Bab 39

5.3K 267 17
                                    

Eusoff menurunkan Haifaa dengan berhati-hati. Dia menutup pintu bilik mereka lalu dikunci. Perlahan Eusoff memusingkan badan menghadap isterinya. Bibirnya mengukir senyuman semanis kurma untuk si isteri.

Haifaa memandang suaminya yang tersenyum ke arahnya. Eeeii! Dia boleh senyum dekat situ? Dia tak tahu ke dia dah sakitkan hati aku selama ni? Dia dah abaikan aku. Dia masih boleh tersenyum atas kesedihan, kekecewaan dan kehancuran hati aku?

Haifaa campak bantal ke arah Eusoff tetapi Eusoff terlebih dahulu mengelak. Jelingan maut diberikan kepada Eusoff. Dia cuba menahan air mata dari keluar.

Eusoff masih tersenyum. Dia mendepakan tangan kerana dia tahu isterinya mahukan pelukan darinya jika isterinya menangis.

"Meh sini abang peluk isteri abang ni"

Haifaa mencebik. Air matanya jatuh mengalir di pipi. Hatinya terusik apabila suaminya berkata begitu. Dia mengesat air mata dengan hujung baju.

Eusoff terus mendakap isterinya erat. Belakang badan Haifaa diusap lembut. Sesekali sisi kepala Haifaa dicium. Semakin deras air mata Haifaa membasahi baju suaminya.

"A-abang yang buat Faa menangis. A-abang abaikan Faa. A-abang... abang..." teresak-esak tangisannya. Muka disembamkan di dada Eusoff.

"Ya ya. Abang tahu" tangannya lembut menepuk belakang isterinya. Bibirnya menahan senyum. Comel pula isterinya menangis kerana kurang kasih sayang darinya. Haifaa memukul dada Eusoff. Masam mukanya memandang Eusoff.

"Tak! Abang tak tahu. Biar Faa habiskan ayat Faa dulu"

"Ok ok. Sila teruskan yang arif"

Haifaa melilit pinggang suaminya erat. Sudah lama dia tak merasakan perasaan ini. Tenteram bila dekat dengan suaminya.

"Abang dah sakitkan hati Faa tahu tak!"

Eusoff meleraikan pelukan itu terlebih dahulu. Wajah isterinya dibawa memandangnya. Dia memberikan senyuman pada si isteri.

"Alaaa kesiannya dia, abang dah buat dia menangis. Abang dah buat dia sakit hati"

Terkelip-kelip mata Haifaa memandang Eusoff apabila si suami hanya tersenyum memandangnya.

"Huwaaaaa!!! Faa nak abang tapi abang tak nak Faa!"

Eusoff ketawa. Dia kembali memeluk isterinya.

"Ok ok, dah. Jangan nangis lagi. Abang minta maaf ya" Eusoff cium sisi dahi Haifaa.

"Faa benci abang!"

"Ya, abang tahu. Abang minta maaf tau"

"Tak nak maafkan abang!"

"Janganlah macam tu manja. Tell me, apa yang abang boleh buat untuk manja maafkan abang"

Tangisan Haifaa terhenti. Dia mengangkat muka memandang seluruh wajah suaminya. Air mata diseka dengan hujung baju kemudian dia memuncungkan bibir.

Eusoff tertawa kecil.

"Nak apa tu?" Soalnya

"Kiss me again, abang. Cepat. Kalau tidak, Faa tak nak maafkan abang"

"Ugut nampak" Eusoff mengangkat sebelah kening.

"Ya. Faa tengah ugut abang ni. Cepatlah abang!" Haifaa menjengketkan kakinya. Tak sabar!

Eusoff ketawa besar. Comel betullah isteri aku ni. Eusoff merapatkan wajah mereka kemudian dia menyengetkan kepala seperti biasa.

Haifaa sudah tersenyum bahagia apabila bauan nafas mint Eusoff sudah menerpa wajahnya. Dia memejamkan mata.

DIA ADALAH JAWAPAN || CWhere stories live. Discover now