Bab 53

5K 273 22
                                    

Usia kandungannya sudah masuk enam belas minggu. Haifaa memeluk tubuh melihat Eusoff dan Daisy duduk di ruang tamu sambil tersengih-sengih membincangkan jantina bakal ahli baru di dalam rumah ini nanti. Tambah lagi bila doktor kata mereka bakal timang cahaya mata kembar. Senyum sampai ke telinga lah Eusoff nampaknya.

---

Eusoff dan Daisy fokus pada skrin yang menunjukkan tubuh kecil di yang bergerak-gerak. Daisy tersenyum teruja melihat adiknya.

"Okey dekat sini kita boleh nampak tangan baby dekat mulut" kata Doktor Tiara.

Senyuman Eusoff dan Daisy melebar.

"Adik Daisy hisap jari lah ayah" kata Daisy sambil menggoncang tangan Eusoff.

Haifaa dan Eusoff saling berpandangan lalu tersenyum. Doktor Tiara turut tersenyum melihat keterujaan Daisy. Mata mereka kembali berpusat ke arah skrin.

"Tengok tu, sakan baby bergerak. Kaki dia siap menendang-nendang"

Haifaa ketawa. Patutlah perut bonda sentiasa rasa pergerakan. Rupanya anak bonda tak reti duduk diam.

"Kita juga boleh nampak dengan jelas degupan jantung baby" Doktor Tiara tunjuk pada skrin itu. Bergema satu bilik itu apabila Doktor Tiara membuka bunyi degupan jantung si kecil itu.

"Alhamdulillah. Anak ayah sihat" Eusoff meraup muka sambil mengucap kata syukur. Eusoff mengesat air mata yang hampir jatuh di hujung mata. Setelah sekian lama mereka bersabar menanti zuriat akhirnya Allah hadiahkan kembar untuk mereka.

Haifaa terus menggenggam tangan Eusoff. Eusoff senyum.

"Ini pula baby kedua. Dia pun sakan bergerak. Pusing nak pergi mana tu dik?"

Ayat doktor Tiara membuatkan Eusoff dan Haifaa ketawa. Ikut bonda dia lah tu. Tak reti nak duduk diam. Daisy hanya diam. Dia masih teruja melihat adiknya.

"Tangan baby puan ada di sini ya. Dia tolak-tolak perut ibu dia"

Haifaa menahan tawa apabila air mata Eusoff sudah mengalir di pipi.

"Dia hisap jari pula dah" sambung doktor Tiara lagi

"Macam-macam ragam anak bonda dalam tu ya" kata Haifaa lalu ketawa kecil.

"Itulah. Geram pulak saya" sokong Doktor Tiara

Eusoff terus memalingkan muka. Dia tak boleh bertahan lagi. Air mata dibiarkan mengalir di pipi. Tangannya menggenggam besi katil. Rasa syukur yang teramat sangat. Hanya kata syukur yang mampu diungkapkan. Betullah kata-kata uminya dahulu, selepas hujan adanya pelangi, selepas ujian adanya bahagia. Alhamdulillah.

---

Haifaa menggeleng melihat gelagat Daisy. Teruja sungguh. Si Eusoff pula lepas dah tahu ada baby kembar, bonda baby terus dilupakan. Nasib baik bonda ada anak-anak bonda ni. Haifaa mengusap perutnya sendiri.

Haifaa naik ke tingkat atas untuk berehat. Sepanjang hari ini dia hanya baring sahaja. Banyak perubahan di dalam hari-harinya. Mungkin disebabkan hormon ibu mengandung tetapi dia sangat bersyukur dia tidak mengalami morning sickness seperti cerita ibu-ibu lain. Mengidam tu biasalah kan. Eusoff juga sering mengidam. Sibuk je dia.

"Nak lelap sekejap lah" kata Haifaa sendiri selepas melihat jam di telefon baru menunjukkan pukul 11.27 pagi. Haifaa melelapkan mata buat seketika.

Tiba-tiba perutnya terasa dicium. Perlahan Haifaa membuka mata. Wajah Daisy memenuhi kornea mata. Bibirnya mengukir senyum.

DIA ADALAH JAWAPAN || CWhere stories live. Discover now