Bab 50

5.7K 287 17
                                    

Mereka berhenti di RnR Genting Sempah sementara menunggu Haq, Mirul, Syuhada dan Eryna sampai. Mereka akan konvoi ke Terengganu. Haifaa terasa seperti ingin mengunyah di dalam kereta untuk menghilangkan rasa mual. Haifaa, Syahila, Mylea, Daisy dan Maleeq turun membeli kudapan. Suami-suami pula menjaga Myzea.

Haifaa, Syahila dan Mylea tersenyum melihat Daisy memimpin tangan Maleeq. Daisy sangat menjaga Maleeq. Jangan lah sesekali berani menyentuh Maleeq dan Myzea kalau tak mahu kena tarik rambut dengan Daisy.

"Faa, kau beli makanan banyak-banyak ni nak buat apa? Habis ke nanti?" Tanya Syahila. Dia dan Mylea terkejut melihat Haifaa mengambil banyak kudapan.

"Kau ni macam tak kenal aku. Aku akan sakit kepala kalau perjalanan jauh. Kau nak aku muntah dekat baju laki aku ke? Elok-elok dia pakai perfume sampai Terengganu bau muntah aku pulak" matanya masih ralit memilih keropok di rak.

Syahila menggeleng. Dia memilih asam yang dia mahu lalu dimasukkan ke dalam bakulnya.

Maleeq menggoncang tangan Daisy.

"Kakak Daisy, Maleeq nak waffle tu boleh?" Tanya Maleeq sambil tunjuk ke arah kedai tidak jauh dari situ.

"Mestilah boleh. Sekejap, kakak Daisy orderkan" Daisy mendekati kedai waffle itu.

"Pakcik waffle coklat satu. Berapa ringgit ya?" Tanya Daisy. Dia siap sedia mahu mengeluarkan duit simpanannya dari bag kecil yang tersilang di bahu.

"Empat ringgit setengah, dik" kata pakcik itu. Daisy mengira duit seringgit seringgit satu persatu.

"Tak apa. Biar saya yang bayarkan waffle ni" seorang budak lelaki dalam lingkungan umur sepuluh tahun menghulurkan note kertas berwarna merah pada pakcik itu. Dia kembali memandang Daisy sambil tersenyum.

"By the way, nama saya Danial. Nama awak apa?"

"Iya ke? Terima kasih Danial. Nama saya Daisy" Daisy beri senyuman manis.

"Terima kasih abang. Nama Maleeq, Maleeq" Maleeq melambai. Danial mencubit pipi tembam Maleeq. Comel.

Mylea menyiku lengan Syahila apabila dia ternampak Daisy sedang bersembang dengan Danial.

"Tengok tu" Mylea memuncung mulut ke arah Daisy dan Maleeq apabila Syahila mengangkat kepala sekali.

Syahila tersenyum. Dia menyiku lengan Haifaa pula lalu memuncungkan bibir ke arah Daisy. Tertunas senyuman di bibir mereka bertiga seperti sedang menonton filem cinta.

"Aww! Anak sulung kita dah ada peminat la! Comelnya!" Haifaa geram melihat kecomelan mereka. Cepat-cepat dia mengeluarkan telefon lalu mengambil gambar Daisy dan Danial secara senyap-senyap. Comel sangat!

Haifaa tak berhenti membelek gambar yang dia ambil tadi sehingga sampai ke kereta.

"Manja!" Eusoff menarik tangan Haifaa apabila dia melintas tanpa melihat kiri dan kanan. Nasib baik tak kena langgar dengan motor. Plastik diambil dari tangan Haifaa.

"Manja ni kan, apa yang ada pada phone tu sampai tak menyempat nak tengok dalam kereta? Nak abang buang telefon tu ke?" Tegur Eusoff.

Haifaa mencebik.

"Sorry abang" Haifaa terus menyimpan telefonnya ke dalam bag. Takut kena marah lagi. Eusoff cubit lembut pucuk hidung Haifaa.

"Jangan buat lagi okey? Telefon tu tak lari ke mana pun. Keselamatan diri tu kena diutamakan. Faham, manja? Abang risau tahu tak?"

Haifaa mengangguk. Lengan suaminya dipeluk erat lalu kepala dilentokkan ke bahu Eusoff.

"Sorry abang. I love you abang"

DIA ADALAH JAWAPAN || CWhere stories live. Discover now