Bab 23

7.8K 463 25
                                    

Semakin hari semakin bertimbun kerja di atas meja. Entah bila nak siap. Haifaa melepaskan keluhan berat. Dia memandang dua frame gambar ibu dan ayah kemudian mata beralih pada frame gambarnya bersama Eusoff semasa bulan madu di Bertam Resort lima bulan yang lepas. Bibirnya automatik menyimpul senyum.

"Macam mana aku boleh berani sangat pergi lamar dia dulu ek?" Soal Haifaa sendiri.

"Hoi! Berangan pulak kau"

Tersentak Haifaa apabila mejanya tiba-tiba diketuk oleh rakan sekerjanya, Gabrina. Haifaa menggosok dada. Terkejut weyh!

"Gab, aku syak kau ni memang nak aku mati cepat"

Gabrina ketawa lalu dia memeluk bahu Haifaa yang masih mengurut dada.

"Sorry lah beb. Aku dah lalu depan meja kau ni dua kali. Kau masih tersengih-sengih sendiri. Itu yang aku sergah je. Nah!"

Gabrina meletakkan sejambak bunga ros ke atas meja Haifaa membuatkan Haifaa teruja. Siapa yang tak teruja dapat bunga dari suami kan? Setiap hari Isnin dan Jumaat, Haifaa akan menerima sejambak bunga.

Haifaa mengambil bunga itu lalu dipeluk. Senyuman di bibirnya melebar.

"Hek eleh, menyampah aku. Kau cakap dekat laki kau tu, ingat kau sorang je yang dah kahwin?" Gabrina memeluk tubuh sambil menjulingkan mata ke atas sebelum dia balik ke tempatnya.

Haifaa ketawa. Jeles lah tu suami dia tak bagi bunga. Dia memandang gambar Eusoff.

'Thank you Yusuf Taiyoob" kata Haifaa sambil membuat flying kiss.

Haifaa melepaskan keluhan berat. Siapa pula yang call ni?! Baru je nak berangan. Haifaa menekan ikon hijau.

"Ya, saya bercakap" kata Haifaa apabila namanya disebut.

"Ni aku, Nash"

Berkerut dahi Haifaa. Mana dia dapat nombor aku? Rasanya aku tak pernah bagi dia nombor aku.

"Oowh haa. Kenapa kau call aku?"

"Laa, aku tak boleh call kau dah ke? Mentang-mentang dah kahwin. Sampai hati kau tak jemput aku. Aku tahu kau dah kahwin ni pun dari insta story Syahila. Kalau tak, sampai ke sudah aku tak tahu"

Haifaa menjulingkan mata ke atas. Buat apa nak jemput kau? Memang kau tak ada dalam senarai jemputan aku pun.

Haifaa buat-buat ketawa.

"Sorry, aku lupa lah. Aku ada kerja lah Nash, kau nak cakap apa sebenarnya ni?"

Talian menjadi sepi seketika.

"Nash?"

"Yes I'm here. Sorry lah aku kacau kau. Aku just nak tanya pasal Syahila. Aku tak dapat contact dia. Dia merajuk dengan aku. Kau tahu dia dekat mana?"

"Merajuk?"

"Ya, aku dengan Syahila plan nak tunang and aku ada tersilap cakap sikit dekat dia. Lepastu dia terus block aku"

Haifaa bersandar pada kerusi. Kurang hasam kau Syahila. Ada hubungan dengan Nash tak bagitahu aku pun! Kau tunggu. Kalau aku jumpa kau, memang aku jadikan kau sambal belacan.

"Aku tak sure. Dah hampir sebulan juga aku tak mesej dia. Mungkin dia busy. Kau jangan risau lah, dia ada je dekat rumah aku tu"

"Rumah kau? Seriously? Boleh tak kau bawa aku jumpa dia"

Haifaa mati kata. Alamak, macam salah percaturan je.

"Haah, aku bagi dia duduk dekat rumah aku. At least ada lah orang jaga rumah aku tu. Tapi pasal nak jumpa dia tu..."

DIA ADALAH JAWAPAN || CWhere stories live. Discover now