PANGGILAN MISTERI (2509)

191 7 0
                                    

20 TAHUN KEMUDIAN

'KRINGGGGGGGGGG'

Kedengaran bunyi telefon rumah di dalamnya ruang tamu itu mengganggu kesunyian di dalam sebuah rumah agam yang sememangnya sudah sunyi sepi.

Seorang wanita selaku suri rumah itu masih mamai dengan kehadiran bunyi telefon. Badannya seketika terperanjat lalu mati semula. Dia selalu tidur di atas sofa sebaik selesai kerjanya kerana dia terlalu letih membuat kerja rumah sendirian dari pagi sehingga petang. Pada waktu matahari hendak melabuhkan tirainya, waktu itulah dia selalu tertidur. Lagipun, rumah itu agak besar. kedalamannya dipenuhi dengan barangan yang mewah dan tekstur yang agak lama. Rumah itu dihadiahkan oleh ayah suaminya bersempena dengan lahirnya putera mereka, Abdullah.

Suaminya, Tarmizi selalu sibuk dengan pekerjaannya sampai tiada masa hendak meluangkan masa untuk bersama keluarga. Tapi, sejak kebelakangan ini, dia asyik terkurung saja di dalam bilik peribadinya. Namun, dia juga membantunya sedikit pada hari cuti. Tidak seperti anaknya yang asyik bermain dengan tabletnya setiap masa. Kadangkala, dia selalu memakai headphone di telinganya sehingga susah untuk memanggilnya. Ahli keluarganya ibarat 'Bersultan di mata, beraja di hati' kerana mereka asyik melakukan kerja sendiri mereka sendiri tanpa memikirkannya.

Rumah mereka terletak jauh dari orang ramai, di sebuah tempat di panggil 'Kadeh hulu' berdekatan dengan hutan. Mereka sering dikutuk oleh orang ramai yang tinggal berhampiran yang beranggapan mereka membawa nasib malang. Ini kerana, orang yang melalui di kawasan itu, pasti akan diganggu.

"Astaghfirullahalazim!". Deringan ke dua telefon itu berdering , barulah Siti terjaga dari tidurnya. Siti berlari mencapai gagang telefon itu yang sudah lama tidak 'dihidupkan'.

"Ye, sapa ni?". Siti bertanya dengan keadaan yang masih longlai kerana dia baru saja bangun dari mimpi.

"Boleh saya bercakap dengan encik Tarmizi?". Nada wanita itu bercakap dengan bersahaja dan sedikit menakutkan membuatkan Siti cemas. Bukan itu yang dicemasnya, tapi kerana suaminya yang mungkin membuat kesalahan di pejabat kerana suaminya selalu ponteng dari tempat kerjanya.

"Ye, saya isterinya. Ada apa ya?".

"Ayah Suami cik sekarang berada di hospital.".

"Sakit apa ya, boleh saya tahu?". Siti semakin risau.

"Tulang belakangnya patah".

" Okey, kami datang sekarang, tapi hospital mana ye?. Sebaik sahaja Siti menanyakan soalan itu, telefon tiba-tiba terputus sambungan.

Dengan hampanya, Siti meletakkan kembali gagang telefon ke tempat asalnya. Dia tahu, 'connection' dikawasan itu kurang elok kerana dikelilingi banyak pokok dan jauh dari kawasan bandar.

Yang anehnya, doktor itu bercakap dengan nada pelik. Siti tidak memikirkannya. Dia hanya memikirkan masalah tadi.

Siti berlari menuju ke bilik peribadi suaminya untuk memberitahunya mengenai perkara tersebut.

"Abang, ada masalah ni!". Teriak Siti sambil mengetuk pintu dengan kuat.

"Ha, kenapa!?". Jerit suaminya dari dalam bilik. Tarmizi sekarang sudah berumur dan sudah berkahwin dengan seorang wanita yang manis. Serta, dia mempunyai seorang anak lelaki bernama Abdullah yang juga memiliki wajah seperti ibunya. Sikap anak lelakinya seperti dirinya waktu kecil, tegas.

"Ayah abang masuk hospital!". Selamba isterinya berkata begitu dengan kuat sehingga seisi rumah boleh mendengarnya.

Tarmizi dengan pantasnya membuka pintu dan melihat muka isterinya yang agak cemas. Dia tahu isterinya seorang yang rajin, penyayang dan baik hati. Itulah yang membuatkan dia sangat menyayangi intan payungnya.

ANTIZARIK (44,737)Where stories live. Discover now