Bab 22

8.6K 432 62
                                    

Eusoff masuk semula ke dalam bilik. Dia terus menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya semula. Haifaa memandang suaminya pelik. Berapa kali nak mandi?

Haifaa hanya memerhati Eusoff meramas rambutnya dengan tuala kecil melalui pantulan cermin sambil menyapu losyen pada badannya. Eusoff hanya mendiamkan diri dari tadi.

Haifaa bangun lalu mendekati Eusoff semula. Eusoff terus menjatuhkan tangan ke sisi dan berdiri tegak bak anggota tentera sambil menahan nafas apabila kedudukan Haifaa begitu dekat dengan dadanya. Haifaa melalukan jemarinya lekuk six pack suaminya. Sengaja Haifaa nak membuatkan suaminya bercakap dengannya semula.

Pandangan yang Haifaa berikan pada Eusoff cukup menggoyahkan keimanannya ketika ini. Dia meneguk liur payah.

"Faa tahu abang takut Faa balik pada Mirul kan?"

Dia memandang ke dalam mata Haifaa kemudian mengangguk sekali seperti sedang dipukau dengan renungan itu.

"Tapi dia dah jadi adik ipar Faa. Kenapa abang nak risau?"

"Walaupun dia sekadar adik ipar, dia masih boleh cari ruang dan peluang kan?" Eusoff memegang dagu runcing Haifaa

"Manusia ni kalau dah ada niat, apa-apa cara pun dia sanggup buat walaupun itu adalah ahli keluarga sendiri" katanya lagi.

Haifaa hanya diam tanda setuju dengan kenyataan suaminya itu. Manusia sekarang kejam. Mereka tak takut dengan balasan tuhan. Haifaa mendekatkan lagi dirinya. Tangannya nakal bermain dengan benjolan pada leher Eusoff yang tidak berhenti bergerak naik turun.

"So, abang kena pastikan tak ada ruang untuk dia antara kita" Haifaa tersenyum nakal. Dia tahu iman suaminya dah goyah.

Berkerut dahi Eusoff. Jauh sangat permintaan isteri aku ni. Takkan aku nak bawa dia ke hulu ke hilir.

"Jadikan Faa milik abang sepenuhnya dan izinkan Faa miliki abang sepenuhnya. Mungkin dengan sentuhan boleh lahirkan rasa cinta antara kita?" Haifaa bersandar pada dada Eusoff. Dia dapat mendengar degupan jantung suaminya yang agak tidak teratur.

Eusoff bagai tercekik liur sendiri. Adakah itu ke maksud isterinya tak ada ruang antara mereka? Biar betul bini aku ni? Dari mana dia dapat semua keberanian ni ya? Dulu dia lamar aku dan sekarang dia meminta. Haifaa mendongak memandang suaminya.

"Abang? Abang fikir apa? Kalau abang tak sedia tak apa. Faa faham"

Eusoff bagai nak tersedak mendengar kata-kata Haifaa. Selalunya suami yang akan cakap begitu. Sekarang ni siapa yang suami dan siapa yang isteri? Eusoff menggaru sebelah keningnya.

Haifaa menjauhkan diri dari Eusoff. Dia naik ke atas katil lalu menarik selimut menutupi separuh badannya. Dia tidaklah begitu kecewa apabila ditolak tapi dia hanya inginkan sentuhan suaminya. Dia suka apabila Eusoff memegang tangannya, memeluknya dan memperlakukannya seperti seorang puteri.

Eusoff meraup muka apabila melihat Haifaa sudah mula memejamkan mata. Arghhh! Malaysia pun Malaysia lah! Dia melepaskan tuala yang melilit pinggangnya lalu naik menindih Haifaa membuatkan Haifaa yang baru sahaja ingin terbang ke alam kayangan terjaga semula. Terbuntang biji mata Haifaa apabila tiada seurat benang pun di tubuh sasa Eusoff.

Kenapa aku rasa takut sekarang? Tadi berani sangat minta bukan-bukan. Haifaa melarikan pandangan pada syiling bilik.

Bibir Eusoff terkumat-kamit membaca satu doa sebelum dia memberikan satu ciuman dibibir isterinya sebagai mukadimah. Haifaa cuba untuk mendengar tapi tidak jelas.

"Abang baca doa apa?"

"Doa sebelum abang makan isteri abang ni. Can I?" Eusoff meminta izin.

Haifaa mengangguk perlahan. Tangan Eusoff membuka setiap satu pakaian yang berada di badan Haifaa.

DIA ADALAH JAWAPAN || CWhere stories live. Discover now