Bab 32

8.2K 397 49
                                    

Haifaa bertinggung sebelah kaki depan coway. Dia menghirup air masak sejuk di dapur. Tekaknya terasa inginkan air sejuk pula setelah banyak makan makanan manis. Tiba-tiba pinggangnya dipeluk dari belakang. Pipinya dicium sekali.

"Kenapa tak ajak abang ke dapur sekali? Kalau hantu tangkap manja, kesian abang menangis 7 hari 7 malam nanti"

Hampir tersembur air di dalam mulutnya.

"Abang tak payah merepek boleh tak? Kita ni dekat rumah bukan dekat gua" bidas Haifaa selamba.

Eusoff ketawa. Dia membawa dagu Haifaa memandang ke tepi lalu dia menyengetkan kepalanya untuk cium bibir. Dari tadi dia menahan diri apabila melihat babak cium di dalam drama Korea tadi. Sekali dah dapat peluang, memang abang tak lepaskan.

Eusoff membawa badan Haifaa menghadapnya kemudian dia menyatukan dahi mereka.

"Abang ingat ni drama Korea ke?" Soal Haifaa menyindir. Dia menolak tubuh Eusoff menjauh.

"Drama Korea tu baru sikit. Abang boleh jadi agresif dari semua tu tau"

Haifaa menjulingkan mata ke atas lalu mencebikkan bibir. Eleh, iyalah tu.

"Kenapa buat muka macam tu? Tak percaya?"

Haifaa mengangkat bahu lalu dia meneguk lagi air masak tadi sambil tersenyum sinis. Eusoff rasa dirinya dicabar. Dia memegang kedua pipi Haifaa lalu menyatukan bibir mereka seperti adegan bercium yang mereka tonton tadi. Haifaa tersenyum dalam ciuman itu.

"Ini yang ada drama tadi. Ini ciuman dari abang" Eusoff menyatukan semula bibir mereka. Bibirnya merayap ke seluruh muka isterinya dan berakhir di leher jinjang itu.

"Abang, jangan dekat situ" Haifaa menutup mulut Eusoff dengan tangannya.

Eusoff tersenyum sinis. Dia gigit tangan itu membuatkan Haifaa terus mengalihkan tangannya. Bibirnya masih merayap dileher itu. Haifaa ketawa kerana Eusoff bukan cium di kawasan itu tetapi dia menggeletek.

"Abang geli" Haifaa ketawa perlahan. Dia cuba mengawal suaranya supaya tidak didengari Hanif, Indah dan Dewi.

Eusoff masih bermain di kawasan itu.

"Abang... ahahahahaha... Faa dah percaya abang boleh buat lebih dari drama tu. Cukup cukup" Haifaa mengangkat bendera putih terlebih dahulu.

Eusoff ketawa kecil dan terus memeluk isterinya. Haifaa mengangkat muka memandang si suami.

"Handsome kan hero dalam drama Korea tadi abang" soal Haifaa. Tiba-tiba dia teringat wajah Lee Jun-Ho sebagai watak utama di dalam drama itu. Dia memeluk pinggang si suami. Hidung digeselkan di dada itu.

Eusoff membalas pelukan itu. Dia membawa tubuh itu ke kiri dan ke kanan.

"Kan. Heroin dia pun boleh tahan"

Muka Haifaa berubah masam. Dia memukul dada itu kuat.

"Hey, mana boleh!"

"Kenapa pula tak boleh. Tadi manja puji hero dia boleh pulak" bantah Eusoff

"Faa tak apa lah. Faa hanya boleh kahwin satu. Abang tu boleh kahwin banyak"

"Laaaa"

Haifaa menolak Eusoff menjauh. Dia tak puas hati dengan jawapan suaminya.

"Abang tidur dalam kereta!" Haifaa memeluk tubuh.

Eusoff cekak pinggang. Eh, sesuka hati dia je suruh abang tidur dalam kereta. Tahu tak sakit pinggang kalau tidur dalam kereta? Ingat abang nak berdiam diri? Tidak sama sekali! Kita yang bayar duit bil api air tau!

DIA ADALAH JAWAPAN || COpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz