❆❃ HE IS COLD HEARTED 48

1.6K 58 0
                                    

DIA yang tengah sibuk menekan keyboard di laptop terus berubah tempat duduk bila isyarat red cod berbunyi.

"Yesss..." Amir menjerit kuat bila dia berjaya mengesan lokasi Azzahra. Amsyar yang sedang sibuk dengan kerjanya terus datang ke arah dia.

"Red cod?" tanya Amsyar untuk minta kepastian. Dia masih tak percaya dengan apa yang dia nampak dekat skrin laptot Amir sekarang ni.

Amir mengangguk laju bagi jawapan pertanyaan Amsyar. Tanpa buang masa lagi, dia terus mangambil laptopnya untuk di tunjukkan kepada Tengku Aaryan.

"Ryan! Aku dah jumpa lokasi Zahra!" terjah Amir dari jauh membuatkan Tengku Aaryan dan Tengku Addyan memandang serentak ke arahnya.

Amir menyerahkan laptotnya kepada dia sebelum laptop itu bertukar tangan. Dia melihat isyarat red cod itu berkelip-kelip menandakan Amir telah berjaya mengesan lokasi isterinya. Dalam hati bersyukur sangat kepada Allah kerana Azzahra dapat dikesan.

"Kalau ikutkan lokasi red cod ni...bukan ke jaslasn nak menuju ke KLIA?" tanya Tengku Addyan. Dia yakin lokasi red cod tu adalah kawasan KLIA.

Amir dan Tengku Aaryan berpandangan serentak sebelum laptop di tangan Tengku Aaryan di serahkan semula ke pemilik asalnya.

"Kita gerak pergi sana sekarang." arah Tengku Aaryan dingin. Aura sisi gelapnya mula menyelubungi hati dia.

Tengku Addyan sempat menahan kembarnya.

"Sabar. Kita kena ada plan dulu sebelum bergerak ke sana. Kita ada masa 30 minit sebelum diorang sampai ke KLIA." bagitau Tengku Addyan laju bila mengenal pasti masa yang mereka ada sekarang ni.

Mereka semua yang berada di situ mula berkumpul di meja bulat khas untuk perbincangan misi group Goldem Tiger.

"Amir kau ikut Shah untuk mengesan kedudukan Zahra. Amsyar arahkan beberapa orang untuk perhatikan aku, Add dan Dayyan dari jauh jangan sampai diorang perasan kedatangan kita kat sana nanti. Aku nak misi ni berjaya dan misi utama kita adalah bawa Azzahra balik semula dengan selamat. Faham semua?" tanya Tengku Aaryan kuat dan lantang suaranya. Satu persatu anak buahnya di pandang tajam.

"Faham!"

"Kita bergerak sekarang. Add pakai kereta aku, aku pakai motorbike kau. Nanti balik kita tukar." kata Tengku Aaryan sebelum mengambil kunci motorbike dari Tengku Addyan.

Mereka semua mula bergerak ke KLIA untuk menjalankan misi. 2 buah kereta hitam jenis sport mula dan 2 buah kereta mula bergerak keluar dari manssion. Tengku Aaryan dan Dayyan menaiki motorbike mereka sama-sama memecut laju memotong kenderaan lain di belakang.

AZZAHRA hanya mampu berdiam diri dan ikut ke mana sahaja dia di bawa oleh lelaki itu. Dalam berdoa kepada Allah supaya suaminya cepat sampai menyelamatkan dia.

Sekarang dia dan Hafiz sedang beratur menunggu giliran di balai pelepasan. Dia memandang ke kiri dan kanan, kot-kot suaminya sedang mencari diakan mana tau.

"Kau jangan pandai-pandai nak lari daripada aku ye. Kalau kau lari dari aku lagi memang nahas aku kerjakan kau kat sini." amaran buat dia di beri sekali lagi buat dia. Dia menundukkan kepala.

Ye. Sebelum mereka bergerak ke KLIA, dia cuba untuk melarikan diri dari lelaki itu tapi tak berjaya bila salah seorang anak buah lelaki itu perasan dia. Bila sudah kantoi, habis dia di dera cukup-cukup oleh lelaki itu.

"Nah bos." seorang anak buahnya menyerahkan makanan dan minuman sebelum makanan dan minuman itu bertukar tangan.

"Makan ni dulu sebelum bertolak. Kang kebulur pulak kau kat sana." kata Hafiz sinis. Azzahra mengambil makanan itu dengan tangannya yang masih menggigil laju.

HE IS COLD HEARTED [ C ]Where stories live. Discover now