Bab 35

5.9K 289 7
                                    

"Bila kau nak langsung dengan abang Hanif, Syah? Aku rasa dia lelaki yang tepat untuk jadi papa Daisy. Tak payah disangkal lagi. Kau pun memang pernah adore dengan sikap abang Hanif kan?" Tanya Mylea

Membulat mata Syahila. Dia mencubit peha Mylea di bawah. Memang tak reti simpan rahsia betul Mylea ni. Haifaa yang baru saja ingin menyuapkan onion ring ke dalam mulut terus terhenti.

"Kau adore pada Hanif?" Haifaa memandang Syahila pelik. Sejak bila? Apa yang ada pada Hanif tu sampai Syahila adore pada dia?

"Tu kisah dulu laa. Dah laa. Jangan bahas hal ni" Syahila tidak berminat dengan tajuk kali ini. Memang dulu dia sangat berminat dengan kelembutan Hanif melayan perangai Haifaa tetapi kali ini mungkin berbeza.

Tawa Haifaa membuatkan Syahila dan Mylea memandangnya pelik. Haifaa menepuk-nepuk meja. Apa yang membuatnya geli hati pun tak tahu lah.

"Faa, jangan gila lagi. Aku cerita sikit je ni. Kalau aku cerita semua silap hari bulan kau dekat dalam pagar hospital nanti" kata Mylea

"My, aku rasa kita kena cepat-cepat dapatkan papa untuk Daisy. Kau nak tolong aku tak?" Haifaa mengangkat kening beberapa kali memandang Mylea.

"I'm in!"

"Okey, set!"

Mereka berdua ketawa kemudian menyatukan ibu jari mereka.

"Sudahlah tu. Lupakan lah niat korang tu. Cukuplah Daisy ada ayah dan daddy je" Syahila menghirup fresh oren.

Haifaa menggeleng perlahan kemudian dia menggerakkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan.

"Aku nak Daisy dapat sepenuhnya kasih sayang daripada..." Membulat mata Haifaa melihat tiga lelaki yang baru sahaja masuk ke dalam restoran ini.

"Abang!"

Syahila dan Mylea menoleh pada arah mata Haifaa. Mata Syahila dan Mylea turut membulat melihat Daisy di tangan Faqih.

"Awak!"

"You!"

Eusoff, Hanif dan Faqih mendekati isteri-isteri mereka dengan senyuman kerang busuk. Faqih pula tayang muka bangga dapat menukar pampers Daisy. Nak menunjuk pada Mylea yang dia dah sedia untuk ada baby.

Jatuh rahang Syahila melihat anaknya. Rasanya tadi elok saja memakai dress pink bersama headband pink tetapi berbeza pula kali ini. Seluar hijau, baju kening, headband pink? Apa ni?

Haifaa lantas bangun mengambil Daisy dari tangan Faqih. Dia mengapungkan badan Daisy kemudian memusingkan Daisy ke kiri dan ke kanan sedikit. Daisy menggerak-gerakkan kakinya kerana suka diangkat begitu. Suara jeritan Daisy membuatkan pelanggan lain turut memandang kecomelan Daisy.

Berkerut dahi Haifaa. Fashion apa ni?

Eusoff menggosok belakang tengkuk. Dia merasakan akan berlaku hal yang tidak baik selepas ini. Eusoff tayang gigi depannya pada Haifaa kemudian dia memeluk pinggang si isteri.

"Manja..." Panggil Eusoff lembut.

"Abang buat apa dekat Daisy? Faa suruh abang tukar pampers dia. Bukan tukar semua pakaian dia"

Mylea sudah menekup mulutnya sendiri menahan tawa. Memang hancur betul bila bapak-bapak mengatur pakaian Daisy.

"Err..." Eusoff memandang Faqih dan Hanif. Dia perlu jawab apa ni? Bukan aku yang tukar baju Daisy. Faqih dan Hanif membuat tak endah. Mereka terus mengambil tempat sebelah pasangan masing-masing.

'Korang berdua ni memang tak guna' Eusoff terkumat-kamit sendiri. Dia cuba mencari alasan yang bernas.

"Baju Daisy tadi dah terkena aiskrim. Tadi Hanif makan aiskrim. Itu yang kami tukar baju dia"

DIA ADALAH JAWAPAN || CWhere stories live. Discover now