu tadi, tetiba coffee dia terlepas dari tangan terus jatuh menyembah lantai. Dasar zirafah. Mentang-mentanglah dia tu tinggi aku ni pendek, tak payahlah nak langgar orang sesuka hati. Dahlah tak mintak maaf pastu siap tengking orang pulak tu.

"Ya...nanti kita beli baru ok, aku belanja kau. Nak tak? " Tanya Aisya sambil mengelap air mata Azzahra menggunakan tisu.

Azzahra menganggukan kepala bagi soalan Aisya tadi. Dia mengelap sisa air matanya menggunakan tisu yang Aisya gunakan tadi.

"Macam nilah Zahra aku. Dah takmauu lah nangis lagi. Jom kita pergi Cafe tu semula lepastu kita beli coffee baru tuk kau. Ok? " kata Aisya sambil memimpin tangan Azzahra dan berjalan menuju ke Aurora Cafe ☕ semula. Azzahra membuat tanda ok pada Aisya.

"Isya, nanti kalau aku jumpa si zirafah tu lagi...boleh tak aku nak bagi sebijik kat dia. Sebab tadi dia dah jatuhkan coffee aku pastu dia tengking aku lagi. Boleh tak Isya? " tanya Azzahra dengan suara tahan marah. Alaaa marah macam kucing ajeee.

"Apa pulak tak boleh. Nanti aku tolong bagi sebiji lagi dekat dia sebab dah buat kau menangis. Tapi kenapa kau panggil dia zirafah? " soal Aisya. Dia tau siapa gerangan zirafah yang dimaksudkan Azzahra tadi, tapi dia tak tau kenapa Azzahra memanggilnya zirafah.

Almaklumlah...dia tak perasan wajah lelaki yang langgar Azzahra tadi. Dia pun agak terkejut jugak dengan situasi tadi, yang dia perasan baju Azzahra terkena sedikit coffee dan lagi buat dia terkejut Azzahra dan lelaki tadi sama-sama tengking-menengking di tempat awam. Jangan cakap aku malu ehh, aku cuma terkejut. TERKEJUT. Jangan salah faham pulak.

"Sebab dia tu tinggi, agaknya masa kecik dia makan tiang kot. Tu yang dia tinggi macam zirafah. Muka je nampak hensom, tapi perangai ke laut." dalam amarah dia tadi, sempat lagi dia menganalisis ketinggian dan wajah lelaki itu.

Aisya menganggukan kepala. Baru faham, kenapa Azzahra memanggil lelaki itu dengan gelaran zirafah. Dia senyum senget pada Azzahra, dalam situasi genting pun kawan baiknya sempat menganalisis lelaki itu. Dia terus menggelengkan kepalanya. Zahra...Zahra...

"Menyempat ehh kau usya lelaki tu? " Aisya menyakat Azzahra dengan mengangkat sebelah keningnya. Saja nak tengok reaksi kawan baiknya lepas dah usyar lelaki tadi.

"Ehhh mana ada aku usyar si zirafah tu. Dah dia ada depan mata aku tadi, aku nampak lah ketinggian dia tinggi mana. Kau jangan nak salah faham ekk. Dah ahh...tadi kata nak belanja aku coffee baru ann. Jom ahh..." beritau Azzahra dengan muka tak puas hati dan terus meninggalkan Aisya yang sedang menahan ketawanya dari meletus keluar.

"Weiii...sabarlah. Alahaii aku usik sikit je pun dah buat muka macam tu..." kata Aisya dan terus mengejar langkah Azzahra. Azzahra ni nampak je pendek, tapi bila dah jalan bukan main laju jalannya. Dia nak berjalan dengan Azzahra pun macam nak kena lari, padahal berjalan je pun.

AMSYAR memarkingkan kereta BMW i8 didepan villa Tengku Aaryan Zahreen. Dia turun dari kereta dan buka pintu belakang untuk Tengku Aaryan Zahreen keluar.

"Aku nak kau cari maklumat tentang perempuan tu. Lepastu antar pada aku. Kalau boleh aku nak minggu ni, boleh ke? " soal Tengku Aaryan Zahreen.

"Ok Ryan. Nanti aku terus bagi kat kau secepat mungkin." Amsyar menjawab bagi soalan Tengku Aaryan. Dia tahu gerangan perempuan yang dimaksudkan Tengku Aaryan.

HE IS COLD HEARTED [ C ]Where stories live. Discover now