Bab 45

5.2K 301 18
                                    

Keadaan di meja makan sunyi. Tidak seperti selalunya. Rumah ini tiada lagi seri selepas ketiadaan Haifaa. Setiap hari Eusoff membeli makanan luar untuknya dan Daisy. Bukan dia tidak mahu masak, tapi setiap kali dia ke dapur bayang Haifaa seperti sentiasa ada di sisinya.

Eusoff melihat wajah muram Daisy yang menjatuhkan dagu di meja makan. Ya Allah, tolong beri aku kekuatan untuk aku kuat di hadapan isteri dan anakku. Eusoff mengusap kepala Daisy.

"Kenapa tak makan spaghetti carbonara tu? Tak sedap ke?" Tanya Eusoff.

Diam. Tiada jawapan dari Daisy. Eusoff cuba menarik senyum.

"Daisy nak rasa nasi goreng USA ayah? Meh sini ayah suapkan" Eusoff menyuakan sudu di hadapan mulut Daisy.

Daisy menolak perlahan tangan Eusoff menjauh lalu menggeleng perlahan.

"Daisy nak jumpa bonda. Dah dua hari kita tak tengok bonda dekat hospital. Daisy rindu pelukan bonda. Daisy nak dengar suara bonda, ayah" mata Daisy mula berair.

Eusoff meletakkan sudu. Dia mati kata. Apa lagi alasan yang perlu diberikan pada Daisy?

"Nanti ayah bawa Daisy tengok bonda ya. Hari ni ayah sibuk" pujuk Eusoff.

"Ayah tipu! Ayah suka tipu Daisy! Ayah kata nak bawa Daisy tapi ayah tak bawa pun. Ayah dah tak sayang bonda. Daisy benci ayah!" Daisy menangis apabila ayahnya memberi alasan yang sama. Daisy berlari keluar dari rumah sambil meraung. Bibirnya tidak berhenti menyebut 'bonda tunggu Daisy'.

"Ya Allah, Daisy!" Eusoff mengejar anaknya yang berlari sehingga ke tepi jalan raya. Dia akan salahkan dirinya jika terjadi sesuatu yang buruk pada anaknya pula. Eusoff terus menangkap Daisy lalu dipeluk erat untuk menenangkan anaknya itu.

"Lepaskan Daisy, ayah! Daisy nak jumpa bonda!" Daisy memukul-mukul Eusoff.

Eusoff mengeratkan lagi pelukan. Air mata yang dari tadi ditahan kini jatuh. Kali ini dia kalah. Dia tak mampu lagi tahan air mata di hadapan Daisy.

Daisy yang sudah penat bergelut dengan ayahnya kini hanya menangis di dalam pelukan itu. Eusoff cium sisi dahi anaknya. Ya Allah, tolong kembalikan kekuatanku.

"Ayah minta maaf sayang. Kita tak boleh jumpa bonda sekarang. Ayah tak sanggup tengok bonda semakin teruk"

Daisy masih menangis tersedu-sedan.

"Kita sama-sama rindu bonda jadi kita kena sama-sama kuat untuk bonda. Daisy sayang bonda kan?"

Daisy mengangguk.

"Kalau macam tu Daisy kena sabar sikit ya" pujuk Eusoff. Pada masa yang sama dia juga sedang memujuk dirinya sendiri. Eusoff gosok belakang badan Daisy.

***

Haifaa berjalan di sepanjang lorong itu. Satu badannya terasa berbisa. Bahagian tangannya yang dicucuk branula juga membengkak. Sakit. Sakit sangat. Dia mencari nurse atau doktor yang berada disitu untuk membuka jarum itu. Dia tak sanggup lagi menahan sakit sampaikan tangannya tidak dapat bergerak.

Haifaa berpaut pada pada dinding apabila tiba-tiba terasa pening. Dia memejamkan mata sekejap. Haifaa terus berpaling ke belakang apabila namanya dipanggil. Tiada sesiapa. Mungkin hanya mainan fikirannya. Haifaa menguatkan diri juga untuk terus melangkah.

"Haifaa!"

Kali ini jelas suara itu memanggil namanya. Haifaa mencari si empunya suara tetapi tiada sesiapa di situ. Hospital ini juga menjadi sunyi sepi. Ke mana perginya semua doktor, nurse dan pesakit?

Tiba-tiba Haifaa ternampak sekumpulan nurse sedang berbual di hujung sana. Haifaa terus mengatur langkah ke arah mereka lalu memberikan senyuman kepada mereka.

DIA ADALAH JAWAPAN || CWhere stories live. Discover now