Bab 44

4.5K 259 26
                                    

Hanif memandang Eusoff duduk di sisi adiknya. Dari semalam Eusoff tak berehat. Dia berganjak dari tempatnya hanya untuk solat sahaja. Sudah disuruh balik tapi Eusoff takut Haifaa mencarinya nanti. Tangan Haifaa digenggam dan dibawa ke bibirnya.

Mata Hanif memerah menahan tangis. Satu-satunya darah dagingnya terlantar di atas katil hospital. Betapa luluh hatinya saat Eusoff memberitahu keadaan Haifaa.

Telefon berbunyi terus diangkat apabila panggilan itu dari isterinya yang jauh di luar negara. Dia ke pergi ke cermin kaca agar berjauhan sedikit dengan Haifaa.

"Assalamualaikum, sayang" Hanif memulakan perbualan.

"Waalaikumussalam. Awak, Faa macam mana?" Suara Syahila kedengaran risau.

Hanif memandang adiknya yang masih terbaring kaku di atas katil hospital. Dia kembali menghalakan matanya ke luar cermin kaca.

"Faa masih tak sedarkan diri" kata Hanif.

Hanif terdengar suara esakan di sebalik panggilan itu. Perlahan tetapi dia masih mampu mendengarnya. Hanif memicit pelapis dahi. Entah kenapa dia semakin sebak apabila mendengar isterinya menangis.

"Shhh... Jangan menangis, sayang. Faa dekat sini okey je. Jangan risau ya"

"Tapi Faa masih tak sedar lagi. Syah risaukan dia"

"Abang pun"

"Awak..." Panggil Syahila. Ayatnya tergantung membuatkan terukir kerutan di antara keningnya.

"Ya, sayang"

"Syah nak balik Malaysia. Syah nak jumpa Faa"

Hanif tak tahu mahu gembira atau sedih. Dia gembira apabila Syahila ingin pulang ke Malaysia tetapi dia sedih Syahila pulang ke Malaysia hanya untuk Haifaa. Adakah dia lupa aku suami dia? Hanif hanya diam membisu. Dia tertunduk ke lantai. Kakinya menguis-nguis lantai.

"Syah nak jumpa abang dan Daisy juga. Jadi, tunggu Syah ya"

Seperti ada sinar kebahagiaan tertembak di hati Hanif. Dia kembali tersenyum. Bibir bawah digigit. Rasa nak menjerit pun ada apabila Syahila mengubah panggilannya buat pertama kali.

"Abang tunggu sayang. Abang belikan ticket flight untuk sayang ya"

"Okey, terima kasih abang"

Apabila panggilan di matikan, Hanif terus mendekati Eusoff. Bahu Eusoff dipegang membuatkan Eusoff mengangkat muka memandang Hanif.

"Isteri aku nak balik Malaysia untuk berjumpa adik aku. Kau nak bagitahu hal sebenar pada Syah ke?" Soal Hanif.

Eusoff kembali memandang wajah Haifaa. Dia pun tak tahu apa yang dia perlu buat sekarang. Fikirannya kosong. Eusoff membawa rambutnya ke belakang. Keadaan sekarang sangat menguji mentalnya.

Hanif faham keadaan adik iparnya sekarang. Dia memberi ruang untuk Eusoff bertenang dahulu.

"Tak apa lah. Aku nak turun beli makanan kita sekejap" kata Hanif sebelum dia keluar dari bilik itu.

Eusoff tertunduk. Dia menumbuk-numbuk dahinya sendiri. Di mana silapnya selama ini sampai Haifaa boleh jatuh sakit? Adakah aku sering mengabaikannya? Atau aku terlampau dekat dengannya?

"Allahuakbar" Eusoff meraup muka. Dia tak boleh melayan perasaannya macam ni. Dia perlu kuat demi isterinya. Langkah diatur ke bilik air untuk mengambil wuduk. Dia melakukan solat sunat dua rakaat di sisi Haifaa.

Eusoff duduk di atas kakinya sendiri seperti kedudukan duduk diantara dua sujud. Tangan diangkat untuk berdoa. Tanpa sedar air mata mengalir deras di pipi. Esakan tidak tertahan.

DIA ADALAH JAWAPAN || CWhere stories live. Discover now