Bab 17

7.2K 434 35
                                    

Amaran keras!
Semua yang awak baca adalah pilihan awak sendiri dan... jangan senyum sorang-sorang. Ajak orang lain senyum sekali. Bubye! Happy reading❤️
---

Semua menunggu Eusoff menghabiskan doanya selepas solat sunat nikah. Entah apa yang lama sangat duduk atas sejadah tu. Mungkin doa untuk semua orang yang hadir di majlis hari ni.

Datin Watie berdehem membuatkan Eusoff terus mengaminkan doanya. Terkejut mungkin. Perlahan dia bangun.

"Kenapa kamu tercegat dekat situ. Pergilah sarung cincin dekat isteri tu" kata Dato' Idris.

Eusoff cuba menarik senyum. Kenapalah dengan aku hari ni? Kenapa semuanya tak nak berfungsi dengan baik? Tadi kaki kebas, sekarang tangan sejuk.

Haq memandang abangnya tidak puas hati. Lembab betul lah abang aku ni! Aku dah lapar ni! Dia terus bangun lalu menolak abangnya yang jalan seperti kura-kura.

Perasaan tadi hilang sedikit demi sedikit apabila Haifaa tersenyum ke arahnya.

"Buat apa tercegat dekat situ. Duduklah" kata Haifaa. Dia menepuk kerusi di sebelahnya sambil tersenyum.

Eusoff melabuhkan punggung saja, Haifaa terus menghulurkan tangannya. Eusoff memandang Haifaa tidak percaya. Santai betul budak ni. Ada juga tetamu yang tertawa melihat pengantin perempuan seperti tidak sabar ingin melakukan pembatalan air sembahyang.

"Pftt" Haifaa terus menekup mulutnya. Lawak pula melihat tangan Eusoff menggigil menyarungkan cincin ke jari manisnya.

Bundar mata Eusoff merenung Haifaa. Dia ketawakan aku?!

"Sorry sorry. Tapi kenapa tangan awak menggigil? Takkan sarung cincin pun nervous" soal Haifaa bersama tawa kecil. Hanya Eusoff saja mendengarnya.

"Kau boleh diam tak? Aku nak fokus ni" kata Eusoff perlahan. Dia memandang Haifaa. Perasaannya kini tak dapat digambarkan.

Tanpa tunggu, Haifaa terus menarik tangan Eusoff lalu dicium. Sudah lama dia tunggu saat ini. Adakah tangan ni mampu mengganti tangan ayah?

Eusoff kaku. Kenapa dengan jantung aku ni?! Budak ni kenapa eh? Lain macam betul perangai dia harini. Cium tangan aku sikit-sikit sudahlah. Eusoff cuit bahu Haifaa dengan jari telunjuknya. Dia menundukkan badan sedikit untuk berbisik.

"Puan, hari ni bukan hari raya. Tak payah salam lama sangat"

Haifaa mengangkat muka memandang Eusoff. Mata mereka bertaut lama. Tiba-tiba mata Haifaa berkaca. Tangannya mengusap lembut belakang tangan Eusoff.

Eusoff dapat merasakan kesedihan disebalik mata itu.

'Ya Allah, aku tak mampu jadi seperti ayahnya tapi permudahkan urusanku untuk menjadi yang terbaik buatnya'

Tangan Eusoff naik mengusap air jernih sudah mengalir di pipi Haifaa. Setiap inci wajah Haifaa dipandang. Tangannya naik menyentuh ubun-ubun Haifaa.

"Bismillahirrahmanirrahim, Allahumma inni as aluka khaira wa khaira ma jabaltaha alaihi, wa a'uzubika min syarriha wa syarrima jabaltaha 'alaia" Eusoff terus mencium dahi Haifaa.

"Kau dah ada kawan sebantal untuk share semua kesedihan dan kegembiraan kau" bisik Eusoff perlahan bersama senyuman dibibir.

Haifaa tidak berkelip apabila mendengar kata-kata Eusoff. Jantungnya berdegup laju. Haifaa memegang dadanya. Sebantal?

Eusoff mengangkat kening.

(Maksud doa : ya Allah, aku memohon kepadamu kebaikan isteriku ini yang engkau telah ciptakan atasnya dan aku berlindung denganmu daripada keburukan yang engkau telah ciptakan ke atasnya)

DIA ADALAH JAWAPAN || Cحيث تعيش القصص. اكتشف الآن