Bab 11

6.7K 387 62
                                    

Ya Bariq, Ya Bariq, Ya Bariq.

Eusoff mengulangi zikir ini di dalam hati sambil menuruni satu persatu anak tangga. Itulah kebiasaannya setiap pagi. Dia akan mengulangi zikir ini sebanyak 40 kali.

Eusoff memerhati di setiap inci ruang tamu. Wafiza dan Uzail sedang sibuk membuat persiapan birthday party Mateen. Jemputan hanyalah kawan-kawan sekolah Mateen, jiran-jiran dan ahli keluarga terdekat.

Eusoff menjengah ke luar rumah. Dia masih tidak nampak kelibat dua orang yang dia cari dari tadi.

"Kau cari siapa?" Tanya Haq lalu memeluk bahu abangnya.

"Umi dengan baba" jawab Eusoff ringkas.

"Umi dengan baba keluar sekejap. Katanya nak ambil kek barbie Mateen dekat rumah kawan umi" terangnya

Berkerut dahi Haq melihat abangnya seperti risaukan sesuatu.

"Kau kenapa ni?"

"Tak ada apa. Aku nak keluar sekejap"

Baru sahaja Eusoff mahu melangkah, Haq menahan bahu Eusoff untuk tidak pergi. Dia menggeleng.

"Umi tak bagi kau keluar. Umi takut kau balik rumah kau" Perkataan keluar itu dikuatkan sedikit. Mana lah tahu abangnya ini semakin berusia semakin pekak.

Eusoff berdecit

"Aku nak keluar sekejap je lah"

"Kau nak umi jadi petir ke sekejap lagi? Lepastu kau nak Mateen menangis ke sebab daddy kesayangan dia tak ada? Aku tak nak dengar suara high note Mateen tu. Pecah gegendang telinga aku nanti" Haq menggeleng laju. Tak sanggup!

Eusoff menolak tangan Haq dibahunya. Dia tahu semua itu tapi dia perlu keluar sekarang juga.

"Aku nak pergi beli hadiah Mateen. Aku terlupa nak beli semalam" terang Eusoff

Membulat mulut Haq. Dia mengangguk. Betul juga tu. Hadiah Mateen lagi penting sekarang ni. Kalau tidak, budak kecik itu akan tuntut sampai dia dapat. Perangainya sebijik macam mama dia.

Eusoff bergegas keluar dari rumah.

***

Haifaa membersihkan semua daun-daun kering yang bertaburan atas kubur ibu dan ayah. Dia sehabis baik untuk tersenyum. Batu nisan yang terukir nama ibu dan ayah yang bersebelahan ditenung lama.

"Assalamualaikum ibu, ayah. Faa datang ni. Ibu dengan ayah macam mana dekat sana? Mesti ibu dengan ayah selalu dating berdua kan?"

Haifaa ketawa kecil apabila teringat kenangan lama. Matanya memandang kubur ibunya.

"Ibu ingat tak, ibu selalu buat Faa cemburu bila ayah balik kerja. Ibu mesti dapat peluk ayah dulu sampai Faa merajuk baru ibu lepaskan ayah. Ibu cium dahi Faa untuk pujuk Faa"

Haifaa mengetap gigi. Cuba menahan diri. Dia tak boleh menangis.

"Ibu jahat. Sekarang ibu dah tak bagi peluang pada Faa untuk peluk ayah lagi. Kenapa ibu? Faa terlampau rindu nak bergaduh dengan ibu. Faa rindu nak usik ibu"

Matanya beralih pada kubur ayahnya.

"Ayah... Faa rindu nak solat jemaah dengan ayah. Faa rindukan suara ayah. Faa rindu ayah usap kepala Faa lepas solat. Ayah sentiasa bagi kata-kata semangat bila Faa sedih. Hari ni Faa sedih, siapa nak bagi kata-kata semangat dekat Faa?" Bergetar suara Haifaa. Dia tewas. Haifaa tertunduk. Airmatanya deras jatuh ke atas tanah

"Faa... terlampau rindu. Rindu yang tiada penghujungnya. Sakit bila rindukan orang yang dah tak ada"

Haifaa mengesat airmata apabila dia melihat bayang-bayang seseorang. Haifaa menoleh. Matanya dikecilkan kerana silau dengan cahaya matahari. Siapa tu? Lelaki itu bergerak beberapa langkah ke kiri supaya dapat melindungi Haifaa dari cahaya matahari.

DIA ADALAH JAWAPAN || CWhere stories live. Discover now