Bab 26

7.7K 446 37
                                    

Haifaa campak bag tangannya ke bahagian penumpang setelah masuk ke dalam perut kereta. Pintu kereta terus dikunci seperti pesanan Eusoff setiap hari padanya. 'Masuk saja dalam kereta, jangan lupa kunci pintu kereta ya manja'. Sampai sudah bosan mendengar ayat itu setiap hari.

Ting! Haifaa membuka mesej dari Mylea itu sebelum dia menggerakkan kereta.

---

Assalamualaikum, Faa. Sihat ke? - Mylea Cikibum

Waalaikumussalam, My. Aku terlebih sihat sekarang. Bagai dipampam 🤣 - you

Dipampam?🤭 Aku dah jadi aunty ke👀 - Mylea Cikibum

Ahahahahha. Belum lagi. Tak ada rezeki lagi babe🤧 - you

Tak apalah Faa. Nanti adalah tu - Mylea Cikibum

Doakan aku, My - you

Sentiasa Faa. Oh ya, aku nak bagi jemputan kahwin aku pada Syah tapi aku mesej dia tak pernah di balas. Senyap je dia sekarang - Mylea Cikibum

Yeke? Semalam baru saja dia mesej aku. Dia busy lah tu buat persiapan kahwin dia - you

Kahwin? Dengan siapa? Dengan bekas tunang dia dulu? - Mylea Cikibum

Laa kau tak tahu ke? Dia tak bagitahu kau? - you

Tak - Mylea Cikibum

Dia dah tunang dengan classmate dia dekat universiti dulu. Ni gambar paling latest dia hantar pada aku- you

 Ni gambar paling latest dia hantar pada aku- you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sampai hati Syah tak bagitahu aku langsung. Dia dah lupa aku ke?🥺 - Mylea Cikibum

Eh tak lah. Dia ingat kau. Dia ada je tanya pasal kau. Tapi tulah, pelik juga dia tak balas mesej kau - you

Tak apalah Faa. Mungkin dia busy. Aku nak minta tolong bagi jemputan aku pada Syah ya. Aku harap sangat korang datang - Mylea Cikibum

Jangan risau My. Aku akan datang dengan suami aku dan aku akan pastikan Syah pun datang dengan tunang dia - you

Kau heret je si Syah tu kalau dia degil. Nanti sampai sini aku nak lanyak dia sebab tak balas mesej aku - Mylea Cikibum

AHAHAHAHAHA. Beres!👌🏻 - you

---

Eusoff tersenyum memandang kereta Haifaa parkir elok di tempatnya. Hari ini isterinya sampai rumah terlebih dahulu. Maknanya kepulangannya akan disambut oleh Haifaa.

"Assalamualaikum. Manja, abang dah balik ni" laung Eusoff sambil melonggarkan tali leher sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Dia menunggu Haifaa menyambutnya.

DIA ADALAH JAWAPAN || CWhere stories live. Discover now