Bab 58

4.6K 284 29
                                    

Majlis akad nikah Haq dan Syuhada berjalan dengan lancar. Pada waktu malamnya keluarga Syuhada membuat makan-makan untuk ahli keluarga terdekat pula. Haifaa masuk ke dalam rumah bersama dua pinggan yang dipenuhi makanan. Dia tak mahu makan di bawah khemah, kerana terlampau ramai orang dan tak mahu bersesak-sesak. Nak bawa perut ni saja sudah memerlukan ruang banyak.

Daisy pula sibuk bermain dengan Mateen. Kalau dah berjumpa dua orang itu memang tak ingat mak ayah dah. Dato' Idris dan Datin Watie sedang bersembang dengan mak ayah Syuhada dia bawah khemah. Kak Wafieza Syazea dan Uzail Aariz pula melayan anak-anaknya bermain mini playground di rumah itu.

"Ya Allah, awak dah sarat sangat tu sayang. Kenapa tak minta tolong suami ambilkan makanan aje" tegur salah seorang makcik Syuhada yang lebih mesra dipanggil mak cik Rubi. Perut Haifaa yang sudah besar itu diusap.

Haifaa tersengih.

"Suami saya dah ambilkan tadi tapi saya nak ambil makanan lagi. Jadi, saya ambil sendiri ajelah" tipu Haifaa. Dia memandang Nadiem sedang bersembang di bawah khemah.

"Haih kamu ni. Makcik tengok kamu ni lincah betul berjalan. Macam tak mengandung. Mak cik pula yang seriau. Meh sini mak cik tolong kamu bawa pinggan tu" risau mak cik Rubi.

Haifaa menjauhkan sedikit pinggan dari mak cik Rubi. Tak mahu menyusahkan. Semua ahli keluarga Syuhada risau apabila melihatnya ke hulur ke hilir. Kenapa? Aku ni nampak macam nak terberanak dah ke? Due aku minggu depan kot.

Haifaa memberi senyuman manis.

"Tak apa makcik. Saya boleh bawa pinggan ni sendiri. Bukan berat pun. Lagipun doktor memang suruh saya banyak berjalan untuk mudah bersalin nanti"

Tiba-tiba pinggangnya dipeluk.

"Mak cik, kalau dengan isteri saya ni cakaplah macam mana pun dia tetap nak berjalan. Banyak kali dah saya halang" sampuk Eusoff. Walaupun dia duduk di bawah khemah, matanya tidak lepas memandang Haifaa keluar masuk mengambil makanan. Risau beb!

"Haih, jaga isteri kamu ni. Mak cik takut ada yang terberanak dekat rumah nanti"

Kata-kata mak cik Rubi membuatkan Eusoff dan Haifaa ketawa kecil.

"Haa, ketawa lah. Pernah berlaku tau" Sirius muka mak cik Rubi.

Tawa mereka mati. Mereka mengangguk-angguk mengerti. Tak mahu membantah. Eusoff dan Haifaa memandang sesama sendiri selepas mak cik Rubi berlalu pergi. Sempat dia tinggalkan pesan pada Eusoff untuk sentiasa ada dengan Haifaa. Yang itu saya setuju mak cik.

Eusoff mengambil pinggan dari tangan Haifaa. Lengan Eusoff menjadi tempat untuk Haifaa berpaut. Mereka jalan seiringan masuk ke dalam rumah.

"Abang tengok manja ni macam penguin lah. Manja memang ada kacukan penguin ke? Comel sangat" kata Eusoff bersahaja. Haifaa menjeling tajam. Kurang hasam punya suami. Tahulah kita jalan perlahan, tak payahlah kata kita macam penguin.

"Hey, penguin bukan sembarangan penguin tau. Penguin ni lah bawa anak abang ke hulur ke hilir" Haifaa tak suka apabila Eusoff menggelarnya penguin. Kaki penguin ni terasa ringan mahu menendang punggung abang.

Eusoff ketawa apabila bibir isterinya memuncung. Kalah muncung itik.

"Dia datang... Teng neng neng... Dengan lenggang lenggoknya... Dia datang" nyanyi Mirul mengusik abang dan kakak iparnya ini.

Eryna turut tersenyum melihat Eusoff dan Haifaa. Comel saja pasangan ini. Dia memandang tangannya yang berada di dalam genggaman suaminya. Mirul cubit lembut pipi Eryna apabila Eryna tersenyum padanya. Senyum senyum pula dia. Cium karang.

Eusoff memandang Haifaa.

"Ada macam pengantin baru tak?" Tanya Eusoff. Dia mengangkat kening.

Mirul menggeleng.

DIA ADALAH JAWAPAN || CWhere stories live. Discover now