Bab 52

4.7K 294 28
                                    

Haifaa berdiri kaku di hadapan pintu bilik bernombor 416. Entah kenapa berat hatinya untuk masuk ke dalam bilik ini. Eusoff memeluk lembut pinggang Haifaa kemudian jarinya mengelus lembut kawasan itu.

"Manja? Kenapa berdiri je dekat sini? Jom kita masuk" ajak Eusoff.

Haifaa memandang ke dalam mata Eusoff. Hujung baju Eusoff digenggam kuat. Dia takut kakinya tidak kuat untuk terus berdiri bila berhadapan dengan lelaki itu.

"Abang jangan pergi mana-mana ya. Abang kena ada di sisi Faa" kata Haifaa.

Eusoff senyum lalu mengangguk. Sebaik saja masuk ke dalam bilik itu, Haifaa melihat muka Syahila sudah basah dengan air mata. Hanif pula cuba untuk menenangkan Syahila. Daisy yang tadinya menyorok di belakang Hanif terus berlari ke arah Eusoff.

"Ayah, pakcik tu kata dia ayah Daisy. Dia tipu kan? Ayah Daisy hanya ayah saja kan? Dia nak peluk Daisy tapi Daisy tak nak. Daisy takut dengan pakcik tu" beritahu Daisy dengan mata berkaca. Eusoff berlutut di hadapan Daisy. Kedua pipi Daisy dipegang.

Eusoff menguntum senyuman manis buat Daisy.

"Iya sayang. Ayah Daisy hanya ayah seorang tapi Daisy kena tahu pakcik tu ayah kandung Daisy tau" beritahu Eusoff lembut. Pipi anaknya diusap.

Daisy menggeleng.

"Tak. Tak nak. Daisy tak nak pakcik tu jadi ayah Daisy. Daisy hanya nak ayah, papa dan daddy sahaja. Daisy tak suka pakcik tu. Bonda, tolonglah cakap dekat ayah. Tadi mama dan papa pun paksa Daisy jumpa pakcik tu. Daisy tak nak, bonda." Daisy menggoncang tangan Haifaa. Dia mula menangis. Mata memandang sekilas lelaki yang sedang terbaring lemah di atas katil. Terus saja dia menyorok di belakang Haifaa.

"Anak solehah bonda, janganlah macam ni. Tak baik tau. Kesian pakcik tu tunggu Daisy dari tadi. Dia nak peluk Daisy sebab dia rindukan anak dia. Why not Daisy bagi pakcik tu gembira untuk kali terakhir?" Tangan Haifaa mengusap kepala Daisy.

"Okey lah, Daisy anggap saja pakcik tu kawan ayah dan papa tapi Daisy tetap kena salam pakcik tu tau. Okey sayang? Bonda cakap apa sebelum ni?"

Daisy mengesat airmatanya sebelum dia mengulang pesanan bondanya.

"Mahkota seseorang terletak pada akhlaknya, adab seseorang pada agamanya dan kehormatan seseorang pada budi pekertinya" Daisy memandang tepat ke dalam mata Haifaa membuatkan Haifaa tersenyum.

"Pandainya anak bonda ni. Sekarang kita jumpa pakcik tu ya?" Pujuk Haifaa.

Perlahan Daisy mengangguk. Haifaa memimpin tangan Daisy untuk mendekati katil Nash. Haifaa memandang tubuh Nash yang sudah semakin cengkung. Mukanya juga sudah sedikit berbeza kerana terlampau kurus.

Eusoff memeluk pinggang Haifaa. Hanif pula memeluk bahu Syahila. Risau kalau Syahila terlampau beremosi akan menjejaskan kandungannya nanti.

Banyak mesin di dalam bilik itu. Sekarang Nash hanya bergantung pada alat pernafasan untuk terus hidup. Nash menoleh pada Haifaa yang berdiri di sisi katilnya. Mata beralih pada Syahila pula.

Mata Nash mula berlinang. Airmatanya jatuh mengalir membasahi bantal.

"Salam pakcik, sayang" arah Haifaa. Daisy memandang Haifaa dan Eusoff sebelum dia mengambil tangan Nash lalu dicium.

Nash memandang anaknya. Perasaannya bercampur baur. Sedih, gembira, marah, geram pada dirinya sendiri.

"Hye sayang" baru saja Nash ingin menyentuh pipi Daisy, Daisy terlebih dahulu menyorok di belakang Eusoff. Hati Nash bagai ditusuk oleh pisau apabila anaknya mengelak darinya.

Syahila mengalihkan muka. Hatinya sakit apabila memikirkan perbuatan Nash terhadapnya dahulu sehingga terlahirnya Daisy. Airmata Syahila jatuh mengalir di pipi. Badannya menggigil menahan amarah.

DIA ADALAH JAWAPAN || Cحيث تعيش القصص. اكتشف الآن