EPILOG (NEW ERA?) (679)

12 1 0
                                    


(DUNIA-712)

"Tamatlah cerita ini". Seorang wanita menutup buku cerita yang bertajuk "ANTIZARIK" yang ia ceritakan kepada anaknya.

"Lah umi, sikitnya". Ahmad tidak berpuas hati dengan cerita itu. Dia mahukan lagi.

"Ahmad, inilah bagaimana seseorang itu, walaupun dia kehilangan banyak orang yang dia sayang, dia tetap bertahan". Uminya memegang dagu Ahmad, menasihati anaknya supaya dia mendengarnya.

"Tapi umi, macam mana dia dapat bertahan walaupun dia kehilangan orang yang dia sayang?".

"Sebab dia lepaskan semua yang dia pendam".

"Maksudnya, dia cari pembunuh mereka kan?".

Uminya terdiam, dia tidak tahu harus dijawabnya. Walaupun dia baru berumur 10 tahun, dia sudah pandai banyak bertanya. Uminya terus merubah topik agar dia tidak tahu perkara sebenar.

"Tidur ye sayang, esok kita kena pi jual nasi lemak, kena bangun awal pagi".

"Baik umi". Ahmad turun dari sofa dan mahu menuju ke biliknya tapi ada satu berita di televisyen yang menarik perhatiannya.

Terkini, seorang wanita berjubah hitam yang mungkin berusia 30-an telah menculik perdana menteri secara senyap-senyap. Pihak polis telah membuat sekatan di seluruh jalan raya. Sesiapa yang berjaya menangkap wanita ini, hadiah lumayan sedang menanti.

"Pip". Uminya terus menutup televisyen.

"Itu hero ka Umi?, Ahmad nak jadi macam dia, melawan kejahatan".

"Bukan sayang, tu cuma berita sahaja". Uminya terus mengangkat Ahmad terus ke katilnya kerana Ahmad susah untuk tidur.

"Lekas tidur, pejam mata. Jangan lupa baca doa tidur". Ahmad menadah tangannya,

"بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَحْيَا وَأُمُوتُ"

Bismika allaahumma ahyaa wa amuutu
(Dengan namamu Allah, aku hidup dan aku mati)

"Tidur elok-elok ye sayang". Dahi Ahmad dicium uminya dan dia berlabuh pergi. Pintu biliknya ditutup sedikit sehingga ternampak cahaya luar.

Dush, dush, dush. Ahmad terdengar sesuatu di atas bumbung rumahnya seperti seseorang sedang berlari.

Ahmad terus turun dari katilnya untuk melihat adakah itu hero yang dinantikannya. Ahmad melihat di celahan pintu untuk melihat adakah uminya berada disitu, namun tiada. Mungkin dia sudah tidur. Fikir Ahmad. Dia keluar perlahan-lahan menuju luar rumah untuk melihat di manakah gerangan wanita itu.

Secara tidak sengaja, wanita itu betul-betul berada di hadapan rumahnya. Tapi hanya belakangnya yang menghadapnya. Dia melihat seorang perempuan berjubah hitam yang menutupi seluruh anggota badannya dan Kepala sambil dibelakangnya terselit pedang yang tajam.

Dihadapan wanita itu, ada seorang lelaki terbaring di tanah persis perdana menteri di berita tadi, tapi badannya sudah diikat dengan tali dan mulutnya juga disumbat dengan kain.

Wanita itu kemudian melepaskan kain yang disumbat dalam mulutnya.

"Tolong lepaskan aku, aku janji takkan buat lagi. Aku akan ikut kau".

"Huh, lelaki semua sama, kata-kata yang tidak berguna, kau sanggup hancurkan kebahagiaan orang lain demi kepentingan kau. Kau layak kubunuh".

"Jangan, aku betul menyesal, aku menyesal!". Lelaki itu menangis.

Wanita itu kemudian menyumbatkan semula kain itu ke dalam mulut lelaki itu. Dengan pantas, dia mengeluarkan pedang di belakangnya.

Lelaki itu menggeleng-gelengkan kepalanya, berharap dia tidak dibunuh. Tangisannya mula menjadi kuat.

Wanita itu mengangkat pedangnya, bersedia untuk membunuh lelaki yang banyak merosakkan hidup orang lain.

"Sreek...". Lelaki itu mati dengan tragis sekali dengan Kepala dan badannya terbelah dua.

"Hah!". Ahmad terkejut sekali melihat darah yang banyak memancut keluar dari leher lelaki itu. Badannya jatuh ke tanah. Itu kali pertamanya dia melihat kejadian seperti itu.

Wanita itu mendengar hembusannya. Dia hanya sekalih pandang ke belakang tanpa berbuat apa-apa. Ahmad melihat juga wanita itu memakai kain niqab. Hanya matanya sahaja yang terlihat. Kemudian wanita itu menyimpan pedangnya dan kembali melihat mayat lelaki itu. Dengan pantas, dia melompat tinggi ke atas pokok dari satu pokok ke pokok yang lain dengan membawa mayat lelaki itu sekali. Kepalanya sengaja ditinggalkan di situ.

You're so hypnotizing,
Could you be the devil ?,
Could you be an angel ?,

THEY DON'T UNDERSTAND YOU.

You're from a whole another world,
A different dimension,
You open my eyes,
And I'm ready to go,
Lead me into the light.

"Allahuakbar!, Ahmad, buat apa kat sini?". Uminya tiba-tiba datang dari dalam rumah.

Ahmad masih tercengang dengan peristiwa itu. Badannya sudah kaku di situ. Uminya mengangkatnya masuk ke dalam rumah. Dia mengunci pintu serapat yang mungkin kerana dia tidak mahu sesiapa mengesyakinya.

"HA...HAH, HA...HAH, HA...HAH".
Wanita itu bernafas panjang dan termengah-mengah seperti berlari 100km.


TO BE CONTINUE?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 15 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ANTIZARIK (44,737)Where stories live. Discover now