Bab 41

5.1K 287 31
                                    

TOK! TOK! TOK! TOK!

Haifaa memandang ke arah pintu rumah. Berkerut seribu dahinya. Mata dihalakan pada jam dinding. Pukul 12.45 pagi. Siapa pula yang datang pagi-pagi buta ni? Haifaa tidak berganjak dari tempatnya sehingga ketukan itu berhenti dengan sendirinya. Mata kembali dihalakan pada televisyen. Mulutnya tak berhenti mengunyah kudapan.

TOK! TOK! TOK! TOK!

Lagi sekali Haifaa memandang pintu. Kali ini agak kuat. Tiba-tiba Eusoff berlari turun dari tingkat atas mendekati isterinya.

"Manja, kenapa tak buka pintu tu. Kan ada tetamu datang" tanya Eusoff.

Haifaa lantas bangun.

"Tapi kan sekarang dah pukul 12.45 pagi. Siapa yang datang rumah kita ni? Kalau ada tetamu, kenapa Faa tak tahu?" Soal Haifaa semula.

Eusoff terdiam. Ada betulnya juga. Dia pergi ke arah pintu tetapi di tahan oleh Haifaa. Haifaa memberikan gelengan. Entah kenapa hatinya merasa sesuatu yang tidak baik.

"Tak apa. Abang nak tengok sekejap je. Dari tadi dia ketuk tu. Mungkin ada emergency dan tak sempat nak hubungi kita" kata Eusoff untuk menenangkan isterinya yang risau.

Haifaa mengikut rapat Eusoff dari belakang kemudian dia menggenggam erat baju Eusoff. Takut. Sempatlah dia mencapai pasu bunga hiasan di atas meja. Eusoff membuka dedaun pintu.

Genggaman Haifaa terlepas apabila melihat Inaya di hadapan pintu. Dia memandang Ianya dari atas ke bawah. Mukanya penuh dengan luka dan lebam. Pakaiannya bukanlah tertutup seperti yang mereka kenal sebelum ini tetapi pakaiannya terkoyak dan tidak lagi bertudung.

"Inaya" itu sahaja yang keluar dari mulut Haifaa

"I perlukan bantuan korang berdua sangat-sangat sekarang ni. Suami I selalu pukul I lepas dia sembuh. I takut. I tak nak dia cari I lagi lepas ni. Boleh tak I nak tumpang tinggal rumah korang untuk beberapa hari ni?" Kata Inaya minta simpati. Dia tertunduk menahan tangisan. Dia sudah tak tahu mahu pergi ke mana lagi.

Haifaa mati kata. Tinggal sini? Dia menoleh memandang wajah Eusoff. Adakah Eusoff akan izinkan Inaya tinggal sini? Adakah rumah tangganya akan baik-baik saja?

"Ya Allah, sampai macam ni sekali suami you pukul you Inaya" Eusoff mula simpati

"Ya, dia tak dapat bayar hutang dia dan I tak bagi dia gadaikan barang kemas I. Sebab tulah dia selalu pukul I. Dia kata buat apa layan elok-elok isteri yang tak membantu dia" Inaya mula menangis. Haifaa juga simpati tetapi perasaan risau lebih banyak berbanding simpati.

"MasyaAllah...sabar ya Inaya" Eusoff menyentuh lembut bahu Inaya untuk menenangkan. Laju mata Haifaa berinteraksi apabila tangan Eusoff disitu. Kenapa pegang Inaya?

"Masuklah, rumah ni pun banyak bilik kosong" kata Eusoff lagi

"Abang" jelas nada kecewa. Eusoff langsung tidak tanya pendapatnya.

Eusoff tidak mengendahkan isterinya. Dia mengambil bag di tangan Inaya kemudian menarik tangan Inaya masuk ke dalam rumah.

Haifaa terkedu. Matanya dihalakan pada tangan mereka yang bersatu. Kenapa pegang tangan dia? Adakah Inaya akan jadi pilihan hati abang lepas ni? Adakah abang akan bagi alasan zuriat untuk abang pilih Inaya?

"Abang!" Haifaa tidak boleh membiarkan Inaya tinggal disini.

Eusoff dan Inaya menoleh.

"Faa masih di sini. Faa isteri abang, bukan Inaya isteri abang. Kenapa abang pegang tangan Inaya?!" Suara Haifaa mula meninggi.

Inaya terus menarik tangannya seperti dia tak perasan Eusoff memegang tangannya. Ini semua bullshit! Haifaa mencarut sendiri dalam hati.

"Manja..." Tegas Eusoff memanggil. Matanya juga memandang tajam ke arah Haifaa kerana Haifaa meninggikan suaranya.

DIA ADALAH JAWAPAN || CWhere stories live. Discover now