(CACAT) ITU ISTIMEWA (1484)

83 4 0
                                    

"Awak, cantik tak tempat ni?". Atykah menanya mengenai tempat yang mereka pergi sekarang, taman permainan.

"Cantiklah, macam awak juga".

Ade ade je awak ni". Atykah kemudian menolak bahu Abdullah.

"Aduihh!". Abdullah memegang bahunya.

"Sikit je tu".

"Wak, kenapa kat sini tak ada orang, mesti banyak hantu?". Atykah perasan tempat permainan itu tiada sesiapa, hanya mereka sahaja.

"Hantu?, kalau ada hantu kat sini, saya bunuh hantu tu".

"Kalau saya yang hantu tu, apa awak akan buat?".

"Kalau awak hantu tu, saya kahwin dengan awak".

"Eh dia ni main-main pulak". Atykah mencebik muka.

"Jomlah kita balik, Dah lewat ni". Abdullah melihat sekeliling. Hari sememangnya sudah ingin menutup tirainya.

"Jom". Atykah membiarkan Abdullah jalan kehadapan.

"Ada Hantu!". Atykah cuba mengusik Abdullah.

"Mana, ahhhh!". Abdullah lari mendapatkan Atykah dan berjalan bersebelahan Atykah secara rapat-rapat.

"Hahaha!". Atykah gelak besar.

"Awak ni!". Giliran Abdullah pula mencebik muka.

"Sat awak, saya nak kutip bunga ni boleh tak?". Atykah terlihat bunga kesukaannya iaitu bunga ros di tepi jalan.

"Ok saya tolong cari ye".

"Terima kasih wak!".

"sama-sama". Abdullah membalasnya dengan senyuman. Sedang asyik mengutip bunga, dia terlanggar seorang budak lelaki.

"Sorry dik, mana ibu bapa adik?". Abdullah tercari-cari ibu bapa budak dan dia ternampak seorang wanita sedang membeli aiskrim yang tidak jauh dari situ.

Budak itu hanya melihat wajah Abdullah dengan pelik. Wajahnya comot serta pakaiannya penuh dengan pasir sambil ditangannya mengenggam beberapa mainan.

"Cacep gan cape?".

"Hah?!". pada mulanya, Abdullah tidak faham tapi Lama kelamaan dia mula paham. Dia sedar yang budak itu adalah istimewa.

Rupanya budak itu sudah lama memerhatikannya.

Dia kemudian melihat Atykah yang sedang mengutip bunga dari jauh sambil tersenyum.

"Adik, tiada benda di dunia ini yang sempurna sebab itu kita perlu sempurnakannya".

Abdullah lantas pergi sambil mengusap rambutnya tapi budak itu masih kurang paham dan mulutnya masih ternganga.

"Rezki mari, Aiskrim".... Datanglah ibunya memegang dua aiskrim coklat kesukaan anaknya dari kejauhan.

"Asyihkremmm, yeeee!". Dengan riangnya, Dia terus terloncat menghampiri ibunya lalu mengambil dan memakannya dengan lahap.

"Jom rezki balik" ibunya memimpin tangan rezki.

"Hm!". Apabila rezki melihat ke belakang, lelaki itu sudah hilang di sebalik hutan berdekatan. Namun, tidak dihairankan kerana dia sedang menikmati aiskrim kesukaannya.

Apabila dia memandang ke hadapan semula, ibunya sudah hilang. Dia memerhati di sekeliling juga tidak ada sesiapa. Kepalanya menjadi pening dan dia cuba menenangkan dengan memakan aiskrim. Dia ingin menjilat aiskrim tetapi aiskrimnya juga hilang, kosong. Dia memandang ke hadapan kerana persekitaran disekelilingnya tiba-tiba bergerak. Pokok-pokok di sekelilingnya berubah menjadi sehelai benang yang kelamaanya terkumpul menjadi sebentuk bola. Segulung benang itu bergerak laju ke arahnya dan Rezki tidak dapat membuat apa-apa.

ANTIZARIK (44,737)Место, где живут истории. Откройте их для себя