KEAJAIBAN TAUBAT (2051)

75 5 2
                                    

"Pat pat sikulipat, sapa cepat, dia dapat.
pat pat sikulipat, sapa cepat, dia dapat".

Seorang budak lelaki memejam matanya di sebatang pohon. Dia sedang bermain nyorok-nyorok dengan kawan-kawannya.

"Shusshh". Seorang Kawan perempuannya memberikan isyarat kepada kawan-kawannya yang lain untuk pergi dari situ. Mereka senyap-senyap lari dari situ meninggalkan budak itu seorang diri.

"Ha, mana korang sembunyi". Budak lelaki itu bersedia untuk mencari mereka.

"Ijat"... dia terdengar namanya dipanggil. dia melihat sepasang mata berbaju putih di sebalik pohon buluh. Dia tidak lihat dengan jelas kerana waktu itu sudah hampir gelap.

"Siah, Kau ke tu?!". Dia perlahan-lahan menuju ke pohon buluh itu tapi dia agak takut.

"Ijat! mari balik, dah maghrib ni!". Ayahnya datang menaiki motor.

Ijat melihat semula ke arah pohon buluh tiada siapa. Lalu dia terus berlari ke arah ayahnya.

"HAhhhh". Mereka berdua mendengar seseorang bernafas dengan kuat.

"Bunyi apa tu yah?".

"Jangan tegur!".

Ayahnya terus memecutkan motornya menuju ke arah surau berdekatan.

•••••

"Kampung kita diserang makhluk ghaib, ustaz!". Seorang pemuda berkata.

"Setiap rumah di kampung kita setiap hari mesti diganggu!". Kawannya yang lain membalas

"Orang kampung kata, mereka melihat kelibat putih merayau-rayau di hadapan rumah mereka". Diikuti kawannya yang lain.

"Satu-satu!".

"Apa dah jadi ni ustaz"!. Haji hidayah menuju ke rumahnya diiringi semua penduduk kampung yang bernama lelaki, tidak kira tua ataupun muda. Haji hidayah amat berpengaruh di kampung itu kerana ia merupakan Ketua kampung di situ. Dia dilantik kerana dia merupakan kawan karib tok tam.

"Ustaz pun tak tahu, macam ada yang tidak kena".

"Ni mesti kerja keluarga setan tu!. Haji hidayah mula mengutuk keluarga Tarmizi. dialah yang selalu menghasut penduduk kampung untuk membenci keluarga Tarmizi. Ini kerana tok Tam selalu memuji mereka.

"Yeee, betul tu!". Orang ramai menyahut.

"Dah sah ni kerja mereka ni ustaz!". Anak haji hidayah menyambung semula.

"Dah dah. Semua diam!". Ustaz Najmi marah membuatkan semua terdiam.

"Tak boleh biarkan lepa ni ustaz. makin lama, makin banyak hantu dalam rumah mereka tu!". Haji hidayah masih cuba untuk bercakap.

"Okeylah macam ni, Mari kita ke sana dulu. kita periksa betul ke keluarga si Tarmizi tu membela hantu". Ustaz Najmi menuju ke motornya diikuti orang ramai. Sebenarnya ustaz Najmi mahu bertemu dengan Abdullah tapi dia tidak tahu di mana rumahnya.

"Mari pergi ustaz!". Haji hidayah kelihatan bersemangat.

"Kalian jalan dahulu. Saya ikut di belakang ja".

Mereka berpusung-pusung menaiki motor menuju ke rumah Abdullah. Setelah lebih satu jam, mereka akhirnya sampai di perkarangan rumah Abdullah.

"Keluar kau, Setan!". Anak haji hidayah menjerit diikuti orang ramai. Mereka membawa obor-obor.

"Bertenang semua, Biar saya pergi dulu". Ustaz Najmi berjalan di hadapan pagar rumahnya.

"Assalamualaikum.... Abdullah".

ANTIZARIK (44,737)Where stories live. Discover now