Bab 15

6.8K 429 42
                                    

(Dua minggu kemudian)

Eusoff mengetuk pangkal pen pada meja. Fikirannya melayang entah kemana. Apa dia tengah buat sekarang ya? Dia langsung tak ada call aku semenjak mereka keluar bersama Mateen. Mana tidaknya, Datin Watie melarang sekerasnya mereka bertemu sebelum majlis akad nikah.

Datin Watie dan kakaknya, Wafiza menjadi orang tengah untuk membantu Haifaa menyelesaikan apa yang patut. Katanya semuanya hampir selesai cuma beberapa perkara sahaja lagi yang tinggal.

"Berseri betul bakal menantu umi tu. Cantik sangat. Tiba-tiba along rasa nak naik pelamin lagi sekali" kata Wafiza sambil menyuapkan buah epal ke dalam mulut. Dia menyandar kepalanya di bahu Datin Watie. Sebelah tangan mengusap perut yang sedikit bergerak.

Datin Watie menjeling anak sulungnya. Tak sedar ke diri tu tengah sarat? Ada hati nak naik pelamin lagi. Takkan nak angkut dua-dua anak kamu ke atas pelamin?

Datin Watie menggeleng

"Kalau kamu naik pelamin lagi sekali pun takkan sama dengan seri pengantin baru. Tapi betullah, umi tengok Haifaa tu berseri lain macam" puji Datin Watie.

"Kan ma? Comel-comel lah cucu mama nanti"

Eusoff bersandar untuk merehatkan badan. Dia memicit pelapis dahinya. Perbualan umi dan kakaknya terngiang di telinga. Berseri? Berseri macam mana tu? Ada cahaya dekat muka dia ke? Tangan Eusoff membentuk penumbuk menghentak meja.

Kenapa aku tak boleh jumpa dia?! Siapa yang buat pantang larang ni? Negara luar sana elok je berjumpa sebelum berkahwin. Kenapa orang Melayu punya pantang larang macam ni?

Eusoff mengambil telefon bimbitnya lalu mencari nombor yang disimpan sebagai 'future'. Ibu jarinya ingin menekan ikon telefon tetapi tiba-tiba saja bayang uminya seolah-olah berada di depan matanya dengan bercekak pinggang sambil mencerlung tajam ke arahnya. Niatnya terbantut untuk menghubungi Haifaa.

Dia mendail nombor Hanif lalu skrin telefon diletakkan di telinga. Menunggu panggilan di jawab.

"Ha, nak apa?" Sapa Hanif tanpa memberi salam.

Eusoff mengetuk-ngetuk dahinya.

"Tak ada apa. Saja je call kau"

Hanif ketawa dengan perangai kawannya ini. Tak dapat dengar suara adik, dapat dengar suara abangnya pun boleh.

"Saja call aku ke rindu adik aku?" Usik Hanif

Eusoff meraup muka sekali.

"Mana ada. Aku cuma nak double confirm untuk esok. Kau nak aku ambil kau dekat airport kan?"

"Haah. Nasib baik kau ingat. Thanks ya bakal adik ipar. Nanti kalau aku dah touched down, aku call kau"

Eusoff tersenyum kecil. Kawan sebaya jadi abang ipar? Macam kelakar tapi itulah kenyataannya.

Ya Allah, aku serahkan dia di bawah jagaan mu. Doa Eusoff dalam hati.

***

Haifaa campak topi keselamatan ke dalam kereta. Botol air berwarna pink diambil di tempat duduk penumpang lalu diteguk air itu rakus. Dahaga. Panas betul hari ni. Nasib kau lah Haifaa kena turun site hari ni.

Tangan kanannya diangkat tinggi. Cincin yang terletak elok di jari manisnya di pandang seketika. Lagi seminggu statusnya akan bertukar menjadi 'puan'. Sediakah aku? Macam mana kalau semua ex girlfriend dia datang balik? Macam mana kalau dia tak boleh sabar dengan perangai aku? Macam mana kalau aku jadi janda? Cepat-cepat Haifaa menggeleng. Nauzubillah!

DIA ADALAH JAWAPAN || CWhere stories live. Discover now