Bab 51

4.8K 275 27
                                    

Haifaa duduk di atas pasir memeluk lutut sambil memandang permandangan tepi pantai. Tangannya turun memegang perut apabila memikirkan aktiviti mereka malam tadi.

"Ya Allah, aku sedang bertarung di manjadda wajada mu, maka izinkanlah kun fayakun mu menemani aku" kata Haifaa sendiri dalam hati. Tiba-tiba Eusoff duduk di sebelah isterinya. Baju Eusoff yang sedikit terdedah dipandang.

"Tutup sikit dada tu abang. Nak tunjuk dekat siapa?" Marah Haifaa. Dia membutangkan baju Eusoff.

Eusoff senyum. Bahu isterinya dipeluk.

"Abang dedah dada abang untuk manja lah. Saja nak tunjuk dekat manja, dada ni yang manja cium dan jadikan bantal malam tadi" Eusoff senyum nakal.

"Itu semua fitnah!"

"Fitnah apanya manja oi. Malam tadi manja cium cini cium cini cium cini cium cini cium cini" Eusoff tunjuk di seluruh dada dan mukanya.

"Abang!" Haifaa terus menekup mulut Eusoff. Dia memandang sekeliling. Takut ada orang dengar. Eusoff ketawa.

Haq yang terdengar perbualan abang dan kakak iparnya disebalik pokok membuat gaya ingin muntah.

"Bapak geli. Macam diaorang je yang terpaling kahwin dekat sini. Haih, aku rasa angah aku ni kena sampuk lah. Angah aku tak gedik macam ni. Cium cini cium cini cium cini" Haq mengajuk gaya Eusoff tadi. Dia memerhati perangai abangnya dari jauh. Bergetar satu badan apabila melihat abangnya menyendeng macam kucing nak mengawan. Geli.

Haq terus pergi mencari buah hati yang hampir lima minit tidak berjumpa.

'Tak kan kena culik dengan lanun kerajaan ikan kot? Aku dah rindu tahap sawan dah ni' kata Haq sendiri. Dia mendail nombor Syuhada. Mata dikecilkan mencari kekasih hati.

Eusoff memeluk bahu Haifaa.

"Kita dah usaha manja. Tugas kita selepas ni adalah doa dan tawakal" kata Eusoff. Dia seperti dapat membaca riak wajah isterinya yang berubah suram.

Haifaa mengangguk perlahan. Eusoff bangun lalu menghulurkan tangan pada Haifaa.

"Jom main bola tampar dengan diaorang"

Haifaa mengangguk lalu menyambut huluran itu. Syahila sudah berdiri di sebelah Hanif. Badan diregangkan. Sudah lama Syahila tak main bola tampar. Hanif memandang isterinya atas bawah.

"Eh, sayang buat apa dekat sini?" Soal Hanif. Pelik dengan isterinya.

"Main bola tampar lah. Kita kena menang tau abang" kata Syahila teruja. Hanif mencubit kedua pipi Syahila. Masam muka Syahila. Dia ingat pipinya ini pau ke?

"Sayang ni buang tebiat ke apa? Lupa ke sayang tu tengah bawa manusia kecil dalam perut tu?" Hanif cekak pinggang.

Syahila menggeleng. "Tak lupa. Baby yang nak main. Dia tengah warm up dalam ni. Cuba abang pegang" Syahila mengambil tangan Hanif lalu diletakkan di atas perutnya. Membulat mata Hanif apabila terasa pergerakan yang amat ketara. Syahila senyum.

Hanif menundukkan sedikit badan separa perut Syahila. Perut isterinya diketuk guna jari telunjuk.

"Assalamualaikum anak papa, papa rasa kita kena bincang balik lah. Papa tahu awak tengah excited nak main bola tampar tapi awak kena ingat yang awak tu masih dalam perut mama. Kalau bola kena awak dan mama macam mana? Papa tak nak mama dan anak papa ni cedera. Kakak Daisy pun mesti tak nak tengok mama dan adik dia cedera. So, awak duduk diam-diam dalam perut mama. Sokong papa dari dalam perut okey?"

Syahila menjulingkan mata ke atas. Sengaja nak hasut anak lah tu. Hanif mencium perut Syahila sebelum dia menarik tangan Syahila ke tepi. Syahila pasrah. Dia duduk di atas tikar yang mereka beli tadi bersama Myzea yang sedang nyenyak tidur di dalam stroller. Daisy dan Maleeq pula sibuk menghias istana pasir mereka.

DIA ADALAH JAWAPAN || CWhere stories live. Discover now